Severe Motion Sickness
Siapa kat sini pernah alami masalah mabuk kenderaan?
Main fon dalam kereta, pening.
Turun bas, pening.
Keluar dari feri, muntah.
Seksa kan?
Benda tu biasa. Ia dipanggil
Motion Sickness.
Yang membezakan ialah, minor, mild atau severe.
Kalau hangpa nak tau, ada 1 movie tau yang menceritakan tentang pengalaman orang yang ada
Motion Sickness ni.
Tapi bukan minor atau mild. Tapi SEVERE.
Queen of Walking.
Inilah movie yang dimaksudkan.
Genre: Slice of Life, Sports, Teenagers
Movie ni release 2016.
Watak utama, Man-Bok yang dilakonkan oleh Shim Eun-Kyung.
Aku agak suka dengan actress Shim Eun-Kyung sebab dia talented dan lakonan dia sangat natural!
Tak pernah tengok dia dalam any Kdrama sebab dia lebih banyak muncul dalam Kmovie
Kalau tengok dalam The Journalist, Farbricated City and Money Game,
watak dia macam cold and serius sikit
Nampak karisma and tegas gituu.
Tapi dalam Queen of Walking, watak dia macam laidback, slumber, chill,
slightly funny dan unbothered
Lebih kurang sama dengan watak dia dalam Ms Granny & Sunny
Kadang-kadang macam mandom pun ada dia ni
Hangpa tau dak mandom ni apa? Ahahahha.
Lebih kurang senyap, orang tak notice keberadaan dia.
Awal2 aku nak bagitau siap2.
Ni bukan filem blockbuster, ada bom sana sini ya.😁
Cerita ni sangat ringan, santai tapi banyak pengajarannya.
Sesuai ditonton seisi keluarga gittewww
Queen of Walking ni pasal apa ya?
Basically, cerita dia simply, tentang seorang high school student yang ada penyakit Severe Motion Sickness.
Tak boleh naik bas, kereta, motor pun tak boleh.
Apatah lagi aeroplane, keretapi dan feri.
So macam mana Man Bok pergi ke sekolah?
Disebabkan Man Bok ada severe motion sickness dan tak boleh naik apa2 kenderaan,
Man Bok BERJALAN ke sekolah ulang alik dari rumahnya selama 2 JAM PERJALANAN
Phew!
Kalau pergi balik, dah 4 jam.
Ini setiap hari ya.
So apa jadi bila setiap hari jalan jauh?
Man Bok selalu sampai sekolah lambat & tak focus dalam kelas.
Kerja tidoq ja. 😂
Sebab penat weh berjalan jauh.
Jadi, disebabkan keadaan ini, Man Bok selalu dianggap malas,
tak da wawasan dan tak berdisiplin oleh guru dan kawan2.
Sampailah 1 hari, dia punya homeroom teacher slow talk dengan Man Bok dan
Man Bok pun reveal cerita sebenar.
So apa cikgu ni buat? Cikgu ni nak bantu Man Bok untuk capai sesuatu
yang besar dalam hidup dia.
Sebab dia tau Man Bok ni macam tak ada hala tuju dan impian dalam hidup.
Seolah2 follow the flow dan tak nak capai sesuatu yang besar.
Dia macam expect nothing in life, whatever happens, happens.
*Aisemen! terasa pulak aku yang menulis ni 😆
So disebabkan cikgu ni tau Man Bok berjalan selama 4 jam setiap hari,
cikgu dia sign up Man Bok untuk sertai team Sukan Jalan Cepat
atau Bahasa Inggeris disebut Race Walking Sport.
Start dari itu lah Man Bok mula berubah.
Dia dah nampak kelebihan dia dan salurkan ke tempat yang betul.
Dia put effort, dia prektis hari2 dan usaha gigih.
Wait!
Nampak macam familiar dan predictable ja kan?
hahhaha yaaa!
Sebab tu aku cakap, cerita ni ringan, bukan cerita yang buat pecah pala otak nak
fikir possibilities yang bakal berlaku 😅
hehhehe
Sambung~
So Man Bok pun berusaha keras setiap hari
Mudah ka nak capai?
Tak mudah!
Senior dia pun tak suka dia, kritik dia.
Bukan tu saja.
Disebabkan dia ada motion sickness, dia gagal waktu saringan kelayakan ke peringkat kebangsaan.
Bukan sebab dia tak well prepared.
Tapi sebab incident dia mabuk teruk dalam bas dalam perjalanan
ke venue pertandingan masa saringan tu.
Dipendekkan cerita, dia berjaya jugak lepas ke peringkat akhir kebangsaan
sebab ada peserta yang menang sebelum ni telah ditarik kelayakan ke peringkat akhir
gara2 ambik dadah sebelum start acara sukan saringan tu
Patut lah tenaga luar biasa depa yang lain tu. 😆
Jadi, Man Bok yang dapat no 4, dia automatik layak ke peringkat kebangsaan sebab dia record bersih.
So dah layak ke peringkat kebangsaan ni.
Tapi macam mana dia pergi ke venue pertandingan untuk peringkat akhir kat Seoul nanti?
Dia kan tak boleh naik kenderaan.
Apa yang dia buat ialah dia berjalan ke venue acara yang memakan masa 2 HARI perjalanan gais!
Bayangkan lah betapa penatnya.
Itu lah harga yang perlu dibayar.
Haaa, nampak kan? Walaupun sebelum ni dia ada sakit dan orang nampak macam tak da impian
tapi akhirnya dia boleh jugak layak sampai ke peringkat kebangsaan.
Tetapi,
Cerita ni bukan tentang
'salurkan kelebihan ke tempat yang betul'
sahaja.
Tu 1 moral value yang tinggi.
Tapi apa sebenarnya definisi sukses dari kaca mata Man Bok?
Sebenarnya.apa yang aku nak highlight dalam cerita ni ialah
bukan pasal someone yang seperti tiada masa depan mengubah hidup menjadi berjaya yadayada 😄
Tapi core value dalam movie ni adalah..
WAWASAN.
Orang yang nampak wawasan dia akan faham.
Meamang bila ada usaha, kita akan berjaya.
Tapi apa yang jarang kita hargai?
Sebenarnya, sebelum kita menang atau berjaya dalam sesuatu yang kita buat,
kita dah pun dikira BERJAYA, bila mana kita start buat semua usaha ke arah tu.
Tak berjaya lagi?
Tak menang lagi?
Tak apa! Keluar dari zon selesa pun dah dikira berjaya!
Usaha ke arah nak capai kejayaan pun dah dikira berjaya!
Itulah MESEJ BESAR yang nak disampaikan di penghujung filem ni.
Sebab apa aku highlight benda ni?
Sebab bila aku follow cerita ni dari awal, aku selalu macam...
Ala... cliche lah kan, bila dia berusaha, komfem dia menang punya japgi ni
Maybe sebab cerita2 yang aku tengok sebelum2 ni, dia punya pattern kita dah boleh agak
Mesti happy ending punyaa
Bila tengok scene last petandingan walking race peringkat kebangsaan tu aku macam,
sorak2 sorang kut.
Memang ingat dia nak menang, sebab aku ingat, MENANG dan dapat medal tu yang dia nak capai tapi..............
aku cam terkesima sebab dia tak menang pun
Tapi kekalahan dia tu, buat aku macam,
Ooookayyy!
Itu ka yang dia nak sebenarnya dari awal?
Bukan dapat no 1. Tapi dapat benda lain!
SESUATU yang aku tak terfikir pun and it has a little bit metaphore behind the meaning
So kalau hangpa nak tau,
apa sebenarnya yang dia dapat di akhir movie ni, hangpa kena tengok sendiri okay.
Sebab ia akan mengubah persepsi hangpa tentang frasa 'SUCCESS' yang sebenar.
💓
No comments:
Post a Comment