expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 8 June 2021

Pudar

Menyapa longlai subuh yang baru
Tak terasa semalam berlalu
Hari demi hari menunggu
Tapi tak lagi berbekas rasa rindu

Rawan, rajuk simpan sendiri
Andai dihebah tak ada yang mengerti
Tak kekok menari di cermin sendiri
Tak hirau sesiapa lagi

Pasrah dia sebenar-benarnya
Ikut hati mahu pulang saja
Tak perlu tunggu senja
Permandangan lebih indah di sebelah sana.

No comments:

Post a Comment