Jangan kata kau cinta
Jika tak pernah lihat sisi dia yang satu lagi
Mencintai dia bererti mencintai
apabila kau lihat matanya yang penuh peta cerita tapi dia tak pula bersuara
Bukan minta kau meneka
Bukan jua minta kau terus melayani dinginnya dia
Dia hanya mahu masa untuk dia membetulkan kusut fikirannya
Mata itu pernah kau kagumi akan sinar dan girangnya

biarpun saat dia bercerita hal biasa-biasa
Mata yang sama juga harus kau selami saat dia berdiam dan penuh tanda tanya
Tapi kau minggir merengus bila dia perlukanmu
Kau hanya minta dia melayanimu seperti mana dulu-dulu
dan selalu
Bila kau tanya, kau terus mahu jawaban
Semuanya untuk kepentinganmu sahaja
Dia yang berdiam kau asak hingga matanya berkaca
Kau minta jawapan jitu
Barangkali kau tak punya banyak waktu
buat melayani matanya yang muram dan perilaku dia yang padamu mengada2
dan sengaja berahasia
Sudah tiada lembut santunmu
Sudah hilang seni tuturmu
Sudah pudar sabar hatimu
Kau hanya mahu tatap matanya yang bergemerlapan,
mata yang tersenyum,
mata yang mampu buat kau mudah memahaminya
Bukan mata yang sukar penuh silang kata
Yang kau tahu hanyalah bertanya mengapa
dan apakah jawapannya
Jawaban yang dia sendiri jugak tak tahu bagaimana nak mula dek kelu lidah hendak berkata
Berilah si dia masa
Jangan kau desak
Jangan kau asak
Kau juga pernah punya waktu bila kau 'sesat' seketika
Begitu juga dia
Jangan kau benci dia menganggap yang tidak-tidak
Pertemukan lutut mu dan dia
sambil duduk bersila
tak perlu suara
biar diam saja
Kau cuma perlu temani dia sentiasa
Bila dia jumpa jalan pulang,
dia sendiri akan meluah semahunya

No comments:
Post a Comment