Bismillah
Thanks sudi visit blog aku gais
Hari ni, aku nak share pengalaman aku menjalani operasi Lasik pada September lepas
*weh awkward & plain betul aku punya intro ni 😅
Disclaimer:
- If hangpa alami pengalaman yang berbeza kelak, harap berlapang dada yaa
- Aku tak bercadang untuk promot atau beri apa2 recommendation
sebab hanya hangpa sendiri and Doctor bleh decide apa yang terbaik untuk hangpa 💚
Harap info & pengalaman yang aku story dalam entry ni serba sedikit
dapat membantu hangpa di masa akan datang
So lessgoo!
7 September 2021:
Aku whatapp klinik untuk book appointment.
Nama klinik: Klinik Pakar Mata dan Lasik Utara
Sungai Petani, Kedah
Klinik ni lebih dikenali dengan nama Klinik Dr Razak. Orang tua2 kut area utara ni cukup kenai tempat ni.
Honestly, aku tak pernah dengaq sebenaqnya tapi rupanya2 ia agak femes
Orang Penang, Perak pun ada yang turun SP sebab nak jumpa Dr Razak
Aku search kat Facebook dan aku jumpa klinik ni macam ramai follower dan macam tak diragui
kepakarannya
Aku tak luangkan banyak masa gais nak survey so aku baca review ja, lepas tu aku onzz
Lepas whatapp klinik, keesokan hari, baru admin klinik reply whatapp aku. So tips dia, kalau lepas whatapp kali pertama,
just tunggu saja admin reply. Jangan follow up, sebab kat Facebook, admin ada cakap depa akan reply dari bawah
If follow up, nanti mesej hangpa akan naik ke atas semula so lambat lagi ler admin nak reply hehe
Admin is so friendly and nice 💓
Alhamdulillah ada slot kosong untuk next week, ahad
If everything okay, aku setuju untuk proceed surgery next day, Isnin
So sebab expected untuk MC the next week, aku perlukan document sokongan
So klinik provide appointment doc in PDF
Document appointment untuk inform boss tempat kerja aku dan juga sebagai lampiran untuk mintak kebenaran balai polis tujuan rentas daerah
Actually haritu polis cakap tak perlu pun mintak kebenaran untuk rentas daerah, just tunjuk surat appointment kat roadblock nanti
Tapi to be prepared, aku just go for kebenaran sebab we never know when shi* can happen right?
So polis pun cop luluskan rentas daerah dari Baling
Tapi guess what
Roadblock ada 1 di Kuala Ketil tapi polis tak cek apa2 pun n kasi lalu saja
Haha! Tiba2 ku rasa diriku vuduh pulak sebab teringat proses nak mintak kebenaran polis haritu agak penuh dengan pancaroba sebab banyak masalah technical yang berlaku yang buat aku jadi Charlie Chaplin the whole day 🤣
Tapi alhamdulillah settle juga dapat cop polis
Prepare ja gais, apa2 jadi tak kalut
12 September 2021:
My first appointment.
So time ni lah aku dihidangkan dengan keadaan sebenar klinik which is way different from my expectations
Ku ingatkan, appointment pukul 2, so supposedly pukul 3 macam tu boleh balik rumah dah
Tapi sangkaanku meleset
Ternyata begitu ramai sekali patient yang datang sama ada pertama kali seperti akuh atau y follow up appointment
Klinik ni, operation hanya buat hari Isnin dan Rabu sahaja manakala hari2 lain, untuk temujanji
So beratur la aku di luar sementara boleh masuk ke dalam
If hangpa mai dengan someone, ada kerusi di luar untuk menunggu
Di dalam, agak pack so selalunya penjaga stay di luar kecuali warga emas atau kanak2 yang perlu pimpinan gituu
Untuk first appointment, akan ada beberapa screening test
Tujuannya untuk tahu keadaan mata kita secara keseluruhan
Bilik first ialah bilik 4 di mana aku berjumpa dengan Dr Zahirah
Suka Dr ni..lemah lembut ja orangnya..
A very polite optometrist
Kat sini, basically aku cek kesesuaian mata
So Dr akan cek power mata, tahap ketebalan tisu dan kornea, dsb.
Make sure kita off-contact lens 2 weeks sebelum appointment
Tak pasti kenapa, maybe untuk avoid inaccuracies semasa screening test? Not sure tho
Luckily, aku pakai contact lens last masa 2019 so alhamdulillah takda isu
Untuk screening test ni,ada beberapa mesin dan simple procedure termasuklah step yang kita hadapi
bila nak buat spek kat kedai spek macam baca tulisan di skrin
So hangpa just perlu follow saja arahan Dr dari mesin ke mesin yang lain
Aku juga dititiskan sejenis cecair, tujuan untuk membersarkan mata aku, which aku tak sure which part
yang dibesarkan, probably iris or cornea? (Goshh, aku lupa laa..inilah padah tido time kelas sains dulu🤭)
Take note gaiss yang ubat titis ni akan buatkan pandangan hangpa kabur dan silau selama 5-6 jam
So for first appointment better come accompanied cuz you can't drive back home
Lepas titis ubat tu, bukan silau ja, aku tiba2 jadi rabun-dekat sekejap hahaha
Cuak tak cuak jugak la
Tapi chill saja gaiss
Ini bagi memudahkan procedure screening yang seterusnya
Then aku dipanggil ke bilik 3
Kat sini, akan ada 1 mesin lagi dan bila tengok cahaya tu, rasa macam ada semburan masuk dalam mata
which aku tak sure cahaya atau cecair
"Pisssshhh"
Macam gitu la bunyinya hahaha
Next, aku masuk bilik Dr Razak, the main surgeon here
Dr Razak is professional and informative
Kat sinilah kita boleh tau sama ada sesuai atau tak mata kita untuk proceed with Lasik
So, kat sini, Dr akan buat Pre-Operation
Ada lagi ubat titis yang diletak dan di sinilah bermula ketidakselesaan mataku
Sebab Dr akan arahkan kita untuk buka mata luas2 dan put an object yang macam bentuk sudu
Entah lah, memang totally uncomfortable
Tapi sekejap saja gais
So selepas beberapa simple procedure dalam 10 minit, aku pun dapat tahu la resultnya
Kat sini, screening yang lebih penting akan dibuat seperti tekanan, tahap kelembapan dan tahap kesihatan mata la pendek kata
Alhamdulillah, mata aku lulus untuk 3 jenis operasi:
- PRK/LASIK
- FEMTO LASIK
- RILEX SMILE
Femto Lasik ni procedure di mana cornea kita akan diselak menggunakan Fentosecond laser
Then Excimer Laser akan reshape cornea kita dan betulkan power mata kita
Akhir sekali, flap tadi akan ditutup semula
Sumber: Google |
So aku pilih Femto Lasik
Risk rate aku ialah 2/10
2 means normal and low risk
Ada moderate and high risk
Semua depend on tahap kesihatan mata dan faktor-faktor sampingan
So aku boleh la proceed untuk slot surgery keesokannya, hari Isnin
Sebelum pulang, aku dapat ubat titis untuk avoid mata kering untuk esok hari
Kena titik setiap 2 jam sampai lah esoknya
Dapat juga pain killer, kena makan sebelum operation esok
Preparation, pantang larang, do & don't untuk operation
- wajib buat RTK test and negative result
So hangpa jangan buat terlalu awal test covid ni sebab nanti tak valid pula
Lepas confirm surgery, baru buat
Aku buat kat Klinik Purnama as suggested by clinic
7 minutes saja dari klinik mata ni
- esok tak boleh pakai mekap or fragrance
- pakai inner neck kat dalam sebab nanti tak boleh pakai tudung so inner yang tutup leher is wajibalghunnah
- bring along sun glasses for tomorrow, wajib pakai after operation to avoid excessive sun ray exposure
Tu ja kut sebab do & don't selepas surgery nanti lagi banyak haha
So lepas habis consultation semua, pulang lah ke rumah
Honestly masa dalam kereta otw pulang, aku memang dok termenung sambil terfikir2
"Eh betui ka aku nak buat lasik esok ni?"
Antara neves, thrilled and takut
Dalam masa yang sama, aku bersyukur sebab mata aku lulus untuk buat lasik
Sebab if cornea mata ku nipis dsb, aku tak boleh buat lasik biasa
Ada beberapa lagi procedure yang ada untuk counter rabun dan spectacle-free
Antaranya
ICL- Implantable Contact Lens which is way more pricey
Apa2 pun kena consult dengan Dr untuk procedure yang sesuai untuk mata masing2
1 lagi sebab aku bersyukur ialah rasa berbaloi
Bayangkan kalau aku dah rentas daerah p SP, pastu tunggu turn haritu lama kut, last2 tak boleh buat, mesti cedih dan rasa bersalah dekat abah sebab susah2 temankan aku ke sana huhuhu
Tapi apa2 pun alhamdulillah bersyukur
13 September 2021:
It's the day!
Aku pakai casual saja hari tu, with my all time favourite croc pink & tudung sarung for laifff 🤣
Tak kuasa aku nak dress up bagai, dah la neves huhu
Kali ni adik aku teman
Dia ambik cuti weh nak temankan aku, dah kautim baekk punya 🤭
Penantian~
Aduhh, ramai btul patient yang nak buat surgery hari ni
Disebabkan lama tunggu, almost 2 jam dari jam yang sepatutnya, aku dah start rasa bosan dan exhausted
Menunggu pun memenatkan
Hahaha
So, nama ku pun dipanggil
Kami ke tingkat 2
Second floor ni memang berbeza sangat dengan first floor yang quite hectic with patient, announcement and stuff
Tapi second floor, sunyi dan lebih convenient
Aku dibawa ke bilik sorang Doctor ni di mana aku confirm the payment, dan consultation akhir
So Dr pun explain serba sedikit procedure, pantang larang dsb
Then aku masuk sterile room di mana aku kena pakai surgical gown and cap yang kaler biru tu
All my belonging is placed in a tray
Dr tadi pun bersihkan muka aku dengan iodine if I'm not mistaken
So bila semua dah prep, aku dibawa ke bilik menunggu
Phew
Nak ke operation room pun banyak tempat aku dah singgah
Dan akhirnya, aku pun masuk the main operation room
Honestly, bila aku tengok orang lain yang buat lasik, bergambar with surgeon, with fully surgical gown in operation room, aku memang tak boleh relate langsung 🤣
Sebab kat second floor sini, tak boleh bawak teman nak bergambar bagai, plus my phone is left in the sterile room
In fact, aku tak rasa vibe nak bergambar pun sebab neves, lapar dan I just want to settle this real quick and go back for my cozy bed 😂
Dah la lepas sorang, sorang patient yang masuk & keluar meaning Dr pun tak da la banyak gap masa kan
Terus dari satu operation ke operayion seterusnya
So it's totally different from another place which I simply like ❤
Bilik operasi
Ada 4 orang medical practitioner termasuk Dr Razak
Lepas short brief dengan Dr, aku pun baring atas operation bed dan ikut ja arahan Dr
So this is the part that traumatized me the most
Ehh bukan apa2 pun gais
Trauma tu bukan apa
Everything is okay cuma personally aku rasa aku tak perform
"Ehh sapa yang buat surgery, hang ka Doctor?" 🤣
Actually both side playing important role as I need to follow the instructions and fully cooperates
Sebenarnya, what happened is, during operation, aku agak berkhayal dalam beberapa second
So Dr and team need to pause, reset and repeat some particular steps
Femto part is okay
Tapi bila sampai second laser which is to remove the power, aku lost weh!
Aku terlari focus untuk terus tengok lampu tu!
Plus my eyes tearing a lot
Don't get me wrong, I'm not crying during this surgery
Dr pun cakap, "mata kamu sangat berair, tak berhenti2"
So Dr need to clear my cornea banyak kali then continue again
First, aku terlari focus sekejap
Second, mata ku berair sangat banyak
These are uncommon situations in lasik surgery, and unfortunately it happened to me! 😅😢
Masa terlari focus tu,
Dr macam..calling my name..plus tap my shoulder..
"asyran...are u there? Please focus so we can finish this quickly okay...."
This operation is not a joke and there is no time to berangan
Dr said I look like thinking about something else..gosh!
How did he know..
during that short "berangan" moment,
I did thinking about getting home quickly and taking a nap when I reach home
That is because I feel super uncomfortable and pressure on my eyes so I tried to thinking about something else to comfort my self 😟
Dr said, my eyes are rolling up and down, going here and there, but the laser is spot on the right place
So Dr need to bring me conscious so I can focus again
Yeah. Other patient took around 15 minute but I took 20 to 30 minute to complete
And alhamdulillah, we then succeeded!
The reason I feel traumatised is because I think that I bothered the Dr and team by wasting their extra precious time and energy 😢
I got only one freaking job, which is to focus and listen to the instruction, which light to look at and stuff but I failed to do so
I feel so guilty and I believe that is because my nervousness plus my empty stomach 😢
So major reminder here..
PLEASE EAT SUFFICIENTLY BEFORE OPERATION
I did taking my breakfast cuz they said it will happened on 11am
But it actually happened around 12.30 so my stomach is chaos plus I can't push myself to eat when I'm nervous otherwise I will vomit
😓😢
But alhamdulillah, everything is successful now
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
After surgery complete, aku pun put my sun glass on dan pergi ke kereta
Macam seriau sikit sebab time tu almost 2pm, panas terik matahari, mata aku silau sangat..
Masa otw ke kereta, aku kan pakai shaded, with teary eyes,
lindung muka dengan sampul surat yang aku letak banyak2 related document
So adik aku kata time tu... gaya aku macam artis baru keluar mahkamah syariah...whut!!!!
Aku tengah tak selesa lepas operation dia boleh buat lawak bodoe lakkk 😆
So, is this surgery painful?
My answer is, it's not painful sebab Dr akan titik ubat bius ke dalam mata right before operation
But what I can say is, it's super uncomfortable
Masa Second procedure, Excimer Laser, aku bau hangit2 macam something burning and its expected as per Dr's explanation before
The whole operation is uncomfortable but trust me, it's not painful 😁
Pada hari yang sama selepas operasi, sumpah aku cakap, tak selesa gila
Sapa pernah pakai contact lens angkat tangan 🙋♀️
Pernah tak hangpa tersilap pakai contact lens concave?
Sepatutnya convex tapi sebab terbalik, dia jadi yang luar tu melengkung ke bahagian dalam atas mata kita
Memang tak selesa Kan?
Rasa macam ada habuk atau bulu mata masuk mata
Begitulah lebih kurang perasaankuh
But this time, it's way more intense
Kira-kira 5 jam selepas operation, baru makin hilang ketidakselesaan itu
Aku tido dan bangun sebelum maghrib
Dan alhamdulillah, bila bangun, makin selesa sikit
Mata dah kurang berair compared to earlier, after operation, time tu rasa macam..ni ayaq mata ka air terjun Niagara?
Tak henti keluar sebab pedih2 rasa di permukaan mata, bukan nangis sebab sedih ya gais
So untuk hari yang sama selepas pembedahan:
- dilarang tengok skrin
- tak boleh gosok atau tekan mata
- tak boleh cuci muka, shampu, etc.
Aku tempek sini do and don't lepas operation untuk rujukan kalian yaa
Do & Don't |
Dah nampak clear ka lepas operation?
Yes. Clear tapi tak sepenuhnya
Honestly aku tak test betul2 pun nampak ka tak
Sebab lepas habis operation pada hari kejadian, aku tutup mata most of the time and sleep a lot
hahahah so tak boleh evaluate keadaan mata secara padu
14 September 2021:
Sehari lepas operation, wajib hadir appointment
Dr Razak kata, "yesterday, u a little bit lost focus, but don't worry, bukan u sorang, ada juga macam u dulu
but it's fine, we succeeded at the end"
😅
I don't know how to respond to that and I'm just "sorry Dr.."
Tu ja la aku mampu wallawehh sebab aku tahu, Dr just nak sedapkan hati aku ja tuuu 🤣
Untuk appointment hari ni, Dr cek and everything is okay, cuma ada silau sikit yang tinggal
And you know what, a day after surgery, I woke up with less teary, more comfortable eyes dan mataku dah terang benderang 🥺
Alhamdulillah
Sebenarnya kan, sampai ke hari ni, aku still macam tak percaya dan aku belum nangis pun sebab terharu ka apa2
Maybe sebab aku dalam proses penerimaan bahawa ini kondisi mata ku yang baru
Dia macam, setiap hari, aku evaluate and be cautious so benda ni mmbuatkan aku lupa untuk rasa terharu ka over touching dsb 😆
It doesn't make me less human if I don't cry, out of overwhelming happiness, am I? 😂
Apa2 pun memang sentiasa meniti kat bibir, alhamdulillah thumma alhamdulillah
Aku pakai spectacle dari tahun 2009 tapi start rabun masa darjah 6, 2006
Power rabun jauh aku yang latest 500 kiri, 500 kanan and got silau oso
Bila dah off-spectacle, taktau macam mana nak cakap, anugerah terindah untuk 2021 💓
19 September 2021:
Another compulsory appointment need to be attended
A week after, Dr akan cek lagi keadaan mata
Kali ni, Dr cakap luka makin baik, cuma ada silau sikit2 lagi so aku memang kena avoid matahari dan lampu dari kena direct ke mata
So disebabkan, tak da apa2 isu, aku pun di schedule kan untuk jumpa Dr semula selepas 5 minggu untuk evaluate lagi progress mata
So far, alhamdulillah
It's getting better
Dr kata, within sebulan, aku akan slowly nampak improvement
Member2 aku yang dah buat pun cakap macam tu lah
Klinik Pakar Mata & Lasik Utara |
Appointment selepas seminggu. My eyes look bigger with my favorite rabbit filter 🤣 |
Part penutup ni tak penting sangat gaiss, boleh skip kalau nak skip..hehe
Just bunga2 cerita ja ni
No technical part dah
So sebenarnya, Dr dah allow untuk tengok skrin sehari selepas operation
Tapi entah kenapa post-surgery, berat hati sangat jadi nya nak mengadap skrin dan
menulih pasal moment lasik, padahal sebelum surgery, aku agak bersemangat
My mood is so unpredictable & haywire
I may stop writing anything for months due to a slight demotivation
But my energy can suddenly spiking up all of sudden and it can goes like 10 to 20 pages! 😆
Lama tak tulis entry pasal "personal experience"
Last tulis vibe macam ni, masa story pasal cabut Gigi Geraham 2 tahun lepas
So setakat tu saja perkongsian ku yang sederhana
Semoga membantu hangpa okay
If ada apa2 pertanyaan, boleh comment la kat bawah ni,
InshaAllah nanti aku jawab kalau aku tau okay
Thanks gais sebab baca entry ni
Terharu 🥰💐
====================================
Edited: 28 April 2022
Ada yang PM tanya kos lasik
Meh kami ringkaskan serba sedikit InshaAllah diharap info ini membantu kawan2 yang berniat nak buat dan tengah survey 🥰
Sebenarnya kos depends on tempat
Kat bawah ni kos yang kami pernah jumpa sepanjang kami survey
Kebanyakan harga tak jauh beza
💐 Kalau PRK/LASIK dalam 3k-4k xtermasuk checkup n ubat follow up,
total dlm 5k
💐 Femto Lasik 7k saja basic
Kalau termasuk ubat, screening test n test2 berkaitan, follow up dll,
total 8k mcm tu
💐 Rilex Smile
12k
💐 ICL (implantable contact lens)
14k-17k
Kami dengar procedure ni sesuai untuk yang kornea nipis
Untuk pengetahuan kawan2, beza setiap harga ni selalunya atas faktor
❄ jenis procedure yang digunakan
❄ jenis technology mesin yang digunakan
❄ tempoh masa untuk sembuh
❄ tahap kepedihan n ketidakselesaan, dll
Kalau bercadang nak buat,
kena buat screening test dulu
Tempoh screening test dlm sejam lebih macam tu lah
Screening test untuk Dr tentukan mana procedure yang sesuai dan terbaik untuk kita bergantung kepada:
☃️ usia
☃️ keadaan tekanan(bp) mata
☃️ kekeringan permukaan mata
☃️ ketebalan kornea
☃️ kesihatan keseluruhan mata
☃️ risiko, dll
Untuk screening test around rm600
Btw, rawatan rabun dan silau ni selalunya applicable untuk remaja dan dewasa
Warga emas selalunya ada rawatan mata jenis lain pula yaa 😊
Untuk perempuan yang sedang pregnant, belum jumpa klinik yang boleh buat lasik
Suggest hangpa untuk follow page or website klinik yang hangpa berminat, n alert dengan promo,
kalau rezeki, boleh dapat diskaun
At least kita tau keadaan mata kita kan gais
If ada certain clinic tak boleh buat procedures untuk condition mata kita, so boleh try klinik lain pula
Don't give up! Hwaiting!!🥰
Just Google "Klinik Lasik di Malaysia" atau di mana negeri yang kawan2 nk buat
Memang akan keluar list Klinik yang ada dan
boleh terus kol saja untuk info lanjut
Wallahua'lam 😊
No comments:
Post a Comment