----- this review written on 23rd July 2020 on my personal Facebook account and altered a bit ------
Semalam share short scene dalam movie Exit ni kat wasep status
Ramai pulak nak tau details.
Meh la aku share sikit alang2 dah lama tak buat movie review ni.
Intro
Exit ni release 2019, genre: disaster-action-comedy.
Box office dan dapat kutipan sebanyak US69.5 millionn!
So jom kita explore sikit betul ka cerita ni power dan worth the hype? 😱
Jeng jeng jeng
So Yoona(Eui Joo) & Jo Jong-su(Yong-nam) merupakan teraju utama movie ni.
Overview
So movie ni pasal apa gais?
Basically, movie ni mengisahkan tentang 2 orang wall climber tersohor zaman kolej
iaitu Yong-nam dan Eui Joo.
Dua orang ni kira top wall climber la
dan Yong-nam memang crush dengan Eui Joo dari dulu.
Tapi nak dijadikan cerita, Yong-nam ni tak bernasib baik secure any job
lepas graduation selama bertahun2 dan selalu dipandang rendah,
tak boleh diharap dan tak dipercayai oleh family dia.
While heroin dia pulak, lepas grad, Eui Joo ni jadi Deputy Manager kat Dewan Konvensyen.
So dia assist Kang Ki Young, manager kat situ.
Kang Ki Young banyak bawak watak sampingan dalam banyak Kdrama sebelum ni.
Watak dia tak lari jauh sangat.
Funny2 annoying gitu la jugak.
😂Ekceli, Eui Joo yang lebih layak jadi manager sebab Kang Ki young tu tak function weh!
Kalau hangpa nak tau character Kang Ki young dalam cerita ni hangpa kena tengok sampai habis..memang rasa nak tumbuk2 ja muka dia sebab annoying giler 😆
Plus dia ni pun memang in crush dengan Eui Joo cuma Eui Joo tak berapa nak layan. hahhaha
Okay, selepas beberapa tahun lepas belajar, Yong-nam n Eui Joo ni
dipertemukan semula dalam 1 event majlis keraian keluarga Yong-nam.
Venue majlis kat Dewan Konvesyen Hotel kat tengah2 bandar Seoul n Eui Joo bertugas time tu.
So the konflik mula bila tiba2 ada 1 disaster incident berlaku.
Ada toxic white gas dilepaskan dari 1 truck gas toxic.
Dalam sekelip mata ja, gas tu merebak ke seluruh district Seoul!
Hospital pun memang hectic dan chaos sebab ramai yang tak sempat selamatkan diri
dan terhidu gas tu.
Gas toksid tu boleh menyerang sehingga ke paru2
dan menyebabkan kematian beberapa orang awam.
So the whole plot, dia tunjuk macam mana depa survive
dan macam mana 2 orang wall climber zaman kolej ni rescue family dia dan escape dari tempat tu.
So hangpa akan nampak banyak scene bergayut dari 1 bangunan ke bangunan Skyscraper yang lain untuk escape.
Aim depa ialah nak cari bangunan yang lebih tinggi untuk selamatkan diri.
Kenapa depa escape vertically? bukan horizontally?
Sebab gas toxic tu memang tersebar ke tepi dan ke atas juga.
So nak tak nak , memang depa tak boleh u turn, turun ke bawah melainkan pakai special mask.
Mask tu pulak terhad dan kena ganti filter dia setiap 10 minit.
Semua fasiliti ni terhad dan tu yang buatkan depa bertambah gawat.
Tujuan ke tempat tinggi pun sebab helikopter dari Rescue Team memang akan landing
ke tempat tinggi iaitu roof top bangunan untuk selamatkan mangsa.
So itu lah serba overview pasal cerita ni.
Review
Untuk review jujur, aku boleh cakap few thing lah.
Yes. Memang exiting and ada jugak jaw dropping sikit2.
Maybe tak bley lawan Train to Busan epic dia tu.
Cuma still ada keunikan tersendiri yang 'wow' moment dalam cerita ni.
Idea
Bagi peminat filem genre disaster recovery dan escape mission,
aku rasa ni salah satu movie yang hangpa kena masukkan dalam list
Kita dah pernah tengok cerita pasal tsunami, gunung berapi, zombie attack, flu, influenza,
water parasite dll
Tapi masih belum ada atau mungkin aku yang belum pernah jumpa disaster recovery yang melibatkan gas poison
Kita mungkin selalu tengok dalam action movie di mana gas beracun diletakkan
untuk tujuan membunuh/melemaskan entiti yang berada di dalam ruangan kecil
Cuma movie ni punya setting yang combine kan the whole conflict which is about lethal gas spread
diadun dengan skills climbing ni pun bagi aku idea yang agak baru which I rarely see before
so tahniah aku ucapkan
Salute to the director & script writer 😄
Watak
So Yoona & Jo Jong-su
Both main leads ni dah cukup untuk bagi clue why this movie was a success
Both of them memang dah ada large fanbase yang tersendiri dan ada persona masing2
Jarang weh tengok Yoona berlakon scene action so memang puas hati jugak bila tengok watak dia.
Very strong and talented woman sebab macam2 dia boleh buat.
Skill yang dia pun sangat membantu untuk escape mission tu.
Nangis kemudian.
Mission dulu kena selesaikan.
Kalau untuk watak Yong-nam pulak banyak berkisarkan tentang berperang dengan perasaan sendiri. Rasa tak berguna, rasa tak dihargai oleh famly dia tu yang jadi pembakar semangat dia
untuk tamatkan misi tu even nyawa dia jadi taruhan.
Evenn parents dia ada anak ramai & semua berjaya, tapi bila tengah gawat macam tu,
semua fikir nak selamatkan diri ja.
Tapi Yong-nam tak. Dia gadai nyawa dan prioritize orang lain dlu baru diri sendiri.
Tu yang high value dalm cerita ni.
Overall, aku rasa both main leads, Yoona & Jo Jong-su memang aku boleh puji sebab best,
very natural plus funny! Memang ada chemistry. hehhe 💓
Meh Element
Yang so-so dalam movie ni?
Okay.. the whole storyline is superb cuma aku rasa banyak plot yang tak di explain secara details. Pendek kata macam 'tak puas'.
Plot & Kesinambungan
Contohnya pasal geng yang main drone tu.
Dia boleh bagi gambaran lagi awal supaya nampak lebih gempak
masa ramai2 orang mai untuk support depa.
Tapi kejap ja dia tunjuk.
Plus macam tak berapa nampak function banyak2 drone tu.
Nak tau apa function drone tu?
Sebenarnya yang aku faham, movie ni nak tunjuk wave 'social media' punya power untuk sebarkan news pasal 2 orang hero n heroin ni escape dari bangunan tu sebab ada live footage dari drone.
Cuma macam tak da kesinambungan.
Dan lepas depa berjaya escape masa last2 plot tu,
tak da pulak tiba2 depa jadi femes ka apa lepas tu.
Tak da orang mai buat liputan ka apa untuk interview 2 orang ni.
So macam tak bersambung padahal awal2 tu tunjuk seolah2 1 Korea tengok live streaming tu.
Aikk!
Aku expect macam, lepas depa dah sampai kat safer place keesokan hari, depa akan diserbu oleh puluhan jounalist yang nak buat liputan dan wajah depa terpampang kat seantero platform sebagai "hero"
Tapi ia tak berlaku gaisss hahaha
Konflik
Konflik, technical dan semua cabaran yang depa hadapi bagi aku okay ja
So far, tak da yang terlalu dramatic atau cam peliks ka apa
Cuma kalau perasan ada beberapa konflik yang aku rasa, tak digarap dengan baik dalam movie ni
Kalu perasan, ada konflik media massa & sedikit unsur capitalism.
Lebih kurang macam konspirasi la sebab masing2 nak footage masa incident tu berlaku
for coverage cuma TAK diperincikan dalam cerita ni.
Aku rasa problem utama cerita ni adalah jeda masa
Movie ni cuma 1 jam 44minit tayangan
So setiap babak dan konflik dipadatkan di dalam masa yang singkat ni
so macam tak sempat sangat nak feeling2 gaisss hahahaa
Tapi aku boleh cakap yang movie ni maybe tak perfect tapi still ohsemmm!
Anyway, cerita ni memang fun to watch dan happening
I bet u can simply enjoy watching it sambil makan kerepek pisang di ruang tamu
selepas penat pulang bekerja
Kalau hangpa rasa nak santai2 sambil gelak2
dan dalam masa yang sama nak tengok action scene ringan2 dan tak da scene yang extreme,
aku sangat2 recommend cerita ni.
Sesuai jugak tengok ngan family. hehe
Itu ja lah review jujur daripada aku.
* Tapi....
persoalannya..
Siapa yang buat khianat lepas kan gas toxic tu pada awalnya?
Dan apa motif dia buat macam tu?
Macam mana depa guna skill wall climbing untuk survive dan escape?
Persoalan2 atas ni ada yang akan terjawab dan ada yang tak akan terjawab
di dalam cerita ni so jemput la tengok 💚
No comments:
Post a Comment