expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 21 February 2019

Mendung

"weh, tengok lah nihh, makin terserlah jaw line aku", dia bersuara sambil menilik wajahnya di cermin tergantung di dinding kamar. Aku memandangnya,lama.
Iya. Benar,semakin susut aku lihat fizikal sahabatku itu.

"ha ahh. Sebab lately, hang tak makan sangat kan", responku.

"yaa..memang aku tak boleh makan. Aku tak ada selera ", perlahan suaranya, seakan menggumam namun dapat ku faham butir bicaranya.

Sapaan tadi membuka lembaran, cerita hati ke hati pada malam itu. Pada awalnya, tidak betah aku bertanya dek khuatir dia tidak ingin buka mulut. Fikirku, dia mungkin perlu masa. Biar dia yang mulakan andai dia mahu bercerita.
Dia mula menceritakan satu per satu apa yang terbuku di hatinya,
apa yang membungkam di dada.
Aku juga mencuri peluang bertanya itu ini dan memberi pandangan tentang apa yang aku fikirkan.

Selepas 1 jam kmudian,aku lihat,
dia menarik lafaz lega.
Sudah kelihatan bibit bahagia di raut wajahnya, jelas sekali terpancar, lalu dia berkata ,

"eh nanti..aku nak belanja kau makan lah. Lepas borak ngan kau tadi, aku seolah2 dapat jawapan tau"

.....

Aku terpana.

Benarkah ini?

Jadi sahabatku tidak akan bermuram durja lagi?
Adakah aku bakal dapat melihat semula sahabatku yang sebelum ini ceria, senyum,positive dan gembira?
Apakah dia sudah nekad dengan keputusannya?
Selepas berdiskusi tadi, adakah dia sudah punya solusi?
Sebegitu terkesan kah dengan kata-kata yang aku ucapkan tadi sehingga dia mula tenang?
Sungguh aku lega.

Bayangkan selama hampir seminggu ini dia seperti mayat hidup. Tak menjamah makanan. Yang dijamah cuma sekadar menghentikan bebelan orang terdekat yang bimbang akan kesihatan dirinya. Barangkali,sesuap makanan mungkin dapat melepaskan diri.

Bayangkan selama hampir seminggu ini, rutinnya tidak seperti sedia kala. Tidurnya awal sekali, tidak pula mengadap telefon pintarnya bermain game mahupun melayari media sosial seperti yang dilakukan sebelum tidur,saban malam. Sehinggakan basuhan yang sudah selesai di dalam mesin basuh pun dibiarkan, tidak disidai. Hilang semangatnya. Ini bukan sahabat yang aku kenal. Tidak tahu ke mana terbang semangatnya itu.

Bayangkan matanya, tidak tahu bila ia kering dek sering dibasahi air mata. Biarpun sibuk dengan tugasan di pejabat, tak segan silu ia mengalir. Sempat pula ia tumpah. Apabila ditanya, belum mula berbicara, matanya sudah mulai berkaca. Ceritakan kepada aku bagaimana harus aku bantu dengan keadanya begitu? Apabila berseorangan, nah..air mata turunnya sudah seperti air terjun Niagara. Sungguh murah air matanya itu.

Namun, sesungguhnya, ketahuilah..
aku tidak pernah menyalahkan nya di saat dia menghadapi fasa hiba dalam hidupnya itu.
Kerana aku sendiri pun pernah melaluinya. Cuma aku simpati,begitu lama ia bersarang, dihalau pergi dan cuba berhenti berfikir pun ia tetap datang. Kasihan. Kerana ia perit sekali.
Rasa pedih, berdegup- degup, sesak dada dibuatnya, barangkali itu lah yang dikatakan symptom anxiety, aku pun tidak pasti. Tapi bila ia datang menyinggah, bersedia lah untuk fasa mendung yang panjang .

Bukan kita tak cuba. Dekatkan diri pada pencipta kerana kita tahu dalam Surah Al-Maarij ayat 19 pun sudah dinyatakan bagaimana sifat seorang hamba itu.
Memang fitrahnya begitu.Sambungan ayat kalamullah itu pun disertakan cara menghadapinya. Tinggal cuma kita mengambil iktibar sahaja.

Aku tidak berbohong jika aku katakan "aku faham... "
Bukan sekadar penyedap hati si pengadu masalah tetapi apabila  melihat kondisinya, aku faham benar dan aku tidak sesekali berasa marah walau harus aku menasihati perkara yang sama berulang-ulang.
Itu mungkin bahagiannya.Bahagianku bakal tiba.

Keputusan yang besar dalam hidup memang membutuhkan kecelaruan prasaan dan emosi.
Hadapi lah ia dengan sehabis kudrat dengan kesabaran dan keikhlasan.
Sabar dengan ujian.
Ikhlas dengan ketentuan dan tindakan .
Pasti ada bantuan dari yang Maha Perkasa lagi yang Maha Mengasihani.
Kini, sahabatku beransur-ansur hilang galaunya. Dia sudah mulai "bangun" dari lamunan keresahannya.

Tetapi persoalan mungkin timbul, apa yang aku katakan malam itu, sehingga dia sudah mulai rasa tenang dan kegelisahan itu perlahan - lahan pergi?

Tidak banyak. Aku cuma bantu dia untuk "nampak" fasa yang dia lalui dan apa yang harus dia lakukan. Aku katakan padanya.
1. Dia sudah melalui fasa galau yang panjang.
2. Air mata pun sudah banyak tumpah
3. Dia sudah bertanya orang itu dan orang ini dan memperoleh banyak informasi yang boleh dikelaskan sebagai pro and contra dalam pilihannya.
4. Dia sudah punya terlalu banyak informasi,dia tidak perlu bertanya dan merujuk sesiapa lagi.
Sudah.
Berhenti bertanya orang lagi.
5. Yang tinggal cuma teruskan istiqarah seperti biasa. Minta Allah dorongkan untuk sesuatu  yang terbaik.Yang terbaik dari Allah itu, apabila ia datang, sifatnya
tenang,
mudah
dan damai.
Semoga ketemu jawapan nya, sahabatku.😊


 Aku mungkin terlihat kuat. Tapi hakikatnya aku juga tidak kuat.

Cuma aku minta, andai tiba fasa mendung yang harus aku lalui, 

tolong.....

Tolong bangunkan aku dan bantu aku untuk berdiri semula.

Terima kasih, sahabat. 💕


No comments:

Post a Comment