Assalamualaikum.
Hari ni aku nak share pengalaman aku yang mengerikan untuk tahun 2019 ni.
Bukan saja ngeri tapi seram ya rabbi.
Nak ditangisi?
Dah berlalu.
Nak mintak diulang kembali?
Tobat lahom aku takmau.
So apa yang seram. Apa yang ngeri sangat tu. Over nya hang asyran. Cakap sini habis sini lah. π€
Okay gais. Jadi hari ni, aku dah menjalani pencabutan gigi geraham kedua ku yang berlubang. Tu la topic hari ni. Seram tak..?π₯΄
Pengalaman yang mengerikan bagi aku, iya lah aku kan manusia biasa yang ada pain receptor yang....alhamdulillah, masih berfungsi dengan baik. Jadi biarpun ia sakit, tapi pain receptor yang masih berfungsi tu pun nikmat juga ya.
Kenapa merasa sakit tu nikmat?
Kalau hangpa pernah dengar ada 1 rare disease iaitu (CIPA) or nama panjangnya Congenital insensitivity to pain with anhidrosiss.
Haaaaa aku gugel kauuuu.
Apa dia disease ni? Disease ni bila mana patient tu ada condition yang menghalang dia dari rasa sakit atau rasa suhu yang panas. Memang bahaya sebab kalau melibatkan kemalangan dsb, dia tak rasa sakit, tengok2 kaki dah tak da.
Tertusuk pisau, vein dah terpotong, berdarah teruk tapi dibiarkan ja. Tu boleh menyebabkan excessive blood loss even patient tak rasa sakit.
Aku ada tengok sikit pasal disease ni dalam Kdrama Dr John. Tak sempat tengok, tengok certain2 part ja. Nanti aku nak tengok cerita ni sampai habis sebab Ji Sung, Dr John tu sendiri yang ada penyakit tu. Okay watchlist π.
Back to the main topic, ehemmmm..hahahh. Boleh tahan jauh aku melalut ya. Padahal nak habaq bersyukur jugak walaupun sakit. Ada hikmahnya π
Worait..ceritanya, aku ni dah pernah cabut gigi geraham atas sebelah kanan dalam 2 bulan lepas. So izinkan aku throwback sikit pengalaman first time cabut gigi geraham masa 2 bulan lepas, then aku akan continue untuk cerita pasal cabutan second time yang hari ni, okay gaiss?ππ
Cabutan yang pertama, time aku kat kampung. Dr lelaki yang cabutkan.
Klinik Pergigian Mahkota dekat Pekan Baling Kedah.
Bila consult dengan Dr, Dr suggestkan cabut instead of tampal sebab gigi tu mereput gais. Ya Allah..sedih sangat ehh, muda2 lagi tapi gigi dah reput dan buruk. Dr kata gigi lain cantik, kenapa yang ni macam gini? Gitu lah lebih kurang ayat terkejut Dr. Mana lah aku tau kan, nak gosok dalam2, berus tak sampai, so sepi ja lah dia kat situ, berlubang dan terbiar.
So location untuk cabutan pertama aku ialah gigi geraham kedua, sebelah kanan atas.
Lebih mengejutkan Dr, jenis gigi yang sama, masalah yang sama berlaku, iaitu di sebelah kiri. Juga berlubang, juga geraham, juga belakang atas.
Aku dah cuak, takkan nak cabut dua2 hari tu.
Of course lah takk. Nanti macam mana nak ngunyah kalau dua2 cabut hari yang sama.
So Dr decide untuk cabut sebelah kanan dulu.
So sesiapa yang nak cabut gigi geraham, hari ni aku akan share pengalaman aku, bukan untuk takut2kan hangpa, cuma nak kasi gambaran ja proses dan keadaan yang aku alami, mana tau sama ngan hangpa punya case dan ada lah tips2 yang aku akan tinggalkan japgi. So teruskan membaca kalau berminat nak tau. Terima kasih π.
Jadi, macam biasa, sebelum cabut, Dr cucuk ubat kebas. Aku kena cucuk 2 tempat. Sakit tak kena cucuk?
Tak pun. Macam semut gigit. Hehe.
Lepas 5 minit macam tu, aku pun dipanggil balik untuk cabutan.
Dr cabut kejap ja dalam 10-15 minit.
Disebabkan gigi tak bergoyang, effort kena lebih, dan paling tak boleh lupa, nurse sampai kena pegang kepala aku, masa Dr tarik gigi aku dengan playar. Sampai satu tahap, Dr berhenti, siap gelak lepas tu cakap 'uishhh saya pun tak larat dah ni'.
Tu tera Dr laki. Hahaha. Kalau Dr perempuan, aku kesian pulak. Penat weh π
Dr sambung balik usaha gigihnya dan nurse masih lagi setia memegang kepalaku, dan.....akhirnya, berjaya cabut!!! Yey! π
Masa Dr tunjuk gigi tu, aku rasa puas hati gila, keluar jugak kau! Hahah.
Lepas siap, keluar lah aku dari klinik dengan gauze masih digigit dalam mulut.
So cabutan pertama, sakit tak? Bagi aku, tak sakit, yang sakit bila Dr tarik mulut aku untuk buka lebih luas, sampai aku cakap dalam hati "kalau mulut aku pecah macam mana" ππ sebab macam darah sikit hujung bibir aku gara2 ditarik. Sis is redha.
Apa yang berlaku untuk post-extraction untuk yang pertama?
Aku tak da pening2, untuk sejam pertama.
Tak sakit. Siap boleh drive balik rumah dari klinik tu. Opsss bukan balik terus keh, siap shopping ngan wani kat pekan Baling barang murah uolss, then baru balik.
So kesengsaraan aku bermula lepas sejam sampai rumah.
Aku cabut around 3pm.
Jadi start dari pukul 5 or 6 petang sampai ke maghrib dan ke malam, aku dah sakit tak tau nak habaq dah. Effect ubat kebas dah hilang. Baring tak kena, berdiri tak kena. Satu ja aku cari.
Mak.
Hahahahah.
Ada mak, semua pain hilang.
Siap tido kat bilik rehat mak aku. Melepet kat situ menagih ihsan. Hahhaha.
Time ni aku tak buat apa sangat, just makan pain killer yang Dr bagi ja.
Nak makan, buang gauze sekejap dan makan nasik.
Waktu tu aku makan sup sayur ja sebab masih ngilu2 nak makan. Gigih telan sebab takkan nak makan ubat dengan perut kosong kan.
So sepanjang malam tu aku sakit tak da arah dah. Tapi tidur ja lah. Bangun 2-3 kali terjaga, dan tukar gauze.
Hari kedua dah hilang sakit.
Darah berhenti lepas 3 hari.
Malam hari ke tiga aku naik bas balik KL.
Totally dah gauze-free dan dah makan macam biasa.
So...apa jadi kat aku lepas tu?
Aku peninggg teruk.
Disyaki sebab banyak darah keluar masa tooth extraction tu.
Time tu lah jerebu datang dan aku mula demam & so on.
Dan kalau baca entry aku yang lepas2 cerita pasal anemia tu, rentetan daripada peristiwa lepas aku cabut gigi ni lah.
Sebenarnya aku bukan nak takutkan hangpa.
Ini personal experience.
Lain orang, lain ketahanan fizikal dan keadaan dalaman kita kan. Aku memang dah ada anemia sebab tu cabutan gigi yang pertama tu macam triggered darah banyak hilang. Dah la darah dah kurang, hilang pulak lepas cabut gigi.
Kalau hangpa normal, it should be okay. Tak da apa yang perlu ditakutkan.
Sakit gigi lepas cabut itu normal.
Darah baru berhenti lepas lebih kurang 48 jam tu normal mengikut kata Dr.
So hangpa chill ja lah. Jangan takut2 nak cabut gigi geraham.
Things will get better ππ.
Itu pengalaman cabutan pertama.
So cabutan kedua ialah hari ni.
Macam aku cakap awal2 tadi, ada 1 gigi geraham kedua bahagian atas sebelah kiri yang juga berlubang masih perlu dicabut.
Disebabkan aku off day shift hari ni, so aku pun terus la p Klinik Pergigian Dr Rohaya bertempat di Sentul Boulevard. Dekat ja dengan rumah.
Sebab apa tak pergi klinik kerajaan?
Aku dah pergi gaiss..Klinik Pergigian UTC Sentul. Tapi MashaAllah..bersasak manusia. Aku ni kalau bab tunggu2 ni leceh sikit weh. Kalau tunggu giliran, mau pukul 4 petang baru boleh jumpa Dr.
Dah la pagi2 pukul 9 aku dah sampai.
Buang masa kalau gini. Terus aku ping grab, ke Klinik Dr Rohaya.
Tup2, sampai ja, Dr lelaki yang bertugas. Hey hey hey. Bukan bias, cuma kalau dah gigi geraham hujung macam aku ni, tak ka naik biceps tangan Dr perempuan nanti nak mencabutnya..hahahah.
Over nauuu. ekceli tak kisah ahhh Dr laki ka perempuan asalkan misi cabutan gigi hari ni berjaya.
π
So kali ni, memang berbeza daripada cabutan pertama. Kalau cabutan pertama aku, makan masa around 20 minit total, tapi kali ni...
hampir 2 jam baru selesai!!!
Sebelum last effort Dr tu tarik keluar, Dr ada cakap,
"Kalau tak boleh jugak, kena Xray, kemungkinan ada gigi geraham bongsu yang menolak di dalam gusi dan mungkin kena datang lagi sekali..
Or else, maybe sebab akar nya ada 3."
Aku yang kekuatan senipis kulit bawang ni dah cuak habis. Jangan la pelik2 weh. Dah banyak sangat benda aku hadapi selama ini, kenapa aku diuji begini. Apa akan jadi dengan hidup aku. Lepas satu, satu..Adakah aku akan jalani dental surgery?
Ya Allah..ya tuhanku. Tolong lahhh
Hey
Hey
Hey!!!!
Hang pesaipa over sangat asyran.
Padahal tak da apa pun jadi.π€π€£
Susah cabut sebab akarnya kuat sangat. Dan lama Dr ambik masa sebab iya lah proses nya nak potong serpihan tertentu dulu, nak goyangkan lagi, macam2 lah. Bukan terus cucuk ubat kebas, terus boleh cabut ya tuan2. Lama prosesnya. Sebab proses yang teliti harus diambil supaya tak da serpihan tertinggal di dalam gusi, tak da yang pecah dan patah sebab maklum lah memang teruk dah structure nya. Dr memang penyabar. Aku pun rasa kesabaran dan keimanan diuji.
Tak berenti aku selawat dan baca macam2 sebab aku dah tak tahan lama sangat 2 jam tu rasa nak lari keluar ja dah la sakit jugak waktu tarik2. Pun ada scene nurse pegang kan kepala yang bergoyang teruk. Bayangkan lah azabnya π₯΄.
Nasib baik Dr cucuk lagi kali ke dua selepas sejam. Beza dengan cabutan pertama?
Banyak..hahahha.
Antaranya, masa dan kesakitan. Cuma kali ni, tak rasa sangat bibir aku ditarik. Aku perasan, selain cucuk ubat kebas, Dr sapu area bibir dan bahagian mulut aku dengan ubat kebas or something sebab tu tak rasa sakit sangat bukaan mulut aku.
Selepas 2 jam macam tu, selesai lah cabutan gigi geraham kedua atas sebelah kiri aku.
Bila aku tunjuk gambar gigi tu dekat kakak aku, dia cakap Dr tu terer, sebab kemas ja nampak akar gigi tu tak terpecah. Meaning Dr tu memang berhati2 dan power.
Aku rasa mana2 Dr gigi memang power lah. Susah kut nak cabut gigi. Mulia betul kerja Dr gigi ni kan. π
So untuk pengetahuan hangpa, tadi sebelum aku cabut, aku scaling gigi dulu.
Lepas scaling dan polish, baru lah Dr cabut.
So boleh ka cabut n scaling pada hari yang sama?
Jawapannya, depend.
Macam aku tadi, Dr bagi ja.
Dan last aku scaling pun setahun lepas ka 2 tahun lepas macam tu. So tadi lumsum ja.
So apa jadi untuk post-extraction kali kedua?
Sakit gila 2-3 jam lepas cabutan, as expected.
Aku dapat antibiotic sebab Dr cakap ada infection sikit. So makan antibiotic dan pain killer. Lepas daripada tu, dah kurang sakit.
Aku cabut pagi, so dah masuk pukul 10 malam, dah gauze yang ke 5 aku tukar dan kali ke dua makan ubat for today.
Tomorrow?
I don't know yet what will happen. Hope better day is coming.
Darah dah sikit kat gauze tadi aku tengok.
Sakit pun dah hilang. Alhamdulillah.
Harap sangat cepat kembali ke sedia kala.
Tadi aku makan serupa orang tak da gigi.
Hirup sup sayur dan makan pun takut2.
Aku tak tahan lapar, maghrib tadi aku buang gauze 10 minit dan makan creampuff dekat 5 bijik tak sampai 5 minit.Hang bayang kebuloq ka dak. Wani pun takut tengok aku makan. Rasa nak nangis pun ada sambil makan hahahha sebab hang lapar tadi tapi hang takut nak makan. Ahh kalau hangpa cabut gigi, tau la macam mana rasanya π.
Ayat wani tadi, 'berani hang, Ann'.
Berani?
Tak pun..tapi aku push jugak. Takut, nanti makin teruk kan gigi aku ni. Hehee. Sakit sekejap ja.
Even kita pun tau, sakit gigi ni ranking atas2 juga selain sakit beranak. Memang sakit tapi puas hati. *pat my back*
π
So apa yang aku buat masa cabut gigi ni.
Aku akan cerita sikit, tips, do and don't lah pendek ceritanya.
Kebanyakannya atas nasihat Dr dan ada juga tips yang aku dapat dari internet dll.
Harap bermanfaat.
1) Waktu cabut gigi.
First cabutan silap sikit sebab aku cabut tengah hari. Second time, aku cabut pagi.
So yang mana elok? Personally, aku rasa pagi or malam. Sebab masa aku cabut petang first time tu, cuaca tengah panas. Aku memang dapat rasa banyak sangat darah keluar. Tu boleh jadi faktor jugak darah susah nak berhenti. Dan mengikut mak aku, dia usik2 lah.."lain kali g pagi2, sejuk, teduh, ni hang p time petang, Dr pun tak larat, dah ya lah hang pesakit yang ke berapa dah dia cabut" sebab tu Dr tu macam struggle gila nak cabut sampai kena berhenti sekejap dan sambung. Huhuhu.at first I think it's kinda funny but yeahhh. It's logic and acceptable tips.
Cabut time pagi, time cuaca tak panas dan Dr pun masih banyak tenaga lagi. hehhehe.
Cabut malam? Pun okay, balik2 terus tido. Hehhe
2) Makan
Aku rasa menyesal hari ni sebab tak makan banyak2 sebelum keluar rumah. Pergi klinik dengan keadaan lapar. A big no! Sebab bila lepas cabut, memang tak daya nak makan dah. Boleh makan cuma susah. So lain kali, makan dlu, gosok2 gigi bersih2 baru g dentist,okay? Jangan jadi macam aku, memang lapar teruk tapi takut2 nak makan.
So makan ni untuk 2 hari pertama,
jangan makan makanan panas, pedas. Benda tu boleh menyebabkan darah keluar banyak dan susah berhenti.
Sebab kita nak stopkan darah. Lagi cepat lagi bagus.
Minum air sejuk. Ada orang depa makan aiskrim. Mempercepatkan darah berhenti. Lepas keluar klinik, aku beli cendol. Dan aku minum air sejuk jugak.
Makan makanan lembut. Aku makan nasik berkuahkan sayur campur. Aku lenyek2kan sayur tu dan makan guna sebelah kanan mulut.huhuhu. Tu waktu tengah hari tadi, dan gauze masih dalam mulut. Seksa. Haha!
Tapi kna makan juga sebab nak makan ubat ni.
Makan ubat. Ubat yang Dr bagi, makan.
Aku siap telan panadol active fast lagi tengah hari tadi sebab tak tahan sangat.
Alhamdulillah. Okay sikit.
3) Sejukkan diri.
Aku kerap mandi sebab takmau bagi badan panas. Aku ambik kain tuala basah kecik, letak kat muka sebelah kiri bagi sejuk.
Trust me. U will feel better.
4) Gigit gauze. Masa first tooth extraction, aku rembat kapas luka kat rumah letak dalam gigi. Sebab klinik bgi 5 keping gauze ja. Mana cukup. So kalau boleh mintak lebih, mintak lah sebab darah memang lambat berhenti. Gigit ja gauze tu kuat2 untuk serap darah tu dan tukar lah ikut keadaan. Sejam ka setengah jam ka. Gitu lah.
5) Ingat Allah.
Huhu..like for real, aku bukan nak riak. Just nak bagitau, aku punya cuak tahap gila babeng, siap semayang hajat lagi sebelum g klinik. Aku tak main2. Aku memang takut dan penakut. Hahah. Ada jugak mintak mak aku doakan .hehhehe. macam nak ambik exam. Mai dengan trauma kepala aku sampai bergoyang masa first tooth extraction 2 bulan lepas, mana aku tak takut untuk kali ke dua ni weh.. huhu..
Aku banyak ngelamun sampai bila Dr terang yang term2 dental ni aku tak focus pun. Sebab aku gemuruh. Huhu.
Yang sempat focus ja aku ingat.
So selesai lah derita kali ni.
Seram tak? Ngeri tak?
Hahahah.
Terima kasih lah sudi baca celoteh aku yang tak seberapa ni.
InshaAllah semoga bermanfaat.
Bye π€Ίπ