So entry kali ini, agak bebas.
Kalau sakit mata, jangan baca sebab aku tak mau bertanggungjawab dengan unpleasant feeling dari orang2 perfectionist sebab entry ni mengandungi ayat bersepah, punctuation mark yang berterabur, campuran bahasa dan ditulis dengan tema:
Muntahkan Apa Ada Nya.
Bertepatan dengan lara yang menimpa aku hari ini yang mengakibatkan otak aku sedikit ting tong bersama sisa hati yang masih bersedih tapi masihhh..masihhh ada hati nak menulis.
Sebab ilham tu tiba2 datang dan tiba2 terjadi penulisan yang panjang walau sakit mata memandang ayat yang lintang pukang.
Moving on..
* tarik nafas, pejam mata, tajdid niat..dan ...bismillah....
So hari ni,
aku nak share pasal....
.
.
.
.
Dewasa.
Apa yang aku faham tentang menjadi dewasa?
Dewasa ialah tentang..
Toleransi.
Kita belajar untuk avoid small scene terasa2 hati.
Lupakan kesalahan kecik orang yang rapat ngan aku dengan ingat, yang aku pun pernah buat orang terasa, dan perangai tak semenggah tapi kawan aku boleh ja tolerate. Kenapa aku tak boleh?
Tolak ansur dan beralah tu perlu dalam certain situasi.
Dewasa ialah tentang..
Memaafkan.
Dalam sesuatu keadaan yang menjengkelkan, di mana seseorang tiba2 moody dan buat perangai dan menyakitkan hati aku, kenapa aku pulak yang kena leraikan keadaan tegang tu.
Bukan kah aku patut merajuk, terasa dan mengadu kat orang lain pasal tu? Kenapa aku tak bertindak jadi api balik?
Dalam keadaan yang mana aku sepatutnya marah ini, aku tiba2 ambik keputusan untuk...
“let it go”.
Maafkan dia..
walaupun
dia
tak
minta
maaf
pun.
Entah kenapa aku rasa aku sangat 'kuat' setiap kali aku mampu buat macam tu.
Let it go bukan senang, tapi tak mustahil.
Sebab even aku menang dalam argument tu pun, hubungan akan terjejas lama2 renggang. Tak elok, bukan?
Dewasa ialah tentang..
Sabar dan husnuzon.
Aku pemarah
Perkara yang trigger kemarahan aku adalah bila sesuatu keadaan tu ada kaitan dengan:
Delay
Lambat
Tunggu
Common sense
Orang tak faham aku
Haha. Sungguh lemah aku ni, bukan?
Aku memang jenis cepat marah.
Bila aku marah, aku tend to be immature.
Aku tuding jari ke ‘dia’, ‘kau’ dan ‘mereka’.
Dulu, zaman univerisiti, tahun 1, aku kena buat esaimen programming. Aku mintak sorang kawan baik aku ajar kan. Tapi, mashaAllah, susah sangat aku nak focus dan faham. Haha. Maybe sebab aku lampi dan memang 'not into' programming. hahahaahahaaha. Aku fedup dan rasa aku tak mau buat esaimen tu.
Dan disebabkan yang ajar tu adalah bestfriend aku time tu, so aku memang jenis tunjuk perangai tak semenggah aku tanpa segan silu iaitu..orang kedah kata..."menyebaiiii" 🤣
Tambah pulak kawan aku ni sorang yang sangat minat dan terer programming so dia ajar sangat laju dan skip the very simple steps yang mana aku rasa dia patut tunjuk steps tu sebab aku ni vongok sangat nak faham macam mana boleh keluar output macam tu macam ni.
So aku pun buat perangai marah-marah..
"jangan lah skip. tunjuk lah satu2 macam mana boleh jadi macam tu.......".
Ya Allah...sungguh aku ni tak matang betul dan sungguh sabar sekali kawan aku tu.
Hahahha. Dah la tak tahu, lepas tu tak mau focus. Last-last nak marah2 pulak, Mentang-mentang kawan sendiri yang ajar, bukan main mengada2 dan mintak kaki.
Harap anak aku nanti tak mewarisi perangai tak semenggah ni. 😆😋
Pernah, satu hari aku having a bad day. Seharian tu aku rasa nak menangis.
Aku stress dan aku rasa terbeban. Selain masalah ka ofis, sesuatu yang menyumbang kepada bad day aku adalah disebabkan sesuatu yang terjadi di pagi hari lagi.
Pagi tu, gugusan kunci aku tertinggal di dalam bilik dan aku dah lock pintu bilik dari dalam.
Eh! Macam mana pulak aku nak keluar rumah. Kunci nak bukak grel tertinggal! Aku stuck dan termangu2 di tengah2 ruang tamu. Grab driver dah nak sampai. Pantas aku “Cancel booking’. Aku ketuk pintu bilik housemate yang tak sebilik denganku. Problem solved dengan bantuan housemate yang kebetulan off day hari tu. Dia tolong bukakan pintu grel. Tapi gugusan kunci aku masih ada dalam bilik aku.
So di ofis,work is tough and aku terlaaalluuu lah bizi sampai tak sempat bagitau rumet aku pasal kunci tu. Sepatutnya aku bagitau dia untuk tinggalkan kunci di dalam kasut supaya bila aku balik malam tu, aku terus dapat bukak pintu.
So bila aku balik, aku kol rumet aku masa aku sampai depan pagar tapi tak ber angkat. Aku kol lagi bila sampai depan pintu. Hampir 10 minit juga aku cuba kol rumet, and housemate yang lain semua tak berangkat. Bagi salam pun tak berjawab. Aku mula naik berang, emosional dan rasa nak menangis sebab aku sangat tak larat, sakit pinggang, cramp perut, lapar, all in 1. Aku cuma nak masuk rumah cepat2.
Ditambah pulak jam sudah hampir 8.00 malam. Waktu maghrib gais..faham2 lah syaiton berkeliaran.
Setelah beberapa kali kol, alhamdulillah, sorang dari hosmet aku datang bukak pintu.
Bila aku masuk bilik, okay. Rumet aku dalam bilik air. Patut lah dia tak angkat kol kan. Okay takpa2.
Then bila dia keluar dari washroom, aku pun serang.
“Weh ada nampak kunci aku tak?”, dengan suara terketar2 sebab tahan nak menangis.
Aku tengah test, sebab aku tahu, kunci tu aku tertinggal atas lantai. Tu last location nya. Aku yakin.
Dan dia cakap, “ohhh..tu kunci hang ehh? Aku dah alihkan letak atas loker. Ni haa…”, sambil bagi kunci tu.
Aku mula panas. Maksudnya , dia nampak ja lah kunci tu. Setan mula cucuk aku berburuk sangka.
Patutnya aku menyanyi,
“…entah apa..yang merasuki..ku…” sambil buat gaya tangan macam budak tiktok.
Aku bermonolog dalaman
“Habis tu, hang tak tanya pun aku kan, wasep ka apa2 ka. Kalau dah aku tertinggal kunci, mesti lah aku tak boleh masuk rumah. Hang tak mau tanya kah aku nak masuk macam mana? Terfikir nak tinggalkan kunci kat dalam kasut ka, pesan kat hosmet untuk tolong bukak pintu sebab hang nak masuk bilik air ka?”
Tapi yang keluar cuma..
“la..hang nampak ja kunci aku..hang tak wasep aku pun kan nak tanya kenapa….” , ujarku seakan merengek. Sebab kami memang rapat sebab tu aku jadi emosi.
Aku rasa aku dah lepas kan ketidakpuasan hati ku. Sebab bukan sekadar marah.
Tapi lebih kepada terasa, bila kawan tak ‘care’ pasal hang tanpa disuruh.
Terasa, bila fikir kawan hang tak fikir pasal kebajikan hang.
Walaupun simple, tapi mudah sungguh aku terasa. Sebab bagi aku, kawan tak perlu disuruh untuk fikir kebajikan kawan nya. Tapi atas sebab kasih sayang dan ehsan, kita akan fikir kebarangkalian, contoh,
“kawan aku dah makan ka?”
“hujan ni, macam mana dia balik”
"dia demam, okay ka tu kerja?"
Dan macam kes aku, tak terfikir ka dia untuk tanya..
“Tertinggal kunci, macam mana dia keluar rumah tadi? Macam mana dia nak balik nanti? Nak aku simpan kunci dalam kasut ka?”, terfikir kenapa dia tak tanya.
Ya memang kesalahan aku, sebab aku letakkan kesalahan pada dia.
Aku berHARAP.
Iya lah aku selalu fikir pasal kawan2 tapi, sampai hati dia tak fikir pasal aku. Macam tu lah lebih kurang perasaannya.
Sebab tu bila kita buat baik pada seseorang, jangan berharap something good in return kan.
Jangan sesekali.
Lesson learnt.💡
Time tu, aku tak fikir, apa sebenarnya yang kawan aku pulak fikir.
Ternyata aku salah faham bila rumet aku mintak maaf dan cakap,
“weh sorry.. aku ingat tu kunci ex tenant yang terjatuh so aku letak lak atas loker”.
Okay. Aku pun kembali sejuk tanpa letak kesalahan atas rumet aku tetapi kesalahan atas diri aku iaitu:
Tak cari masa wasep rumet pasal kunci lebih awal.
Semborono terasa sebab rumet tak care.
Sama lah dengan situasi yang mana ada hari tu aku rasa nak meletup sebab aku kena tunggu lama betul grab car. Time tu aku memang psychically lemah, aku start pening- pening dari petang sampai ke malam. Lepas tu kerja pulak menggunung kena siapkan. Perut pulak berkeroncong sebab sempat makan biskut ja sebelum tu. Bila aku monitor grab dalam apps tu, nampak dia dah terlepas jalan dan kena pusing jauh. Lepas tu memang lambat lah sampai ceritanya. Aku dah lah nak balik cepat-cepat ni. Apa lagi, bengang lah aku.
Tapi, bila si driver tu sampai dia cakap, waze dia problem. Sebab tu terlajak tadi. Makk aii, lembut betul pakcik tu cakap. Tak jadi aku nak marah.
Lepas daripada kejadian tu, kalau grab lambat, aku akan struggle jugak lah nak positif dan husnuzon untuk tenangkan diri aku. Hahahaah.
Dewasa ialah tentang..
Jangan cepat judge.
Point ni berkait rapat dengan point sebelum ni iaitu husnuzon.
Semakin meningkat usia, aku selalu diuji dengan ujian2 yang membuatkan aku rasa tertampar sebab aku judgemental. Padahal sepatutnya dalam keadaan tu aku kena husnuzon dan berlapang dada.
Dulu aku ada kenalan. Dia selalu sangat bercerita pasal kawan 'special' dia tu. Aku faham lah orang yang dah jumpa 'someone' dan sedang ke arah perkahwinan. So bila dia dalam proses mengenal partner dia tu, apa saja yang kami bualkan, mesti dia nak kaitkan dengan partner dia. Contohnya,
“ Si A pun suka macam tu.. dia tak suka macam ni”. Bila borak ja , mesti …”Si A dia jenis yang gitu gini..” sampai kadang2 aku rasa , eh macam dia sorang pulak ada partner dalam dunia ni. Kind of annoying jugak.
Tapi satu hari ni, waktu tu dia kaitkan lagi pasal partner dia, aku rasa bengang sikit, tapi aku diam, lama.
Tak respon sebab terfikir 1 benda ni. Dia pernah cerita betapa dia nak kawin atas sebab-sebab tertentu. Aku tahu sejarah dia dan aku aware betapa dia mengharapkan sesuatu pernikahan yang betul-betul beri dia kebahagiaan yang dia tak pernah rasa selama ni. Bila jumpa the right person, dia nampak gembira, bersyukur ada seorang lelaki yang boleh terima dia dan dia tak sabar nak tamatkan zaman bujangnya.
Ohhh..sebab tu lah asyik meniti di bibir ja pasal lelaki tu. U know right..when a girl is falling in love and happy, she will talk a lot about it. So make sense lah kenapa dia selalu story pasal lelaki tu. Ada sesuatu perkara yang aku tak boleh share sini tapi aku rasa benda tu adalah strong reason kenapa dia begitu teruja.
Pastu aku taktau kenapa, aku tersenyum sendiri, dan aku biarkan ja la dia esaited cerita pasal lelaki tu.
Sebab apa aku biarkan dulu? Bukan sebab aku nak biar dia hanyut dilamun cinta. Ada benda yang vital, aku akan tegur bila ada masa yang sesuai, tapi kenapa aku tak terus attack? Sebab bila kita makin dewasa, kita kena faham, tak kisah lah salah ka betul ka tindakan seseorang, jangan judge dulu. Fikir balik kenapa seseorang bertindak sedemikian. Mesti ada sesuatu di sebalik nya. Soal betul ka tak tindakan seseorang tu, kita boleh nasihat di kemudian hari. Tapi satu benda kita kena ingat. Seseorang jadi begitu dan begini mesti ada sebab. Cuba untuk faham dan bertindak sewajarnya.
Aku cuba.
Bila aku cerita pasal kedewasaan ni bukan maksudnya aku dah cukup dewasa ya kawan2.
Jauh sekali, nak menjadi positive macam prof muhaya.
Jarang aku jadi seorang yang selalu sabar dan bersangka baik dengan hidup aku.
Apatah lagi nak jadi ceria dan girang selalu macam Teletubbies dan Pooh.
Ada hari aku bangun dengan 0 semangat untuk ke tempat kerja.
Ada hari aku rasa nak pulau semua orang sebab mood aku terbang entah ke mana.
Ada hari aku rasa nak baran dengan orang sekeliling.
Ada hari rasa nak buat announcement yang aku tak nak sesiapa pun tegur aku hari tu.
Kenapa aku tak boleh positive setiap hari?
Sebab aku juga manusia. Ada masa aku rasa dada rasa nak pecah sebab terlalu stress dan terlalu banyak bebanan dalam kotak fikiran aku ni. Aku jadi emosi dan mix feelings. Sebab tu aku tend untuk jadi immature.
Tapi, kita semua dalam proses untuk memperbaiki diri.
Begitu juga aku.
Aku menulis bukan kerana aku pakar dan serba tahu. Tidak.
Tapi sebab menulis itu percuma.
Semua orang ada ilham dan tau banyak perkara.
Cuma tinggal bergema di benak fikiran ataupun dimuntahkan dalam tulisan.
Cuma sebagai penutup, apa yang aku boleh conclude kan berdasarkan pemerhatian aku yang serba kekurangan ni, adalah..
Dewasa itu bila mana kita belajar untuk, toleransi, memaafkan, sabar, husnuzon dan jangan cepat judge.
Dan aku percaya,
tak semua orang dewasa itu, betul2 'dewasa'.
Sesiapa pun boleh berfikiran 'dewasa' walaupun masih kanak2 dan remaja.
Kerana 'kedewasaan' bukan pada umur dan 1001 pengalaman tapi bergantung pada individu.
Ya. Ia betul2 bergantung pada diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment