Bismillahirrahmanirrahim..
Allahuakbar..
MashaAllah..
Allah..
Allah..
Allah..
uhuk!uhuk!uhuk!*cough*berabuk haih
long time no see maa..
rasa macam nak menangis bila tengok blog ni..
last entry ,bulan Mac itu hari,
8 months ok...not 8 days..
ya Allah..sungguh aku sangat rindu untuk menulis..
memuntahkan isi hati dan pendapat aku di sini..
aku rindu waktu pertama aku menulis,
waktu itu
suasana nya susah hendak dirungkai..
sangat tenang dan fresh..
di Kolej Kediaman 1,usim..
waktu itu..
sem 2 ,Tahun 1 di Bumi usim..
waktu itu.
dhuha...
kicauan burung..
kubuka jendela bilik,
kehijauan saujana mata memandang..
secawan Vico less sugar..
lagu nasyid 'Atas Nama Cinta' dan koleksi lagu2 nasyid unic,inteam,hijjaz,mestica sayup2 di telinga..
juga lagu sentimental,Linkin Park dan Muse..lagu sama ku ulang2..
sempat pulak mendownload dan copy paste lirik lagu menggunakan sedutan wifi berbayar di KK1..
aku agak sibuk tetapi masih punya masa menulis dan mereka ayat untk dicoretkan di dalam blog ini
sebelum itu,waktu lapangku dihabiskan menjenguk2 blog2 ilmiah ,buku2 islamik sebagai makanan jiwa yang lapar ,dahaga ilmu....
aku juga sangat riang menghias layout dan menyuai padan warna di dinding blogku..
itu dulu
terlalu banyak perkara yang terjadi
yang mengubah diriku
yang membawa diriku ke alam yang baru
yang menjadikan diriku seperti bukan diriku
aku bukan asyran yang dulu.
aku asyran yang baru..
hidupku yang bermula dari bulan Mac itu smpai lah ke saat ini sangat menyemputkan aku...
ini bukan unjuran negatif..malah ia sangat positive..aku rindukan suasana saat dulu..tapi aku sedikit puas dengan segala yang telah aku usahakan..semua terlalu pantas dan
terlalu banyak pengajaran aku sedut dari pengalaman2 baru..
terlalu
terlampau
tersangat
banyak ,pelbagai perkara..
hendak aku cerita di sini sangatlah panjang..
cuma entry kali ini cuma ingin memujuk blog ini,dan katakan aku bukanlah lupa dan nak tinggalkan ia.tetapi aku silap kerana tidak berterusan menulis...dek kerana terlalu leka mngikut arus dan aturan Allah..
sungguh
aku tak lupa..
malah aku sangat sayang kan blog ini..
-littlearmada-
akan aku singgah dan coretkan,comotkan dinding blog ini lagi..
tggu cerita i ye..
tapi walau banyak yang berubah ,al-quran aku tidak lupa..aku ingin menggadakan lagi bacaan alquran dan fahami maksudnya...
Al-quran tu best friend tau.mana boley tinggal.. <3
Thursday, 20 November 2014
Sunday, 30 March 2014
Aku Masih Amatur (part 2)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hye!
May all readers under rabb blessing and love.Aminnn.. ^_^
Seperti yang dijanjikan.Sebagai kesinambungan daripada entry aku yang lepas aku nak sambung lagi sambungan untuk part 2 pulak .
Assalamualaikum and hye!
May all readers under rabb blessing and love.Aminnn.. ^_^
Seperti yang dijanjikan.Sebagai kesinambungan daripada entry aku yang lepas aku nak sambung lagi sambungan untuk part 2 pulak .
Di sini aku akan memberikan jalan penceritaan tentang pengalaman aku di sini.
Banyak pengajaran dan tip yang dapat diambil pada entry aku kali ini terutamanya kepada sesiapa yang berminat dalam arena perdebatan ini..enjoy! ^_^
5 PUSINGAN~~~~
PIC 1 : Tag kenang-kenangan,hari last baru dapat nametag.haha.. tu lah sapa suruh tak hadir taklimat. |
Diberi tanggungjawab menjadi 3 rd speaker aku
telah menggalas tanggungjawab semampu kudrat yang hado
PUSINGAN 1:FST VS Fakulti Pergigian(FPG,TEAM B),USUL-"Kalimah Allah Milik Kita".
Alhamdulillah permulaan yang baik.Kemenangan
berpihak kepada kami.Lepas habis 1st round ni rasa 1 beban hilang sebab usul ni
berat . Kami pembangkang sifatkan usul ini sebagai Usul Perlambangan .Ia
bersifat turistik iaitu tak boleh diperdebatkan,sebab apa??
Sebab dah termaktub
dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama
Islam.dah diputuskan dah penggunaan kalimah Allah milik khusus bagi agama Islam
dan boleh digunakan oleh orang islam
sahaja dan tak boleh disamakan dengan agama lain kecuali di Sabah dan Sarawak sebab mereka ada
authoriti sendiri...
Jadi Kami di pihak pembangkang lambangkan Kalimah Allah ini
merujuk kepda>Kesucian Islam dan Milik Kita>Jadi Tanggungjawab Orang
Islam Untuk Menjaganya..nampak tak bagaimana kami lambangkan usul ini..
Manakala
pihak kerajaan bawakan usul ini terus kepada kalimah Allah itu sendiri.Begitu
depa terangkan pasal effect -ve bila
orang bukan islam guna kalimah Allah la blablabla...
Bagus juga pembawaan kes
depa tapi macam aku kata tadi benda ni turistik ,tak boleh diperdebatkan secara
terus kepada kalimah Allah itu sebab dah termaktub dalam perlembagaan,kalau
kami nak bangkang nak kata apa?
Takkan nak cakap orang bukan islam boleh guna jugak?fakta kes nak
korek mana?salah sebut apa2 fakta or percakapan kami nanti bersifat prognosis macam mana?mana boleh !
Fakta kena rigid untuk
sokong usul beb.or keberangkalian yang lain ialah terbuat pandangan sendiri,bertentang ngan
al-quran dan hadis ke,tak ke murtad ..haha! berat nanang..
sebab tu dari awal
kami dah ready guna usul perlambangan atas cadangan senior abang farhan.macam
biasa kami dah ready untuk kerajaan dan pembangkang."kesucian islam wajib
dipelihara oleh orang islam" "dipelihara
oleh siapa" itu yang kami akan twist ikut keadaan sama ada kami jadi
kerajaan atau pembangkang...
sama ada dipelihara oleh semua orang islam atau
semua rakyat malaysia tak kira agama .so bila jadi pembangkang kami bawa
premis="Kesucian Agama Islam Wajib Dipelihara Oleh Semua Rakyat di
Malaysia" makanya bukan orang islam
sahaja ,agama lain kena pelihara juga dalam kata lain tak boleh menghina agama
islam.setel !
(STATUS :MENANG)
PUSINGAN 2: :FST VS
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP,TEAM A ),USUL-
"Sensitiviti
Kaum Sudah Tiada".
Kesedihan melanda,kami tewas di tangan
FKP..kami sebagai kerajaan bawak premis merujuk usul atas rasional -lambakan
kes2 melibatkan isu perkauman.Kami tunjukkan banyak kes yang berlaku bertalu2
dan tak henti2 di bumi Malaysia ini yang menyentuh sensitiviti kaum.
Kes Alvin Vivian hina islam,kami lambakkan isu2 lain jugak la nak tunjuk yang dengan banyak
kes2 yang melibatkan isu ketidaksensitifan kaum lain terhadap berlainan kaum.Pembangkang
pulak cerita pasal respon selepas terjadinya isu2 tersebut...bila ada respon
jadi rakyat sensitive lah..macam tu..bgus pembawaan depa..
Tapi pertikaian yang
pokonya...kami melihatkan sebelum respon maknanya sudah berlaku isu2
tersebut..jadi????? tak kira la respond itu..isu2 itu dah ada..haha...ini tunjukkan
bahawa mang sensitiviti kaum sudah tiada sebab itulah isu2 ini
terjadi...
Nah...kami pertikaikan pulak jaminan bila semua tindakan dan respon
masyarakat itu ,selesaikah isu2 itu?dan boleh ke buktikan selepas respon tak kan
berlaku lagi kes2 menyentuh sensitiviti kaum ini???itu depa gagal
tunjukkan...
Kami pon banyak kesalahan..aku lahh salahnya...tak tau ak rasa betol la
aku bidas cuma tak umphhhh la bidasan aku.Aku 3rd speaker bidas konseptual ok
cuma bidas hujah2 satu persatu tu berterabur sikit...Encik Zaini,lecturer koko
debat aku kebetulan plak jadi juri....kih3..buek malu jaa...dia cakap struktur
kami lemah
Sebenarnya boleh menang kalau kami kukuhkan lagi...yaa..kami ngaku..budak FKP psyco kami teruk.buat2 muka
la..tanya2 soklan banyak kali la..siap wat aksi kelar leher lagi masa aku tengah pertahan kes...hampeh betoi...haha...
Si hamirul tu budak Matrik aku dulu...berani
dia psyco aku sampai tersekat2 percakapan aku..tak kental jiwa betol...kahkahah.
jadi
kami kalah....memang best dengan budak FKP,sangat professional dan sporting!
( STATUS :TEWAS)
PIC 2 : Dari kiri faiz,hamirul,awa,aku ,daryll, dan pika.. alaa.pika nampak sekerat..sila salahkan cameraman..haha |
PUSINGAN 3: :FST VS TAMHIDI(TEAM A ),USUL-"Sukan
Kita Tidak Ke Mana",
Untuk pusingan ke 3 ni aku direhatkan .yey!
dan tugas aku diambil alih oleh Daryl sebgai 3rd speaker n Amir sebagai 2nd
speaker.disebabkan tekanan perasaan yang tak dapat dibedung lagi disebabkan kalah
tadi...*over.haha...
aku rasa nk talaqi balik kesalahan dan kekhilafan so aku rest
jap..lagipun aku tak pakar sangat bab2 sukan bagi amir daryl makanan
la...haha.ok.kami di barisan pembangkang keluarkan premis-"sukan kita pernah
ke mana".atas dasar rasional pernah mencapai tahap yang dibanggakan.
PIC 3 : Pusingan ke 3 ^_^ |
kami tak letak jeda masa,jadi kami bangkitkan kejayaan2 yang pernah dicapai..*Selamat..Pihak
adik2 tamhidi ni depa letakkan tahun 2012 so depa cakap la unjuran2 negative yang ada
dari aspek atlet,pengurusan bagai.
Masalahnya ada hujah depa yang cakap diluar
lingkungan tahun yang depa sendiri tetapkan..*makan diri.Kami pertikaikanlah
depa kecilkan skop di tahun 2012 hingga bila tah..sepatutnya luaskan lah supaya
perbincangan lebih meluas..
Kami tunjukkan jugak yang sepanjang tahun yang depa
tetapkan tu ada juga kejayaan dicapai contohnya bola sepak piala apa tah..so kami
tanyalah depa nak nafikan kan kah kita pernah berjaya?????ha jawab2.......tapi budak2 tamhidi mang hebatlah .semua hebat2 tambah2 yang best speaker,tenang dan bergaya...cantik oranngya...hehe...
kami pembangkang pulak bab lambakan fakta kes
bab huraian mang okkey cuma struktur agak berterabur...tapi nak habaq mai...si
amir 2nd speaker ni dok wat loqlaq..haha...
boleh dia kata macam ni..
"hujah
di meja kerajaan hari ini bergulung2 macam rambut timbalan perdana menteri yang
bergulung2 juga..."kebetulan si TPM mang rambut dia kerinting
jugak.....wkakakakaka..bukan aku ja tersembur..1 isi dewan gelak
sekali juri,kesian adik tamhidi tu ...hadoiii..buat hal lah!! mana boleh attack physical oiiii!!
Nasib baik si Amir ni mintak maaf. Yang budak tu pun angguk
senyum2 ja...adoiii..
yang lawak lgi si amirul yang juri tu slow ja tarik tapi sweater ja
sebab dia terasa rambut dia pon kerinting.... >_< aduhhh! chaos la amir punya pasal..rasa nak tarik ja telinga dia..apa hang merapu ni amir 😂
aku lepas tu sampai tak leh concentrate dah gelak ja..dah la kena
cover...spoil betol...dah la aku ni jenis kalau gelak susah nk berhenti..the
awkward moment when u have to being serious in funny situation...aku tekup
mulut tahan gelak..bukan tu ja lawak kering amir..banyak lagi...hahaa..tapi amir mang
best...huraian dia mantap...besa la budak syarahan tuh spontan pon boleh
memikir...tapi kali ni kemenangan tak berpihak kepada kami...kami kalah lagi di
tangan adik junior tamhidi...tapi tak pa..kawan2 ku dah perform thor baikkkkkk!
( STATUS : TEWAS)
PUSINGAN 4: :FST VS FPQS(TEAM xingat),USUL-"Mahasiswa
Kita Lemau"
Kali ini aku kembali mencabar diri dengan
harapan dapat bangun smula selepas 2 kli kekalahan..berdepan dengan budak FPQS
buat kecut perut la sebab depa muka ketat ,serious gila kot..tapi semua macam
lemau petang2 pulak tu tambah2 aku.otak pon lambat ja nak hadam nak cerap...haha..maklumlah
petang kan..tak hengat sangat la tapi overall ok saja.phew...
Kami kerajaan
katakan mahasiswa kita lemau membawa authoriti dato apa tah tak hengat..dia ckp
lemau menunjukkan kurang produktiviti dan ketidakbolehpasaran...kami tambah 1
lagi aspek iaitu konservatif merujuk kepada mahasiswa itu sendiri yang
konservatif tak nak dalami ilmu lain terikat dengan skop kos yang dipelajari
sahaja.
Pihak pembangkang pulak kata mahasiswa tak lemau sebab ada kejayaan
dicapai dan universiti gerakkan usaha untuk pelajar participate macam (Majlis
Perwakilan Pelajar)MPP,kelab2,persatuan2 kokorikulum dan sebagainya.As expected depa akan
bawa kejayaan pelajar USIM dalam British Competition tu yang buat bamboo
tu.
Kami dah siap sedia dah kalau depa cakap pasal kejayaan ,bidasan kami mudah
"kalau nak asyik banggakan benda tu sampai bila mahasisa kita tetap lemau
sebab apa?
Sebab peratusannya sedikit jika nak bandingkan dengan mahasiswa
yang mengamalkan 3 K di universiti ini iaitu Kuliah.Kafe.Katil...so jumlah
kejayaan yang sedikit ini tak leh lawan peratus pelajar yang tidak
aktif."untuk kali ini alhamdulillah..
( STATUS :MENANG)
PUSINGAN 5: :FST VS Fakulti Pergigian(FPG,TEAM A),USUL-"Rancangan Gosip Liar Wajar Dihentikan"
Tak tahu kenapa datang 1 spirit lain
macam masa nak masuk pusingan ke 5.Sebab ini penentu sama ada kami layak tak
pergi ke suku akhir,jika kami menang makanya kami menang 3 dari 5 pusingan jadi
harapan nak ke suku akhir tu tinggi kalau marjin kami juga rendah.Marjin tu
lain kira la.yang penting kena menang untuk kali ini.yeyeah..
kalau kalah so tak
dapat la ke suku akhir.Secara kesuluruhan dan individu.aku kenal potensi diri
time ni, aku rasa pusingan kali ini aku perform sehabis kudrat..Bukan
apa..pusingan sebelum ni nampak banyak kelemahan aku...
Tapi kali ini aku lebih
bersemangat,lebih berhati2 dan lebih berstruktur.Respon rakan sekumpulan dan
juri abang amirul pon kata aku semangat sampai nak pecah bumbung..haha...Tak
tahu yang tu.Aku cuma buat yang terbaik memandangkan aku ingat muka Daryll yang
beriya mintak aku tolong team "ini last ann, tolong la masuk" kalau
tak aku nak rehat ja bagi Amir sekali lagi.Tapi aku enggan tolak so aku
berjuang habis-habisan.
Kami sebagai pihak kerajaan bawa premis rancangan gosip
liar wajar berhenti atas dasar rasional wujud pelbagai impak negatif pada
artis,peminat,dan media.Aku,Pika dan Daryll semangat, santai memandangkan
usul ini ringan takkan nak serius plak kan.
Dah la pihak pembangkang dok muka
ketat ja..Kami pon jadikanla susana hepi sikit.Yang haku dok buat loyar buruk
pa tah last2 tu.haha..Jahat gila aku psycho pembangkang.dok
1-0,2-0,3-0....kah3...kejam toi..Tu taktik psycho oldschool la sikit.
Banyak
cara lagi nak psycho ni..nanti aku ajar..hahaha...tapi kita jangan terlalu
nampak,nanti nampak tak professional.cuma aku buat sebab nampak isi dewan macam
sirius so saja nak gamatkan susana..We're enjoy that time.
Tak nak stress2 macam
sebelum2 ni.baiklah,pihak pembangkang cerita pasal kesan baik gosip ...Bagus juga tapi mungkin atas kecuaian depa bentang konsep dan hujah so
jadi bonus untuk kami buat siaran eksklusif kesalahan depa..
Sapa lagi yang
lebih kepada nak membidas konsep dan hujah mereka depa sampai ranap terus? 3rd
speaker lah.huh.sapa kata tak banyak kerja,kena catat sebijik2 apa yang keluar
dari mulut mereka so kita boleh makan depa dengan senang..ngap3..makan hujah mereka,runtuhkan pembawaan kes
bangkangan mereka.A very tough task,no doubt! Tapi alhamdulillah berkat
pertolongan Allah yang membuka pintu ketenangan kepada team aku so kami menang.
( STATUS :MENANG)
kami telah mengejutkan senior apabila berjaya
mara ke suku akhir.memang mereka tak letak harapan untuk kami pergi ke suku
akhir melihatkan kepada ketidakbersedian kami.*eh betulka pktaan
ni..arhh..lantak..haha..bila kami berjaya lepas mereka terus-terusan menyokong
kami sehingga penuh dan gamat dewan perdebatan..
SUKU AKHIR : FST VS Fakulti Syariah Undang-Undang(FSU,TEAM A),USUL-"Bahasa Kita Semakin Terpinggir"
Sebelum padau keluhan hati aku gali lebih
dalam lagi,suka aku nak salin dan tampal (copypaste >_<) penulisan
seorang vlogger dan blogger muda
PIC 4 : Kak Aisyah Syakirah.. |
Kata-kata ini sangat terkesan di
hatiku,sebab aku berada di situasi itu.Aku sangat terpengaruh dengan suasana
sekeliling,kalau ada masalah sedikit cuma,emosi dan mental aku sangat cepat
down.Aku memang tak kuat.Dan sebab aku tak kuat dan tak professional dalam mengendalikan
emosi aku inilah faktor kekalahan team aku di tangan FSU.
Ya aku lebih kepada
menyalahkan diri sendiri Situasi yang berlaku 20 minit sewaktu kuarantin adalah
pertama,masa tengah berbincang di saat akhir pasal tajuk "politik kita
semakin matang" datang Amir dan runner.kak Mas(boleh tengok gambar pada
entry aku sebelum ini) tiba datang dan cakap yang kami kena ke dewan usul
segera ada rombakan usul sebab masalah teknikal.
Bayangkan di saat gelabah aku
yang nak berdepan dengan team FSU ini,boleh pulak nak tukar usul.Masa tengah
kelam kabut tu aku tiba2 terharu sebab kawan2 ku tersayang,tiba2 datang dan nak
tengok aku berdebat.Sapa tak terharu,dan situasi aku kelam kabut tu aku
terangkan yang kena p dewan usul untuk rombakan,dalam beberapa ketika nanti aku
janji akan bagi tau kat mana kami bersidang.
Depa macam terpinga2,Ya Allah
kesiannya.Nampak seolah2 aku tak nak layan depa,tapi hakikatnya aku sangat
gumbira dan terharu kawan aku turun padang untuk tengok aku berdebat,tapi aku
sangat risau depa salah paham.Argh....stress sangat waktu tu.Lepas dirombak
tiba2 kami dapat usul yang 'baru' tak pernah dibincangkan sebelum
ini."Bahasa Kita Semakin Terpinggir" jadi kerajaan.Memang mencabar
ketenangan aku lah dalam masa 30 minit nak kena brainstrorm.
Penyakit gelabah rock
aku datang balik.Dalam 30 minit tu emosi aku sedikit terganggu,Memang tak
sempat nak pegang telifon nak mesej kawan-kawan aku yang aku sedang di bilik
sekian-sekian,boleh datang tengok ka apa.Sebab kami kena brainstorming tajuk tu
dari pokok pangkal,pendirian yang kami nak bawak,hujah,cari fakta kes
lagi.Laptop aku tak pegang sebab aku dah tak leh nak menaip time2 macam
tu..
Amir yang baik hati yang tolong carikan maklumat.So at last aku tak sempat
pon nak bagtau kat member2 kesayangan aku kat mana sidang kami dibuat,dengan
harapan depa akan cari setiap bilik pastu masuk ja sebab ramai ja orang lalu
lalang bukaka pintu bilik sidang macam cari kwan depa tapi mana kawan aku .tak datang pon.merajuk
barangkali.Ya allah teruknya kau tak jaga hati kawan-kawan sendiri.
Aku tak
bermaksud tapi situasi menyekat kerasionalan aku untuk bertindak.Pastu dengan
tak semena-mena habis 30 minit,tamat waktu kuarantin.Rasa tak bersedia tu
ada.Masuk geng FSU,Sarah classmate kelas koko aku sem lepas dan Lily,the best
debater berturut2 untuk pusingan sebelm ini buat aku lembik lutut.
Padahal
sebelum tu teammate aku dah bersepakat untuk mindset yang walaupun team FSU
tapi tak terer pon.haha.tapi aku macam tak boleh nak buang mentaliti itu.
Baik,perdebatan bermula.Habis-habisan aku
cuba kawal keseabutan dan ketidakprofessionalan yang melanda.
Aku berlagak
tenang.Segala doa aku baca dalam hati.Pendirian kami di meja kerajaan kami
katakan Bahasa Melayu semakin terpinggir melihatkan kepada keadaan b.m yang seringkali
diperlekehkan,dicampur adukkan,dirojak-rojakkan dalam aspek ekonomi,pendidikan
dan sosial.Pembangkang pulak cakap Bahasa Kita Tidak Semakin Terpinggir apabila
ia masih digunakan dan diangkat martabatnya dalam pendidikan(lembayung kata
kunci yang sama dengn hujah ke dua kami),perundangan,dan media.
PIC 5 : Bertemu FSU.Dari kiri ,Aku,Daryll,Pika,Sebelah kanan, Sarah,Lily dan 3rd speaker, tak tahu namanya hee |
Semua berjalan lancar,habis-habisan aku
kawal supaya diri nampak tenang,sempat jugak melawak dengan puji si perndebat
ketiga pihak pembangkang,'abang hensem'.haha.tak pasal kena tegur tak boleh
cakap hensem tapi 'kacak'..pfttttttt.kih3..tak bermaksud pon nak cakap cuma aku
mang tak boleh , kalau tak melawak time
berdebat.
Kalu masuk sidang mesti kepakaran melawak spontan aku terkeluar jugak.tapi
aku dapat rasakan yang bidasan aku sebagai menteri ke tiga tak berapa nak
umphhhh! Kalau aku bidas lebih cantik,berpotensi untuk jatuhkan pihak lawan
.
Selesai sesi persidangan,keluar dari bilik,aku diam seribu bahasa,mula rasa
sebak buat kali pertama.Ramai kot senior dan alumni tengok sesi tu,tapi secara
individu aku tak berpuas hati langsung dengan performance aku.Instead of
satisfied like Pika and Daryll,aku sendiri rasa menyesal beribu
sesalan.
Teammate aku sendiri cakap yang overall okkey tapi depa komen yang aku
kurang umphh,bidasan tak kencang macam sebelum ini..Ya.aku mengaku aku tak all
out. Abang Farhan datang kat kami and menggembirakan suasana dan cakap tahniah
sebab buat yang terbaik untuk suku akhir ini.Tapi aku terkebelakang,menikus mengenang
kekhilafan diri.
Tak semena-mena air mata aku menitis,cuba ku tahan dan
sembunyikan agar tak dilihat oleh teammate aku dan orang lain,tapi Amir perasan
ada mutiara jernih keluar dari mata aku,aku mang nak lari time tu,tapi
disebabkan kami kena masuk balik untuk taklimat aku memilih untuk tidak ke
tandas.Amir bagi nasihat percuma,dia memang faham,MALU!! boleh pulak menangis
depan laki wooiiiiiiiii...aduhh...nasib baik Amir jenis matang dan tak
judgemental.
Terngiang-ngiang lagi kata-katanya "..tak pa ann boleh cuba
lagi lepas ni,mungkin ada peluang untuk kita baiki kesilapan kita..buat silap
banyak kali tak apa asalkan kita recover daripada kesilapan itu itu yang orang
kata belajar".
Sedikit menaikkan semangat aku.Alhamdulillah,aku istighfar
dan kembali tenang.keputusan diumumkan.kami tewas dan pendebat terbaik Lily
yang dapat,mula-mula aku rasa Pika yang akan dapat,sebab Pika memang sangat
perghh di puny sesi penggulungan.Tapi mungkin ada ciri-ciri yang juri nampak
kelebihan Lily yang mungkin kami tak nampak.
Apa pun kami rasa kalah bermaruah
jugak sebab kalah di tangan FSU,bukan calang-calang pasukan nih.Hebat depa
semua(STATUS: TEWAS)
Tahu tak kenapa aku rasa loser sangat lepas habis berlawan suku akhir ini.Sebab aku nampak kelemahan aku yang tak boleh berfikir secara kreatif dan kritis 'on the spot'.
Sebab selepas tamat berlawan dan balik ke bilik aku selalu terbayangkan yang aku akan buat lebih baik,masa ni lah keluar segala apa benda idea bernas.
PIC 6 : aku bermonolog dalaman.kah3 |
Macam-macam idea dan bidasan yang baik yang sepatutnya aku cakap dan boleh matikan terus kes pihak lawan,tapi aku gagal berbuat demikian waktu bersidang.
Aku kan jenis selalu fikir benda lepas,muhasabah balik,cari kesalahan yang boleh dibaiki. Tapi apa boleh buat ,tak boleh patah balik dah,tapi dari sudut positive bila kita tengok balik masa lalu kita end up with realizing the mistake and recover it.
Setelah tewas,kami terpaksa akur dan menerima
kenyataan bahawa perjuangan kami terhenti di sini untuk Pertandingan Debat
Piala Naib Canselor.Tak mara ke peringkat seterusnya.
Tapi aku puas sebab di
arena perdebatan ini aku belajar banyak perkara,bak kata Daryll,bedah potensi
diri,belajar dari kesilapan,lebih menghargai ukhwah persahabatan.Pengalaman
yang tak dapat dibeli bersama teammate,kakak dan abang senior dan alumni.
Atas
ajakan teammate aku , aku bersemangat untuk terus belajar dan menimba ilmu
dalam arena perdebatan ini dengan join kelab debat bahasa melayu dan hadir
latihan debat setiap minggu,aku tak hadir pon pada hari2 yang depa tetapkan,kalau
aku berkelapangan aku pergi latihan.
Tak mahu membebankan diri.Sebenarnya
latihan debat ini matlamatnya nak cari pelapis untuk pertandingan debat Royal
nanti.Tapi sejujur-jujunya tak pernah terlintas pon nak mewakili Usim .matlamat
aku hadir latihan adalah untuk timba ilmu dan pengalaman supaya tak berkarat
kemahiran yang sedikit ini.Rugi rasanya kalau tak teruskan benda ni sebab ini
minat aku.yeyeahh....
PIC 7 : Kenangan..nampak tak pasukan aku kat gambar tengah , bawah tu.kih3(sumber gambar dari facebook) |
PIC 8 : Pertandingan debat piala naib canselor kali ini dimenangi oleh Team Tamhidi.Tahniah!! :D |
*tinta akhir:terima kasih kepada pembaca
yang sudi mendengar curahan hati ku ini.Diharap dapat point yang aku
sampaikan.Kepada sesiapa yang berminat dalam arena perdebatan ini,boleh la
ambil idea brainstorming yang kami cadangkan di setiap usul-usul yang kami
pertandingkan sepanjang pusingan sampai la ke peringkat suku akhir.
In shaa
Allah apa pun tips perdebatan yang aku timba nanti akan aku curahkan di
sini.Aku kan masih amatur.Apa yang aku dapat sedikit atau banyak,asalkan
berguna,akan aku kongsi untuk sama-sama kita belajar.
Bi iznillah... ^_^
Thursday, 20 March 2014
Aku Masih Amatur (part 1)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and hye!
May all readers under rabb blessing and love.amiin.
kali ni aku nak berkongsi pengalaman dan ceritakan betapa amaturnya aku dalam arena perdebatan ...hope it'll motivate and inspire u as well.. ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ
#KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 7(6-7 MAC)
Assalamualaikum and hye!
May all readers under rabb blessing and love.amiin.
kali ni aku nak berkongsi pengalaman dan ceritakan betapa amaturnya aku dalam arena perdebatan ...hope it'll motivate and inspire u as well.. ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ
#KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 7(6-7 MAC)
Macam mana boleh involve and participate?
Bila lalu ja kaki2 lima jalan,memang terpampang
poster besar "KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 7(6-7 MAC) dengan
tagline-"raise your voice,improve your arguments and lets
roll!!""
bukan tepi jalan saja ,malah di selekoh2 jalan
masuk fakulti pon hado besar bapak punya poster tu dengan wajah Y.Bhg. Profesor
Dato' Dr.Asma Ismail,selaku Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia
tersenyum cantik di poster itu seperti
memanggil2 dan memberi galakan buat
pelajar USIM untuk sertainya!
Kejohanan
ini terbuka untuk semua pelajar, dan 3 kategori dipertandingkan iaitu Debat
Bahasa Melayu,Debat Bahasa Inggeris dan Debat Bahasa Arab.
jadi aku pon bermonolog dalaman
" macam bes ja debat bahasa melayu ni .Kalau debat bahasa
inggeris menggerunkan aku,udah la penguasaan bahasa inggeris aku tak diyakini
langsung,
grammar tunggang langgang,vocab pon ciput,masih tak layak.lagipun debat b.i ni hentam kromo ja.maksud aku tak perlu ikot format sangat..
mengikut observation aku masa menyaksikan pertandingan ini,aku tengok dia lebih kurang muet speaking test,point tu tengok jugak cuma untuk penilaian aku rasa senang,tengok team mana lebih menonjol
penggunaan bahasa inggeris yang meyakinkan,banyak mintak izin laluan,so ada potensi besar untuk menang..itu pada pendapat aku la.
Debat Arab? eh
memang tak la..vocab dan Nahu berterabur dan mencapai tahap minimum ,ana
asifah ! hehe.Memang sem 1 dulu kami pernah buat 'munazoroh' yang mana wajib semua
student sem 1 untuk buat debat arab untuk final task.tapi itu,text siap buat sendri,
terjemah
siap tinggal nak baca ja.. hee..tapi ak tertarik ngan debat bahasa melayu,penuh
keindahan, mempamerkan kredebiliti,penuh format,penuh etika,disiplin,mementingkan strategi pembawaan kes dan struktur..
Kalau nak cari orang yang pandai bercakap,ramai ja boleh bercakap,jadi strategi dan kekreatifan debater tu yang jadi kayu ukur dan penilaian untuk team mana yang kuat.
Dekat sekolah ,pon
ak dah tunjukkan minat dalam bidang nih,pidato time sekolah
rendah,syarahan,sajak dsb di sekolah rendah dan menengah, cuma debat, lambat sikit
form 5 baru aku menceburkan diri.
alhamdulillah
atas kapasiti pengalaman dan kemahiran yang tidaklah seberapa ,hati kecil aku
teringin jugak nk mengorak langkah 1 tapak lagi ,lagipun masa kokorikulum sem 1
hari tu kan aku ambik Debat Bahasa melayu.
Banyak pengalaman aku cedok dari Encik
Zaini ,pensyarah subjek itu.rugi ja lah pengalaman and kemahiran yang aku kutip jika tak digunakan dipraktikkan.lama-lama nanti berkarat,tak gitu??
why not aku try
untuk wakil fakulti aku,Fakulti Sains dan Teknologi untuk pertandingan ni, ceh...!"
tetapi dengan tak semena2 ada suara halus menyapa hati kecilku...*suarajahat,agagagaga*
tetapi dengan tak semena2 ada suara halus menyapa hati kecilku...*suarajahat,agagagaga*
~alah asyran.hang tu bukan terer pon nk msuk
kejohanan nih..setakat debat skolah menengah tak payah nak mimpi lahh nk join
~hang tu 1st year ,buat malu ja nanti ,yang lain tu bukan calang2 peserta ,bukan freshy mcm hang.depa lagi berpengalaman dah masuk banyak tournament la
~xpayah masuk lah,dah la sem 2 ni sebok,nanti
kena blatih,banyak komitmen tahu..!
aku jadi pesimis ! rendah diri dan rasa tak layak sampai menangis tersedu-sedan dalam bilik ayaq.*sedihpedih....hah..over jugak aku ni..😆
idok ler menangis berambu2 pon cuma rasa takda harapan ja untuk aku
menggilap bakatku..
MASIH ADA HARAPAN!
sejurus beberapa hari lepas itu,datang sorang
makhluk Allah ni>>Syafiqah Samsuddin menerpa bilikku dan mengejutkan aku
yang sedang lena tidoq sedap baq hang.
Pika merupakan coursemate dan classmate aku.Dia merupakan
pendebat dan pemantun yang sangat aku kagumi.
Cara bercakap pon dah tahu orangnya
bagaimana.penuh berkarisma.Wahh!
Dia pon ambik kokorikulum Debat Bahasa Melayu
bawah Encik Zaini jugak sem lepas. cuma group 1,aku group 2...dia dengan muka
penuh pengharapan menawarkan kepada aku....jeng3!
Pika: ann!jom masuk debat piala
NC..please!!!!!!
Aku:*garu2 kepala..biar betik hang ni..aku nak ,tapi
segan lahh...
Pika : ini peluang kita ann.bila lagi??sekarang
fakulti kita baru hantar 1 team..kita lah build 1 team lgi..malu lah debat b.i
pon hantar 3 team tw...kalau tambah hang
cukop 4 orang ,aku,hang daryl ,Amir..perfect(Daryll aku kenal sebab 1 klas koko
debat b.m sem lepas.amir baru ja knal .both of them budak food biotech.)
Aku : erm...aduhh camna eh...boleh la.ak try
Pika :yess!!
jadi setelah diajak oleh pika aku mula merasakan Allah menghantar dia untuk aku bukak mata.Ini 1 platform dan 1 harapan baru yang akan melonjakkan aku dalam merealasasikan hajat untuk aku terus menggilap bakat dalam arena perdebatan ini..hoyahhh..
MINGGU AIR MATA
seminggu sebelum kejohanan menjelang,kami telah
berlatih dengan bersungguh2,mempertaruhkan 12 usul yang sangat....perghh...
gila ko 12 tuh...yang naik nanti tak tahu yang mana...
Disebabkan kekangan masa , kami hanya dapat berjumpak lebih kurang 3 kali
sahaja tetapi perjumpaan lebih kerap diadakan menjelang 3 hari perlawanan .Seminggu
persediaan tak payah cakap la..segala stress ,tekanan perasaan dan macam2
masalah timbul...boleh dikatakan minggu air mata.
masa ni lah minggu kena ngantor assignment,dengan tak boleh bagi komitmen yang padu kat study group,assignment berkumpulan tak sumbangkan
banyak idea,tekanan subjek yang semakin susah..
Dengan nak brainstorming 12 usul ini
dalam masa seminggu ,aku ULANG..SEMINGGU SAHAJA!! time sekolah dulu 3 usul bgi
tempoh sebulan do..hini 12 beb...
*pecah otak..dan macam2 lagilah buat aku rasa
mcm nak tarik diri sja....time tu lah terdetik hati nak tadabbur balik surah al-Insyirah.."sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan" bukan sekali Allah tegaskan,tapi 2 kali iaitu pada ayat ke 5 dan ke 6..Allah will never burden us beyond our limit ^_^.
Perasaan tenang datang bila kita letakkan Allah di tempat yang teratas dan ditambah pula sokongan family dan sahabat terchenta aku teruskan perjuangan ini.
PIC 2: Surah al-Insyirah |
Perasaan tenang datang bila kita letakkan Allah di tempat yang teratas dan ditambah pula sokongan family dan sahabat terchenta aku teruskan perjuangan ini.
Dalam masa seminggu ini aku telah timba banyak
ilmu dan pengalaman yang berguna daripada teman2 seperjuangan,senior2
berpengalaman, dan alumni2 yang sangat havoc dan tak lokek ilmu..
Teammate yang aku
kagumi contohnya Pika,sangat berbakat besar menjadi 1st speaker,kalau tak hebat
mcam man boleh 3 kali dpat best speaker dlm 5 pusingan tu.*cough..,tak dapat
dinafikan,Daryll si otak astro semua benda dia tahu.hang nak tau apa suma dia elaborate..
Amir pon sama,sebut ja apa, boleh dia huraikan dengan lengkap jalan cerita dan
pembawaan kes yang sangat epic.haha..memang power depa nih..semua ada pengalaman
dalam pengucapan awam..
Tak kira lah debat,syarahan,pantun dan sebagainya..daebak!!team FST 1 lgi pun tak dapat dinafikan walopon 1st time join debat NC mcm kami,depa mang
hebat lahh.
Senior Abang Farhan,Kak Mika, tak payah cakap la ,memang tak dapat dinafikan
kehebatan mereka.
Begitu juga alumni2 yang turun padang support kami sehingga
lahh malam kemuncak pertandingan ,tak lokek mencurahkan buah fikiran dan
mengajar kami..masya Allah..we're like family!
hanya Allah sahaja mampu membalas
jasa mereka..Abg Irham,Kak Zahidah,Abg Amirul dan ramai lagilah...hats off to
them...! :D
PIC 3: Latihan dan perjumpaan debat di malam pertandingan bersama alumni dan senior yang baek hati ^_^ |
Ini baru permulaan .AKU MASIH AMATUR.kepada pembaca di luar sana,adik-adik.kakak-kakak,abang-abang,kawan-kawan...
Ingat dalam apa jua yang kita buat,apa yang kita minat ,kita kena yakin pada diri
sendiri,Komited dan usaha !
Persetankan suara2 jahat syoitonirrojim yang
hasut mengatakan anda tidak boleh...hahahhaa...kita boleh!!!!!!!! ~(‾▿‾~)(~‾▿‾)~
banyak pengalaman dan tips2 yang boleh diambil oleh sesiapa yang berminat dalam arena perdebatan ini.Terima kasih kerana sudi mendengar celoteh dan pengalaman yang sedikit cuma .semoga bermanfaat :)
Friday, 14 February 2014
PASSION
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and hye!
May all the readers under rabb blessing and love.amiin.
For the very first time i wrote entry in my blog,
I just wanna tell the world that the only reason why I create this blog is due to my strong passion,enthusiasm and eager on writing and sharing as well..That's it.hee..
I'm not pretending to be a good person.but act trying to be a good person,an adviser,a motivator .In order to advise and motivate myself , i kept writing and sharing my thought on what can give me reward for akhirah...in shaa Allah
Thought , experiences , knowledge.Those things are useless if they aren't been sharing right? I really hope this kind of stuff might inspires the readers and express my views :
Last but not least, once again,the reason why I create this blog is because PASSION .Do anything I passionate about .. I would rather choose to pour my thought into writing..in case by telling people doesn't seem work.
I'm not frustrated at all..hah2
yeah..sometime they were not interested to listen....its ok..I'm sort of exited by having my precious time writing.
Bring my soul together on my writing because I love sharing,spreading my views.no matter how.
saying by words or writing. I deserve to.WE deserve to do so..so no doubt.everyone of us have the right to express our thought.. ma right?? I did so.I do believe that when we do something lillahitaala and full of passion , all of our deeds will be worth it and achieve mardhatillah..in shaa Allah..
this is just the beginning...
for those readers..
welcome to my blog...do comment ya..
^_^
Assalamualaikum and hye!
May all the readers under rabb blessing and love.amiin.
For the very first time i wrote entry in my blog,
I just wanna tell the world that the only reason why I create this blog is due to my strong passion,enthusiasm and eager on writing and sharing as well..That's it.hee..
I'm not pretending to be a good person.but act trying to be a good person,an adviser,a motivator .In order to advise and motivate myself , i kept writing and sharing my thought on what can give me reward for akhirah...in shaa Allah
Thought , experiences , knowledge.Those things are useless if they aren't been sharing right? I really hope this kind of stuff might inspires the readers and express my views :
- on what i think useful,
- anything that will be beneficial for those who read it,
- on social,political and religion perspective,
- on real phenomenon or issues occurred around the world ,more on criticisms and comments.
I'm not frustrated at all..hah2
yeah..sometime they were not interested to listen....its ok..I'm sort of exited by having my precious time writing.
PIC 1:erm...erm.. |
Bring my soul together on my writing because I love sharing,spreading my views.no matter how.
saying by words or writing. I deserve to.WE deserve to do so..so no doubt.everyone of us have the right to express our thought.. ma right?? I did so.I do believe that when we do something lillahitaala and full of passion , all of our deeds will be worth it and achieve mardhatillah..in shaa Allah..
this is just the beginning...
for those readers..
welcome to my blog...do comment ya..
^_^
PIC 2: bonus pic,always aim high!! from left : adik , jihah , AnnJay , KakYong , Me , and Ida.(sorry for low quality of photo,taken from miles away,heh3) |
Subscribe to:
Posts (Atom)