Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata ,penawar hati,penajam fikiran...
Lagu Raihan |
Sebelum tu , Assalamualaikum.
May all the readers under Rabb blessing and love.
Dah kenapa tajuk entry kali ni sensasi gila?
Saja.Hee.
Kali ini aku nak bawa hangpa untuk melihat satu isu yang agak vital untuk difikir dan inshaAllah kita akan dapat manfaat bersama.
Kali ini aku nak bawa hangpa untuk melihat satu isu yang agak vital untuk difikir dan inshaAllah kita akan dapat manfaat bersama.
Bila dengar lagu 'Isteri Solehah', Raihan...aduhh,siriyes fefeling terbuai-buai dengar nasyid tu.Rasa bertuah gila jadi perempuan.hu huhu. Bez sebenarnya ada isteri yang jadi penyejuk mata ni.
Yang jadi tulang belakang dalam kejayaan suami.
Yang selalu support suami.
Yang selalu jadi penyebab suami sentiasa tenang dan gembira.
Yang selalu jadi penyebab suami sentiasa tenang dan gembira.
Penyeri rumah tangga.Rumah tangga happily ever after.Giteww!
Kendatipun begitu, bila mahu menalaqi erti hidup dengan 'menerobos inci kehidupan',kadang-kadang harus menyelak kisah duka juga supaya kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
Bukan membayangkan yang indah belaka sahaja.Ramai orang hanya menutup telinga
dan membutakan mata dengan kisah-kisah duka orang lain dek merasakan hal itu mustahil akan terjadi kepada mereka.
Hari-hari mereka berlalu,
dengan diri yang hanyut ditenggelami angan-angan ,tanpa mereka sedari,
terinspirasi dengan kisah-kisah manis dan mengimpikan relationship goals dalam hidup berumah tangga. Benar.Memang tak salah.Siapa tak mahu bahagia dalam hidup kan.
Namun , sentiasa lah buka mata dengan hakikat sebenar yang berlaku di sekeliling kita dan sama-sama ambil ibrah tak kisah lah masalah yang kita dengar tu berpunca daripada kaum lelaki atau kaum perempuan.Sama-sama belajar.
Kita bukan tak pernah dengar cerita tentang ujian buat suami bila dapat isteri membosankan,isteri kasar dengan suami,isteri malas buat kerja rumah,isteri degil dan durhaka.Memang cabaran bagi suami la nak didik bini uh.
Memang salute ngan lelaki yang dapat isteri biasa2 , tapi dia sempurnakan isteri dia sampai jadi isteri solehah.
Ada yang mampu ubah ,dan ada juga yang tak mampu ubah dan dah tak tahan,jadi,ada step lain la pulak,cerai , poligami dsb.Panjang jugak nak ulas pasal peranan suami dan isteri dalam rumah tangga.Memang tak mampu lah aku nak tulis panjang-panjang pasal tu.
*Tunggu lah 2-3 tahun lagi.her her her.Waktu tu baru lah lemak berkrim isi tulisan aku sebab plus pengalaman.hu hu hu.*
Tapi mood yang mai malam ni nak cerita tentang benda yang selalu naik kat dinding muka buku tu. Banyak pulak cerita tentang.........
Cerita apa?
Cerita tentang isteri kena tinggal suami dan kawin senyap2 atas alasan mengikuti sunnah poligami. Ada isteri tu,suami dia tinggalkan dia 3 bulan ,ada job luar katanya .Tup tup kantoi dah buat wedding event besar kawin lain.Nafkah bini tua,idok ler baginye.Hemm.camna tu?
Ni yang terketaq-ketaq jari nak mencari kebenaran ni.
Ada 1 lagi kes,suami kahwin lagi 1 ,
isteri tua serang majlis kenduri sebab tak setel lagi urusan dokumen cerai ka
apa benda tah .Dan suaminya dah berkahwin baru tanpa pengetahuan isteri.Kan tak
pasal2 kena kutuk dengan netizen.pssstt,aku pun tengok vid tu.Bukan drama
weyh.Sedih sangat kenapa sampai macam tu sekali. *seram*
Bukan nak bias kepada kaum aku.Mungkin punca masalahnya dari isteri sendiri.Mungkin juga daripada suami sendiri.
Bukan nak bias kepada kaum aku.Mungkin punca masalahnya dari isteri sendiri.Mungkin juga daripada suami sendiri.
Bukan ka isteri tu untuk dijaga,dididik.Tu kan antara asbab pernikahan jugak.Tapi sedih bila perempuan dilukakan oleh perbuatan suami yang tak jaga mereka dengan baik.Tak sanggup nak didik mereka.
Tak diceraikan isteri,tapi dimadukan pulak.Kalau dah tak boleh nak didik isteri,dah tak jumpa jalan,cerai,so tak payah tanggung nafkah lagi.Tapi kalau dimadukan,tak beri nafkah,bukan sama ka?Kesakitan yang isteri rasa pun sama.Semoga kita lebih teliti hikmah sunnah RasulAllah dengan sebaiknya.Jangan ambik part yang kita suka saja sebab Islam
tu sifatnya syumul.
Bila telusuri semula sirah RasulAllah sewaktu berpoligami
Bila telusuri semula sirah RasulAllah sewaktu berpoligami
bila semak semula sebab2 baginda berpoligami
bila tengok balik keadaan yang
dibolehkan berpoligami
bila check balik status isteri2
bila check balik status isteri2
baginda sebelum dijadikan isteri,
dan bila kaji balik apa benda kena
dan bila kaji balik apa benda kena
pastikan bila berpoligami,
aku mula pikir,masih ramaikah lelaki
aku mula pikir,masih ramaikah lelaki
yang berkahwin lebih dari 1 isteri sekarang ni ,yang betul menghayati sunnah yang 1 ini dengan sebetulnya atau ikut kehendak nafsu semata?
Takut dan risau untuk menulis tentang sejarah RasulAllah yang kita cintai kerana bimbang tersalah fakta.Moga Allah lindungiku dari segala kata-kata yang salah.
Risau tu memang,tapi bagi membuka mata kalian dan menyampaikan ilmu bermanfaat,aku harus juga pindahkan pembacaan dalam bentuk aksara begini kerana ilmu itu harus dikongsi dan ummah sentiasa perlukan kita.
Bismillah.
Sahabat-sahabat, RasulAllah bermonogomi selama 25 tahun dengan Saidatina Siti Khadijah.Saidatina Khadijah dikahwini oleh RasulAllah waktu umur Saidatina Khadijah 40 tahun.Pada waktu tu, Saidatina Khadijah merupakan seorang janda ,sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat, RasulAllah bermonogomi selama 25 tahun dengan Saidatina Siti Khadijah.Saidatina Khadijah dikahwini oleh RasulAllah waktu umur Saidatina Khadijah 40 tahun.Pada waktu tu, Saidatina Khadijah merupakan seorang janda ,sahabat-sahabat.
Namun,RasulAllah tetap memperisterikannya walau jauh beza umur mereka.Kalau nak diikut nafsu muda ,boleh sahaja dinikahi wanita perawan,namun tidak bagi RasulAllah.Mulianya baginda.
RasulAllah tak berpoligami sewaktu bersama isteri pertamanya kerana tiada keperluan yang mendesak baginda untuk melakukan demikian.Selepas 4 tahun pemergian Saidatina Khadijah, barulah baginda berkahwin lain.
Jom tengok ,kenapa RasulAllah berpoligami.
Diringkaskan,antara sebab-sebab baginda berkahwin lagi dan berpoligami adalah antaranya faktor politik politis contohnya menikahi Juariyah, Safiyah, Maimunah..Ia dipercayai bertujuan untuk menyatupadukan puak-puak dan suku-suku yang bertelagah pada zaman tersebut Tak lain tak bukan untuk menguatkan Islam. Antara faktor lain ialah faktor sosial yang dilakukan bagi tujuan menjaga kebajikan anak, rumah tangga (seperti pada Sawda, Maria), faktor pendidikan (seperti pada Aisyah), penegasan hukum (pada kasus Zainab), mengkader da’iyah iaitu mencari para pendaawah wanita (Safiyah), dan harus di hightlight kat sini sebab terbesar dan terbanyak adalah faktor perlindungan terhadap para janda mukmin yang ditinggal mati oleh suaminya dalam perang,para janda yang terlantar atau yang menyerahkan diri pada Nabi dan lain-lain sebab.
MashaAllah.Begitu RasulAllah sangat menitikberatkan isu kebajikan.
"Dan jika kamutakut tidak akan dapat berlaku adil
terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya),
maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu berlaku adil[265],
maka (kawinilah) seorang saja[266], atau budak-budak yang senangi:
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat
terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya),
maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu berlaku adil[265],
maka (kawinilah) seorang saja[266], atau budak-budak yang senangi:
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat
kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
" (QS. An-Nisaa' 4:3)
" (QS. An-Nisaa' 4:3)
Sahabat-sahabat,
RasulAllah itu qudwah hasanah.Suri teladan yang terbaik.Didikannya,asuhannya,ajarannya harus diambil secara menyeluruh.bukan ambik yang kita rasa nak ambik ja.
RasulAllah itu qudwah hasanah.Suri teladan yang terbaik.Didikannya,asuhannya,ajarannya harus diambil secara menyeluruh.bukan ambik yang kita rasa nak ambik ja.
Jadi kaum lelaki yang berhasrat ingin menikah lebih dari satu,cuba lihat syarat-syarat yang digariskan oleh Islam untuk lelaki yang nak berpoligami.Ada tak dalam senarai ?Ambil ibrah dengan sirah RasulAllah dalam soal poligami.Kalau tak punya sebab kukuh,dan kalau tak mampu nak penuhi syarat berpologami yang digariskan oleh Islam,lupakan lah hasrat tu.
Aku bukan apa. Geram jugak dekat lelaki yang nak beristeri 2 tapi... Tapi tak mampu beri nafkah pada isteri yang pertama. Yang tak ada sebab kukuh nak kahwin.Alasannya isteri pertama membosankan,dah 'kembang-kembang' semua. Tapi tak pernah nak murah hati bantu isteri jadi cantik macam yang dia nakkan.Dicari yang lagi cantik.Caittt.Macam lah isteri baru tu akan cun melecun sampai tua.kalau nak puaskan nafsu semata2,sampai bila pun takkan puas.Macam-macam lah alasan mereka yang tak munasabah.
Kadang-kadang tak menepati unsur kemanusian dan keihsanan langsung.Kahwin ramai hanya sebab nafsu semata-mata.
Dan......banyak lagi lah kisah-kisah yang aku jumpak kat fesbuk tu.Takut sangat.hurmm.
Harap-harap ,ramai lelaki yang betul-betul mengikuti sunnah RasulAllah secara menyeluruh .Bukan ikut apa yang mereka rasa nak ikut sahaja.Berlaku adil dan betul-betul dapat memberi manfaat
kepada keberlangsungan ummah tanpa ada unsur penindasan.
Pendirian aku terhadap isu poligami?
Kalau poligami itu jalan yang terbaik,teruskan.Jika ia menzalimi dan menyakiti yang lain,jauhi ia.
Pendirian aku terhadap isu poligami?
Kalau poligami itu jalan yang terbaik,teruskan.Jika ia menzalimi dan menyakiti yang lain,jauhi ia.
No comments:
Post a Comment