expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 24 June 2021

S.T.R.E.S.S

 

STRESS ni bukan benda baru gais
Dah dibincangkan mungkin berkurun lamanya
Mungkin daripada zaman tok nenek moyang kita lagi
Bukan setakat remaja dan dewasa saja
Hatta kanak2 pun barangkali boleh stress juga yaaa

Keserabutan
Tertekan
Tak tenteram
Risau
Rasa nak marah
dan macam2 lagi frasa yang selalu kita guna

Tapi pada akhirnya, merujuk kepada satu benda iaitu, stress

Aku tak bercadang untuk pisahkan unsur spritual dalam entry kali ni
Sebab pi mai pi mai, dia p kot situ jugak

Back to Allah

Benda tu semua orang faham

Cuma dalam memahami konteks permasalahan individu, tak adil jugak kalau nak tinggalkan seseorang dengan nasihat berbau spritual secara tunggal sahaja
Mesti kena merungkai cabang-cabang yang lain jugak kennn??

Aku selalu ja dengar sesetengah motivasi guna teori "feeling is do'a"
Which means,
apa yang hang rasa, hang fikir , itu yang reflect kehidupan kita
"aku sedih", so hang akan sedih laa
"aku stress", "aku marah", "aku takk okay"
Kepercayaan, apa yang kita fikir, cakap, rasa,
itu lah yang akan terjadi
So katanya kita kena buat reverse psychology.
Ubah negativiti itu dah tukar kepada kata antonym words
"aku happy", "aku tak stress", "aku tak marah pun", "aku okay"
So secara miracles nya, nanti slowly hilang perasaan kita tu

Walaupun reverse psikologi ni kedengaran seperti "wow!!!! so magic!"
But like I said before, this will just bring us in a denial state
We might feel "OK" in a split second but it's just for temporary
and that things will keep coming over again and again
But till when we want to lie to ourself?

Okay. Aku akui, ada waktu aku apply teknik reverse psychology
It works sometimes
If u gaisss selesa dengan cara ini, aku fully recommend u gais to use this method

But here I want to share my own method of facing the STRESS

This is how I handle STRESS
Sometimes it helps but sometimes it doesn't

Tapi  personally, kalau aku stress, susah hati ka apa2 perasaan y tak bes aku selalu buat mcm ni..

Steps di bawah ni hangpa akan buat lepas dah selesai spiritual deed macam semayang atau zikir, istighfar dsb..
So bila dah setel salah satu di atas baru lah relevan untuk ikut steps bawah ni gaiss

Benda first hangpa akan buat adalah

1. Acknowledege perasaan stress
Kadang2 ramai skip steps ni sebab masih di fasa in denial
Aku tak galakkan budaya denial ni sebab sometimes kita kena akui dan hormati apa yang kita RASA

Gini lah..
kalau hangpa rasa tak sedap hati, rasa serabut, stress, hangpa kena STOP sekejap apa yang hangpa tengah buat
Kemudian start fikir dan tanya diri sendiri balik....

"eh kenapa aku stress ni??"
"apa yang buat aku rasa serabut sangat ni??"

Sebenarnya kadang kita tak tahu dan tak sedar pun STRESS sedang membaluti kita
Tak semena2 dia sedang memeluk dan mengawal perasaan, percakapan dan tindakan kita
Tahu2, muka dah masam, ayaq mata dan berlinang, hempas2 pintu, hentak2 kali, punggai henpon pecah berderai gittcheww overnya 😚

Sebab tu penting untuk kita duduk sat, dan tahu, kenapa..
:
"Kenapa kita stress?"
Kadang2 steps ni buat kita tersenyum tersipul2 sendiri sebab...
"Lahhh aku stress sebab pin tudung hilang..."🤭

Ya la..alang2 nak stress biaq la atas sebab muhasabah kan...baru berbaloi..
Tapi...
hangpa jangan ingat aku memperlehkan perasaan STRESS seseorang pulak gaiss

Semua perasaan yang kita rasa ni valid ja
Kalau tak pernah stress tu pelik jugak kann..
Apa kamu manusia atau pokok hiasan?
Kok nga punya perasaan sihhh
Stress tu normal gaiss karna kita manusia
Cuma kita tengah borak pasal nak atasi stress ni
Kalau boleh biar la berkurang stress kita tu gaiss..

Kan tak best kalau stress sebab stress boleh take over productivity kita
Dan paling kesian, orang sebelah pun terasa bahang stress nya gaishh
Tak mahu la macam tu kann

So.
Back to step 1 ni, bila hang dah tau, "sebab stress", so terjawab lah...

"ohh....stress sebab tadi kerja tu susah , aku tak faham"
"ohhh aku down sbb orang marah2 aku"
"ohhh aku stress sebab bunyi bising mengganggu"
"Rupanya stress sebab aku penat"
"Stress sebab orang tak faham aku"
"Stress sebab henpon hang lembab or wifi hang slow"

So bila dah dapat jawapan ni proceed steps seterusnya la pulak gais..

2. Hangpa kena figure out dulu
Sama ada
a) aku MAMPU ubah situasi
b) aku TAK MAMPU ubah situasi

Tapi macam mana pulak hang nak tau hang mampu atau tak?

Jawapan tu ada pada hang sendiri
Contoh simple:
Hang tengah buat kerja, dan ada benda yang  mengganggu fokus hang contohnya bunyi bising orang bertelagah dalam bahasa yang tidak difahami ditambah pulak pitching suara yang tinggi, melebihi julat frekuansi normal yang mampu diserap oleh gegendang telinga
Aduhh! Sungguh menyerabutkan bila mendengar suara2 bertelagah itu walaupun depa tak gaduh dengan hang pun 🤣

So, hang pun STRESS dan mengganggu kerja hang

Hang boleh buat apa?
Tanya diri hang sendiri.

Adakah hang mampu untuk ubah situasi tu?
Adakah hang boleh buat aduan kat HR atau boss hang?
Adakah hang boleh p tegur depa direct supaya hormat orang sekeliling?
Kalau hang rasa hang mampu dan perlu untuk bersuara, jadi bersuara lah

Tapi kalau tak mampu dan tak perlu untuk sampai tahap tu, so hang kena terima hakikat yang hang TAK MAMPU ubah situasi tu

Kat sini, hang kena buat sesuatu untuk atasi stress tu dalam keadaan hang tak boleh ubah orang lain

Kalau hang memilih untuk biasakan diri dengan environment tu, dan remain silent, buat lah

Tapi hang ada cara2 lain lagi sebenarnya iaitu..baca point seterusnya

3. LUAH LA WEYY

hang kena luahkan perasaan hang!
Yaaaa! Luahkan wehhh!!!!!

Benda, kalau duk pendam, aduhh, sakitnya tuh bikin nambah stress dong

Kalau aku, aku akan tulis
Tulis di mana2 saja
Tapi selalunya dalam notepad fon aku lah
aku buat mcm personal diari
aku tulis semua dalam tu tak tapis2

What I feel
What's happening
What makes me uncomfortable

Everything
so aku rasa lega sikit
Tulis ja weh, halah2..bukan rugi pun

4. MUTUAL attraction

Next, kita manusia attracts kepada MUTUAL
apa sahaja yang mutual kita suka
Mutual thinking, mutual benefit, mutual taste, dan mutual problem

Contoh macam analogi orang bising2 kat ofis
So kita p la kat kawan kita, bagitau
Luahkan, bagitau yang kita tak selesa
Rupanya kawan kita pun tak selesa dengan kebisingan tu juga so ada geng!
Apa lagi heret kawan hang p pantry minum2 dulu untuk lari sekejap dari tense tersebut

"Lahhhh senang ja nak hilangkan stress"

Cara lain?🤣


5. ESCAPING & PUT limitation

Hang capai earphones dan putarkan lagu kegemaranmu!

Wahhhh cara2 kat atas ini sepertinya tengah ESCAPING from problem saja🤭🤣

Soalnya, apa kamu punya pilihan yang lain?😚

Itu analogi ya gaisss

Pendek kata, kalau kita tak boleh ubah situasi, kita buat sesuatu perubahan pada diri

Dan kawan aku pernah cakap, setiap ujian ada limitasi
Kita kena letak limit, sampai bila kita nak bertahan dengan sesuatu benda tu

Jangan terlalu lama tempoh stress tu
Sebab kita berhak untuk tidak stress dan
berhak bebas dari unpleasant feelings tersebut
Kita sebenarnya berhak bahagia

Cehhh, ngomong soal HAK ajaaaa terus terusan 🤣

Tapi benaran loh gaiss
Sometimes, ESCAPING is a bless
We are not a coward but we just love ourselves
Because, at the end of the day,
All we all want is to be happy

Aku pernah jumped out from a place and challenged myself at the new place because
I had enough
Am I giving up to early?
Nope. I gave my very best, I
I worked hard to still stay and be relevant
I try to overcome my stress
I seek help
I did almost everything I could
but I have limit
And when the due date come, I moved
Am I ESCAPING?
YES I did and that is my best desicion for that year
Alhamdulillah
I have fully overcome my stress by ESCAPING
😍🥳

Sebab kalau kita duk pendam saja, kan sakit hati tuuu
Jiwa pun merana kan gaishhh
Rugi weh stress lama2 ni
Banyak lagi benda kita terlepas bila kita stress

We can't enjoy things
We have constant anxious
We unable to say what's in our hearts

Ruuuugi😞

That's why ESCAPING is one of the best choice

Don't push ourselves to some level where we can't cope
Sometimes there is a thing that never meant for us
We just got to been there, done that just to take the experience
And it didn't means forever, just RnR 😍

"Orang lain boleh, kenapa aku tak boleh"

This toxic positivity sometimes might slowly kill us
Our capabilities are different
You are YOU
You might not good in something or some place but u can excell in other ways

Don't limit our potential just to prove that we are strong, faithful, patient and loyal

Nothing to prove, gaisss
Our distress, anxious, nervousness and STRESS did nothing but keeps fuelling and torturing ourselves and we all don't want that 💞

Bila aku tulis pasal cara handle stress, bukan bermaksud aku dah berjaya atasi stress setiap kali dia menyinggah

Tapi itulah ikhtiar yang aku boleh buat bila stress tu datang

Whatever it is, remember that stress is normal
And Allah already has solutions in every problem that we have

I hope when I have a bad time in future, I will look back this entry
and remind myself that Allah always loves me ❤

2 comments:

  1. Stress... benda ni besar kan .. kena handle dgn cara tertentu tapi tu la.. stress hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. @atiezieya true dear...memang tak boleh lari
      Lagi lari, lagi dia maii 🤭🤣

      Delete