Haii
Hari ni aku rajin, sebab semalam ada orang suruh aku bagi review
Tulis pendek2 macam insufficient
so kat sini ja la kut yang sesuai untuk aku merapu meraban
Hangpa layan ja la 😚
*this review contains major and minor spoiler*
*kindly watch first n jangan marah aku pulak sebab spill banyak2 kat sini hehe*
Okay.
3 perkataan untuk describe Mat Kilau?
LINEAR, PACK, FAST
If I could choose between good or genius,
I would say this movie is mere good
It is far from genius or perhaps super intriguing
Tak tau la kenapa aku rasa sel otak aku tak begitu diguna pakai
untuk menghadam atau buat interpretation sendiri
macam aku tengok cerita berunsur historical yang lain
Tapi tak pasti lah kalau ada kona2 or sophisticated, aku bersedia layan ka tak kan hahahha
*BTW, aku tengok Mat Kilau tayang pukul 9.30pm, lepas habis kerja..
otak dah tepu tapi nak juga hiburan duniawi sebagai short escape gituuuu
Semua gara2 massive marketing kat social media
Kebetulan pulak sibling ajak hang out and kakak belanja..
aku sanggup walau weekdays..ibarat mengantuk disorong bantal..
Lahhh...aku merapu apa ni ishhh..abaikan*
Okay..
Kat mana yang linear, pack & fast nya?
Okay ka tak okay sebenarnya eh?
Personally aku rasa,
kalau sesebuah cerita tu boleh membuka ruang perdebatan,
diskusi yang membuahkan berjenis2 output atau
menguji kebijaksanaan audience untuk interpretate maksud di sebalik setiap bait ayat,
for sure,
ia pasti sejenis cerita yang complicated and the next level punya gempak.
Tapi dalam Mat Kilau, everything is shown and told clearly on the surface
Huraian watak, plot, storyline dia sangat direct depan muka hang
So takyah pening2
Masuk ja cinema, hang duduk dan layan
Keluar ja lepas habis, hang komfem happy, hang rasa terhibur
Sebab filem ni memang untuk menjamu cita rasa kita yang nakkan hiburan
Ada brief history,
action,
melodrama
Aiii bukan Syamsul Yusof(SY) la kalau tak mix genre
Mix of element yang bagi aku diadun sempurna ja
Semua balance, cukup rasa
"cukup" dan "cukup-cukup"
Faham ya?
2 jam tu bagi aku agak terlalu padat
Kalau dia nak buat 2 jam 30 minit pun not too much aku rasa
memandangkan cerita macam ni bukan selalu ada
so nobody gonna step out and watch partially
tapi SY pilih untuk buat 2 jam saja
Duration yang memadai supaya takda yang meleret
SY keep bagi, bagi dan bagi
Untuk orang yang kejar masa tak suka meleweh, memang fit your taste
Message yang nak disampaikan, dia keep hidang, hidang dan hidang
Naratif nampak linear
dan sequence dia tak cetuskan persoalan
Having slighly panic,
suspen &
minor plot twist moment
Takda major plot-twist
or teknik 'plot twist di dalam plot twist'
Nope..at all
Sebab I lowkey predict all the plot twist in my head and it legit happened the same
Contoh mudah, pengenalan Mat Kilau dan kawan2nya
Disebabkan teknik pengenalan tu bukan baharu,
aku seolah2 dapat agak the 3 masked guys are actually
his sparring partner, not le enemy
Contoh lain, the revealation of tali barut
Dude, it obviously Pak Deris (A.Galak)😅
Due to his personal circumtances that shown earlier,
it makes Pak Deris as the main suspect
It could have been "boom!!!" kalau tali barut tu bukan Pak Deris
Contoh, dalam kalangan comrade sendiri or pemimpin yang lain
But SY decided to make it easy for us to guess
or maybe jugak takmau ambik risiko letak watak tali barut
dalam kalangan pemimpin cuz
we all know this is based on true event kan
Safer that way lah kan, ok understood
At last kalau perasan, dia tunjuk yang tak ada pun dalam kalangan melayu yang tinggal,
yang jenis pengecut,
dengki,
commit treason
wuuuuu..play safe yer SY hehe
Better camtu lah
Bukan boleh sangat benda2 sejarah ni
kang ada yang riot di dataran merdeka pulak
sebab buat filem memburukkan pejuang zaman penjajahan
Semua perangai teruk2 dia letak awal2 ja
Eventually, semua perbuatan2 depa tu dibersihkan di akhir cerita
Contoh, bila Awang bertaubat,
Khir Rahman yang lari dari medan perang pun nak "sekali" jugak 🤭🤭🤭
*we all cuckle at this scene ngl..dia cam tibeh wkwkwwk
good to have some break after some pressure scenes kann*
Orang kampung yang give up in the beginning,
changed their mind at the very last minute
Pak Deris pun did his part very nicely the end..
Eh aku takleh la tengok muka Pak deris, sedih n kesian weh huhuhu
Apa yang dia buat tu bukan calang2 tindakan tu..huhu
Pendek kata, semua jadi murni2 saja at the end
Rushing
Sebenarnya,
aku taktau apa yang dikejar sebab rasa macam agak rushing toward the end
Bila habis, aku rasa macam.."i want more"
The ending leaving me with uncertain possibility
"habis dah ke ni"
Aku tunggu lepas habis sebab kut2 la ada 2 ending kan
Tapi takat tu
So aku macam...
"ohhh SY memang betul2 nak deliver message ni" sebab tu dia tak meleret2
The contrary of Orang Melayu dan Orang British
Aku faham writer nak tunjuk yang filem ni mengetengahkan kelemahan orang melayu pada awal
dan kegagahan orang Melayu pada pertengahan dan akhir cerita
Tapi they no need to make British people look stupid either
Aku rasa spoil bila British start percaya dengan janji Awang by mulut macam tu saja
N keep mentioning "but he promised to us"
I feel mehhh
So end up it makes us believe that British people
is merely strong at weapon but very poor in strategy
Tiba2 Yayan Ruhian yang orang luar ni pulak nampak terlebih bijak
dari British tambah2 bila dia mai libas
kepala orang dari atas kuda
Nampak macam contra sangat aura Toga ni dengan geng British yang serupa lembik pastu sikit2
"we have situation!!"
"we have problem"
"orang melayu tidak bersatu"
macam biasa2 ja
Macam tak competent selaku penjajah..eh!
Cartoon-like
'Cartoon-like' elemant ni banyak gak senanya
Bila Awang auto-taubat masa kena lecture dengan Tok Gajah
Dia terus menyesal lepas jeti kena serang
gara2 tindakan Awang rampas senjata British yang disifatkan sebagai plan yang terburu buru
Awang bertambah menyesal lepas isteri Wahid terkorban
Dia macam takda scene reflection or anything in between
Benda tu membuatkan kadang2 kita tak sempat nak feeling lebih2
Tiba2, terus next scene 😅
Ala2 cerita kartun kanak2 yang menyesal lepas kena rotan...
"Awang bersalah" n cry out of regrets
N punya pemaaf nya Mat Kilau ni, takda pulak part tebus kesalahan or apa2,
dengan mudah depa berpelukan right after the 'regret' scene
Part taubat n regret tu agak cartoon bagi aku lah n macam tak logik in real life
Tapi sebab 2 jam saja kan so tak boleh meleweh2 sangat
Life goes on gitthew
The hugging scene lepas sesi taubat n mohon maaf tu, agak 'deep' jugak gais..
Dia macam 1 titik tolak kepada bersatunya hati2 yang dengki, jealousy n berpecah belah n we can predict, that this film is heading towards something big thenafter
Character
SY really didn't waste the main powerhouse here
Adi Putra, Beto & Fattah Amin getting their own spotlight
Tak da la asyik focus kat watak Mat Kilau saja
Entrance semua pun bukan main lagi
Part yang depa keluar dari tempat persembunyian
lepas askar British kena perangkap hutan n bila depa kepung Ghuram Singh tu memang walahhh!
cool okay!!!
Okay untuk character ni not gonna lie
Aku memang sangat suka macam mana filem ni
tell about the characters,
without telling us about the characters
Memang ada part yang clearly they explain character
Contoh, para pemimpin melayu berbincang
pasal siapa Yang fit as leader
They do mention main element yang describe Mat Kilau iaitu
Ilmu persilatan yang tinggi & Religious
Dan Awang punya part pun ada diceritakan secara literal masa isteri Mat Kilau (Farah Ahmad)cakap,
"tahu la kan Awang tu macam mana"
which referring to 'kalau dia cakap, memang dia buat'
a.k.a Awang si berani n keras kepala
Yang lain2, writer tak describe n let the action speak the character
Approach yang ni aku boleh puji
Adi Putra as Mat Kilau
Mat Kilau punya character ni, aku rasa fuhhhhh
Walaupun ramai yang cakap watak Wahid lebih menyerlah tapi bagi aku,
ya, menyerlah tapi still Mat Kilau having his own level of immersion
Mat Kilau punya kematangan n professional tu terserlah
Nampak kredebility dia among all
Humbleness dia tip top
Kenapa bukan Wahid paling cemerlang?
Japgi aku story
Untuk Mat Kilau
They make a way for him to become the best person who suits the leader position
Fuhhh
Cemerlang dah part tu weh
Aku sangat suka kesderhanaan yang Mat Kilau tunjukkan
Cukup rasa, penghayatan yang mendalam
His eyes do the work
Dengan tone suara yang enak
n intonasi yang bersesuaian
n tak berlebihan,
Adi Putra did a great job
Memang bijak production ni tunjuk karisma n leadership Adi Putra
setiap kali dia muncul dalam scene
Entrance scene dia mostly overshadow entrance semua orang hahhaa
ish aku tak boleh betul!!
Cool teruks part bila dia berdiri, pegang surat layang kat jeti tuhh
pastu angin slow motion tu fuhhhhh!!
Part bertapa atas batu dalam hutan n ambik air embun dari daun keladi
Tu scene paling berseni sekali aku nampak dalam filem ni..
cantik❤
Part dia confront Pak Deris tu aku tak bley lupa
dia punya mata yang menakutkan n sedikit sinis pada senyuman, betul2 sebelum dia nak hunus keris kat Pak Deris
Subtle nuance yang aku sangat suka
Not to forget, that 'keris yang menyilau, aku digelar Mat Kilau''s part
That was smooth, daring & a smart way to expose himself as the most wanted person
Gerakan silat dia tak da la laju or kelam kabut.. rapi ja aku tengok
Part dia berlawan, agak noticeably good di mata aku yang bukan budak silat
tambah2 masa final fight scene,
part tusukan keris kedua yang melenyapkan Toga atas muka bumi
That was a 'woohhh' for me
Overall, Adi Putra just prove that his role is irreplacable by any other actor
Not to be bias, but u might suggest whoever you think to fit his role
but I will just stick to Adi Putra
Beto Kusyairi as Wahid
Okay next, Wahid
Kenapa bukan Wahid paling cemerlang?
Eh Beto ni jangan sapa2 komplen yer sebab aku nak bias jugak
he's my forever fevret Malaysian actor 😋
Bukan Beto tak cemerlang, jangan salah faham
Dia banyak lecture Si Awang which is nampak dia matang persis abang ngah
Dia loyal, selfless & carry whole nation on his back
Watak dia undeniably stunning TAPI
nampak sengaja writer create watak Wahid jadi perfectly imperfect
supaya ia tidak melebihi kekuatan yang ada pada watak Mat Kilau
Apa yang perfectly imperfect?
Kalau perasan Wahid has its own anger issue
Di mana part dia sedikit 'terbabas' due to obvious reason
Yalah..bini hang mati depan mata tragically
Who wouldn't act the same kan?
Apa flaw Wahid?
Bila dia decide untuk serang orang British with improper plan due to emotional attach
As expected dia ditangkap n kena belasah cukup2 dengan Toga and the geng
Aku sebak teruk part Wahid ni..
In term of sentimental n melodrama dalam sisi Wahid, sangat wajar dipuji
Tapi I don't think Mat Kilau will act the same it happened to his family
Watak Wahid sangat vocal n he didn't hold back
He portrays all apparently yang mana sangat penting untuk sentuh hati audience
Aku teringat watak Seo Hwi Young dalam Chicago Typewriter
Bila dapat Tau comrade dia kena tangkap n tortured badly,
dia act cold n unbothered in front of his man tapi he did cry alone n even execute his solo move to rescue his comrade(also his own lover) without neglecting the other members' safety
Itu yang tidak dilakukan oleh Wahid
It's understandable considering his condition pada ketika itu
Tapi kalau memang writer tak berhati2, dia boleh buat watak Wahid more outstanding
Macam mana?
Maybe kalau Wahid tak masuk terus tempat musuh tapi buat plan 2 in 1
Bunuh penjajah n balas dendam together with his comrade
lagi power n strong watak Wahid kalau dia hold dlu n nampak unbothered
tapi bila flashback rupanya dia yang murung n terkesan dgn apa yang jadi pada bini dia
Boleh ja depa gambarkan Wahid macam tu
Tapi tak bertepatan dengan watak Wahid yang depa perkenalkan dari awal
Sebab role Wahid bawak ni sangat expressive
Tak da hidden
Bila writer tunjuk slight flaw yang Wahid ada,
Wahid auto tak fit for the leader position anymore
Wahid ada charm dia sendiri yang takda pada member yang lain
Penghayatan yang unik n bahasa mata yang tak sama dengan member dia yang lain
Wahid is not under-par but incredible
But they make him not surpass Mat Kilau
Itulah decision yang paling berhati2 writer ni buat *hats off*
Fattah Amin as Awang
Ramai orang cakap dia turn 360 degree from his previous work
Tak boleh compare sebab aku tak tengok cerita dia sebelum2 ni
Tapi dalam filem ni, intonasi suara n lontaran dialog dia bagi aku biasa2 saja
Penghayatan watak dia pun bagi aku so-so
bila dia bercakap, tak da la nampak natural sangat
TAPI......
Bila dia berlawan n tidak bercakap, EHHHH tiba2 kau berubah jadi orang lain eh fattah????
Hahaha!!
Cool teruks weh sumpah!
Macam yang digembar gemburkan, dia ex-atlet silat peringkat kebangsaan
So filem ni kira makanan dia la gais
Memang bijak SY pilih dia
Dari mata aku yang bukan peminat genre action,
dia punya action scene lagi smooth n laju dari Adi putra
tapi tak da la intense macam Yayan Ruhian tapi nampak cantik ja
Dia punya identity main achery tu memang wow sangat!
Scene keluar dari permukaan air tu ada 2 kali aku perasan
Dua2 goosebump! arrrrrr aku sukaaaaa scene kat jeti ni!!!
Part anak panah berapi tu pun dia yang start kan
Memang iconic Awang oiiii
You better do action film ja lepas ni okay...i sapot!
Yayan Ruhian as Toga
Memang lain macam aura dia eh
Dialog dia sikit ja tapi menyeramkan betul
lontaran suara dia plus mata yang menakutkan phew!
Memang patut la jauh dia boleh pergi sampai international
Johan Asari as Yassin
Ramai yang cakap dia punya expression over
Senanya Johan bukan taste aku tapi tak bley nafikan penghayatan watak dia sampai ja
Lontaran suara dia lagi okay dari Fattah amin
Masa awal2 entrance dia pun not bad
Maybe something to do with facial expression
Tapi tu bukan isu
Tu memang style dia
Hang tengok la cerita apa pun memang gitu expression muka dia n cara dia bercakap weh
Tapi kalau nangis tu memang all out n tak control langsung eh dia
Daripada orang serius tak pasal2 orang gelak 😂
Apa2 pun aku takda masalah dgn watak dia
Untuk character yang lain, bagi aku, 2 jam tak cukup
untuk tunjukkan kredibility semua supporting actor n actress
So depa nampak macam seolah2 cameo tapi kemunculan depa tu impactful
Tambah2 part awal2 Ellie Suriati tu
Dia punya suara yang menggeletar n tangisan tu
reflect keberanian dalam ketakutan
Tu memang the next level punya acting skills weh
Cukup untuk describe jerih perih orang dulu2 berhadapan penjajah
Farah Ahmad punya keterbukaan n supportive
dengan perjuangan suami dia pulak menampakkan 1 sisi
di mana memang wujud wanita yang sangat tinggi tahap kefahaman
tentang tuntutan menegakkan agama & bangsa
Tapi ditunjukkan jugak situasi
di mana para isteri pada waktu tu susah melepaskan suami pergi berjuang
iaitu watak Rokiah lakonan Zarina
Itulah pengorbanan dan harga yang perlu dibayar oleh pahlawan & keluarga mereka
After all, everyone has their own responsibilty & pengorbanan masa zaman penjajah dulu
Untuk supporting actor dalam kalangan pemimpin, tu memang kekuatan filem ni
Sebab ramai orang decide untuk tengok Mat kilau ni pun salah satunya sebab kita tau kita takkan
kecewa sebab actor semua bukan cikai2
Walaupun dialog masing2, pass one by one dan diulang2
tapi cukup untuk kita nampak apa yang setiap sorang nak sampaikan
Nak kata preachy tu ada gak ahh macam hang dengar ceramah pasal Islam n Melayu berdegar2 tu kan
Cuma dia disampaikan dalam lakon layar oleh entiti2 yang pakai tanjak dan berbaju melayu
Ulang
Cakap pasal benda ulang2,
aku ada rasa spoil bila tengok part final scene
bila arahan untuk meriam dihalakan ke arah org2 kampung
yang diulang2 hampir 5 kali like..2 or 3 times is sufficient
Getting annoyed with the Captain Syers on his horse
who keep commanding to embark fire towards the opponent
Btw, he is not really good from the start as a British leader
sebab nampak tak da kredibility
Even our veteran line of actors lagi bagus lontaran dialog depa
berbanding watak orang2 British yang biasa2 saja kok
Sorry to say😓
Cut scene
Nak petik semula point awal2 tadi
Filem macam ni bagi aku agak memilih jalan singkat
Dia punya fast-track tu macam part..
Tiba2 muncul orang kampung di sebalik hutan beramai2 attack
macam meme "this is sparta!!"
The filmmaker choose to skip the preparation part when orang kampung getting
ready practicing or discussing strategy before ambush
Takda part tu
Instead, writer decided to vanish that important element (persediaan orang2 kampung)
Like..macam mana depa berlatih with limited weapon and lack of martial skill n sapa guide?
What happen sampai depa berubah fikiran?
None of these parts were portrayed
They bring the orang kampung into the final part
terus langkau
so audience akan rasa macam
"eh eh eh bukan ka depa orang2 kampung ni give up awal tadi"
Cam element surprise gituu
Memang surprise kalau sapa2 tak tgok trailer
Tapi sebab aku dh tengok trailer, aku cam dah agak orang2 kampung
akan muncul bila geng2 Singh n askar2 British diarah turun beramai2 utk serang comrade mat kilau
Aku macam..."haaa part orang melayu ambush tu komfem2 kat sini..."
Sebab tak logik ramai2 askar British tu nak lawan team Mat Kilau y sekitar 20 orang saja
Ni bukan perang Badar
It's good to surprised the audience n aku still feeling wow jugak la..
Ramai tacing masa scene Wahid n wife dia
Tapi aku lagi tacing scene orang melayu keluar dari hutan.
Serious talk.
Apa2 pun memang nampak la..
yang depa nak shrink everything into 2 hours duration tayangan
Ntah la aku pun tak tau apa situation production sampaikan nampak rushing
Atau memang intentionally SY punya pattern macam tu
Dia macam..bila hang keluar dari cinema,
Hang akan just cakap,
"He can do a brilliant historical film"
Instead of..
"A genius filmmaker is just born into this world"
Get it?
SY is phenomenal and he gonna be more sensational in years coming
The pressure to keep producing genius movie after this, is expecting
Kekuatan
Kekuatan filem ni ada 2:
1. Line of actors & character masing2
Dialog2 oleh actors dalam trailer pun dah promising
2. Kewujudan cerita ni
Sejarah ni ramai yang tertunggu2 gais
Tambah2 based on true story so
'idea' untuk hasilkan filem ni pun dah tersangat istimewa n the best move from SY
Alur cerita semua fine, entertaining & sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga
dari semua latar usia
Memang simply meet target-audience punya taste
Dia punya impact tu sampai berbelas2 juta kutipan lepas 4 hari tayangan as expected
Dan macam filem2 SY sebelum2 ni, banyak famous line yang trending
Pastu tiba2, 1 malaysia 'demam-silat' hahaha
Which means this film is not a failure but a huge success 👏
Aku malas nak cakap yer pasal tehcnical n colour-grading
sebab benda tu bagi aku tak jejas expectation aku sangat
KRU punya Magika & kebanyakan filem dari production lain rasanya lagi lawa n smooth
Aku rasa SY pun tak focus benda2 ni
Loghat pun dia decide untuk guna loghat biasa, bukan pure loghat Pahang
Asal orang faham mesej n dialog, sudah
Sempoi betul
He rather focus on message and character setiap orang
Overall, aku nak lagi cerita2 sejarah2 macam ni lagi banyak dihasilkan
Mat Kilau ni macam 1 permulaan untuk ada banyak lagi filem sejarah terhasil
Pastikan lepas ni ada adi putra n beto lagi ok 😋
Okay tu ja dari aku.
Thanks baca
Nah photo dumps untuk hangpa 😚