expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 December 2015

Sapaan itu.


Sunyi.

di hadapan lift
di meja batu Fakulti Sains Teknologi
aku duduk sendirian
Menalaqi buku halaqoh untuk test petang ni
Ditambah dengan keserabutan berkenaan surat menyurat yang harus diselesaikan

Buku halaqoh.Tak tahu mahu mula mengulangkaji dari mana.

Aku menutup buku.Tak boleh masuk.
Termenung

Buntu.ak faham dengan istilah Arab di dalam buku.Berkenaan kitab Thuras.Jujur,tidak kufahami sepenuhnya apa yang dipelajari.
Termangu.
Tiba2

"Hye kak an.sorang je?"


"Aah,Ahza buat ape kat sni"


"Isi air.K.an test eh petang ni?",katanya sambil menunjukkan botol air nya di sebelah water cooler.


"aah.test petang ni.Eh,camne tau?"


"Tu.....haha.",ahza memuncungkan mulutnya tunjuk buku yang aku tutup.nampak rupanya.


"Haha.eemmm.petang ni.korang dah test?"


"Dah"


"Camne.senang tak.kak ann  tak paham la.walopon abc"


"Alhamdulillah.ok je.tak lah senang tapi kalau faham boleh la jawab,k.an tak paham mne.biar sy ajar y saya tahu"


dalam hati..  'siyes ahh..tetibe datang macam malaikat kecil yang nak membantu .uwaa'
tapi yang keluar dari mulutku ...

"Haa.boleh2.baru nk go through senanye".



Sambut ku dgn senyuman lebar dan mata blink2.orang nak ajar.mestilah serunuk.


Lalu gadis manis bertudung labuh litup yang peramah itu mmbelek buku muka depan2


"Ha.y ni makna secara lughatan wa syarak.banyak maknanya.."


Kami berbincang 2 hala secara santai di kerusi batu (dalam gambar) dalam setengah jam jugak.

Helaian demi helaian,diselak rawak.dan aku ralit memerhati huraian si gadis dari kos Food Biotechnology itu.Cukup menjiwai apa yang diterangkan.
Nampak dia minat dan faham benar tentang apa yang diterangkan.
Sedangkan aku,sedikit sahaja y dikuasai.Dia bijak berinteraksi.
Kadang2 aku beritahu apa yang aku faham.Meskipun kurang tepat,dia tetap meraikan pendapatku.
Aku menyelit,

"emm,Ahza macam faham betul dengan bende ni.minat halaqoh ke?"


"biase je..tapi buku ni memang sangat membantu,kak an tau tak.sebab dia ajar macam mana nak baca kitab thuras.Ada caranya,ada manhaj nya"


"o...Ahza selalu baca ka.kak an tengok kitab y tebal2 tu pun dah takut nak pegang.haha"


"Haaha.xda la.kalau g library,rak depan sekali kak an cari buku yang nipis pun xpe.kitab ulumuddin tu ada y versi nipis.saya bukak,baca sikit je.tapi tak da baris.hahaaha"


Kami ketawa kecil.Memang sukar kalau baca tak da baris.

Banyak  bait2 ayatnya yang menjentik aqal warasku dan menyentuh hatiku.
Bila dia berbicara tentang tokoh-tokoh pengarang,tokoh-tokoh ilmuan,aku terlopong.
wahh.hebat nya .Rasa Izzah Islam.
Timbul rasa menyesal,kenapalah aku tak bersungguh2 waktu dalam kelas,nak faham betul2 apa yang ustaz Aizudin terangkan.Yalah.Dalam bahasa Arab.Mana lah aku faham.

'Memang tak faham.Tapi ...

tapi...
tapi...
tapi...
mana usaha hang untuk faham dan usaha ke arah nak faham betul2 tentang apa yang ustaz terangkan?' ,
tetiba timbul satu suara  ligat menari2 di benak fikiran ku.aduh!

Aku mengadu.takut nak ambik test sebab dalam bahasa arab pulak tu.nampak gelabah di riak wajahku. 

Sambil pegang lenganku,Ahza berkata

"Kak .an.jangan mind set macam tu.cuba baca sebab betul2 nak tahu.n nak faham.Ini ilmu Allah.Saya kalau baca ,memang rasa bertuah sebab ada chance belajar bende ni.kalau naik dalam soalan.nasib kita baik la,kalau tak naik pun ,at least kita ada ilmu tentang itu..hee.."


tetibe aku tersentap keinsafan..eh.aku belajar sebab exam ke sebab itu ILMU ALLAH.
Astaghfirullah.
Pic 1:SPM 2011

Dan


Banyak lagi mutiara katanya y menjentik hatiku .

Terima kasih ya Allah.Hadirkan seorang hambamu yang berupaya mengisi rohaniku yang celaru hari ini.
Fatin Ahza .
Aku bukanlah rapat dengannya.kenal sebab pernah pantau program dia  waktu rekrut Sekrefast hujung sem lepas dan PIC program yang kami kendalikan bersama di awal semester.
Dan dia 
dia langsung tak lokek dengan ilmunya.
Datang dan mengusik jiwaku dengan ayat2nya yang menenangkan jiwa tatkala keresahan.
Terima kasih ,Allah.
Tak kisahlah berapa markah test yang aku bakal dapat ,berapa per 30 ya? 
Aku tawakkal.
Apa pun pengisian jiwa dari Fatin Ahza sudah cukup menggembirakan hatiku.Jzkk Ahza.


Pic 2: Kerusi itu














Friday 20 November 2015

Fastabiqul Khairat



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.May all the readers under Rabb blessing and love.

Lama tidak bersua kiranya

Jadi
ingin aku serikan blog yang berhabuk ini dengan 
satu kisah benar 
di dalam sebuah Kereta Api Tanah Melayu.
091115
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suasana krik2.Cuma selang 5@10 minit akan terdengar pengumuman,
"Seputeh"
"Next station.Bandar Tasik Selatan"
Dan lain2 lagi.
semua menanti penuh sabar utk sampai ke destinasi.
kerana seat sudah penuh,aku dan sahabatku,Syu terpaksa berdiri ,
Redha,
termenung ,
wasep2,
Scroll2,
Penat berdiri,
Tengok2 orang.
Then,ada 3 orang perempuan,lebih kurang sebaya ,berdekatan kami ,juga terpaksa berdiri,mereka berbual2.baru lepas shopping,nmpk gaya .
lebih kurang 5 stesen utk KTM singgah ,sebelum sampai Nilai.
sedang leka kami menanti,tiba2..
Dumm!
Aku pusing kanan
Hey...ada orang pitam!!!!
Salah sorg daripada 3 gadis tadi.Budak perempuan tu maybe sama umur atau muda dariku.
Jatuh terjelepok ke lantai depan pintu coach wanita.
Kesian
Muka dia pucat sangat.
Waktu tu aku memerhati sekeliling.Ada yang
mengangkat ,
menyedarkan gadis itu ,
ada yang just tengok dan
ada yang terjenguk2 ke arah org ramai itu.Budak tu separuh sedar.Tak pernah2 aku tengok ada org pitam dalm ktm.Tapi ada y lebih menarik perhatianku ,
"You kasi dia baring la",kata 1 worang,macik india bangun ,bgi budak tu baring.
"Nah dik ambik panadol ni ,xpe2 ambik je terus ,sume",kata sorang kakak melayu menyua 1 botol panadol active fast,bukan y papan tu.
Ada yang menyua air.
Minyak cap kapak.
Dan ada yang memapah gadis yang separuh sedar itu keluar ktm.
Ini yang menarik perhatianku sebenarnya.orang sekeling yang hulurkan bantuan tu ,menyentuh hatiku.
Indah
Fastabikul Khairat.Berlumba2 melakukan kebaikan.Sepatutnya,semua org harus ada "sense" itu utk menghulurkan bantuan ,berebut nak tolong,sebab kita sedang cuba utk menaiki 1 lagi tangga keimanan.Yang mana, kita NAK buat baik.Kita tak ley tengok org lain susah.Sebab apa?mereka bukan saudara kita pun.Tak pernah kenal pun.
Tapi
kita tolong kerana..
kerana kita nak bawa dan sebarkan nilai mahmudah seorang Muslim.
Qudwah Hasanah.Biar orang non Muslim lihat InnamalmukminunaIkhwah....
|Al-Hujurat:10|



Gambar hiasan 1:Disebabkan tidak
sempat ambil gambar pada waktu kejadian,
aku selitkan gambar hiasan sahaja.
Kau Aku Kita sama

Saturday 15 August 2015

Anak Siapa tu?

Bismillahirrahmanirrahim.
May all the readers under Rabb blessing and love.
Aku memerhati,gelagat gen Y masa kini. 
Ada yang sudah matang aku kira , jadi mereka jadi lebih beradab .
Yang kanak-kanak bagaimanan pula. 
Ada juga yang sejuk mata memandang dengan didikan mak ayah mereka.
Ada juga yang tak sedap dipandang dan bohonglah kalau tak terlintas dalam benak fikiranku "mak ayah dia tak ajaq ka ha".
Ya typical melayu memang begitu,termasuk aku.
Sampail bilalah mentaliti ini nak berkarat dalam fikiran kita orang melayu ni pun aku tak tahu lah.
Bila tengok anak orang seghupe itu,kalau baik budak tu,pujilah ibu bapaknya,bila anak jadi tak tentu hala,mula lah "anak sapa lah tu".
Tak kira lah siapa yang persoalkan , dan siapa nak disalahkan dalam soal ini.
Yang penting , tugas mak ayah untuk ajar anak sejak kecil.Ajar apa? Ajar solat di awal usia 7 tahun atau lebih awal itu tak payah cakaplah.Memang kemestian.
Ajar baca al quran di usia kecil lagilah digalakkan.
Tetapi kali ini , aku nak sentuh beberapa bab yang mungkin kalian tak perasan iaitu:  
mak ayah kena ajar anak tentang manners dan common sense.contohnya,
beritahu anak
-kalau datang rumah orang,jgn gelojoh mintak password wifi rumah orang
-jangan sesuka hati bukak peti ais atau tudung saji umah orang
-balik rumah sendiri sebelum maghrib,jgn merayau main basikal lgi bila dah gelap

-salam orang yang lbih tua ,kalau berjumpa tambah2 y kenal(kalau nampk dari jauh, senyum dah cukup)
-pinjam barang orang,jaga baik2 dan pulangkan seperti keadaan asal-jangan main gadget org sesuka hati walaupun dgn alasan "nak tengok ada game bes x"-ringankan mulut cakap terima kasih walaupun dengan pertolongan yang kecil dan minta maaf walaupun dengan kesalahan yang kecil.
smile emoticon
jaga diri,jaga adab 
-










Ummat islam itu khoirun ummatan tahu?
maklumlah orang bukan islam sekarang judge islam dengan melihat fi’il org islam ,bukan lagi dengan melihat kesucian Islam  itu sndiri.

Sebab tu dari kecik, manners n common sense macam gini kna ajaq kat anak di usia rebung lagi.Bila besar susah dan nk lentur.Tak percaya ?kau g patahkan buluh tu dengan tangan nak tengok keras ka tak keras.

taknak 2 persepsi timbul
1-"tak sopan betul,sapa lah mak bapak dia"
2-"o...islam memang mcm ni ka..so emmm"

Saturday 16 May 2015

Jenguk-jenguk kekasih hati.

Bismillahirrahmanirrahim.

May all the readers under Rabb blessing and love.
MashaAllah ..lamanya tak menjenguk kekasih hati.
blog little-armada.blospot.com ini.
16th May 2015
This date is obviously synonym with ,so called 'Teachers day'
yet,
I'm not going into a deep elaboration regarding this special day as there soooooo many 'MukaBuku's',"WeChat  friends,Whats app groups' members, followers Twitter ,have  already posted various ,beautiful ,quotations and wishes since yesterday.
huh..

Di semua laman sosial,
mereka karang ayat 
first , mesti cakap yang rasul Allah guru terbaik
kemudian ,ibu bapa
dan baru ucap 'selamat hari guru'
senaraikan semua sekolah mereka dari Tadika/Pasti sampailah ke institusi pengajian tinggi
tahu sangat dah trend yang comel ni  :)
sama lah apa yang aku nak cakap dengan apa yang depa nak sampaikan 
tapi
 malas pulak nak post kat Muka Buku atau WhatApp 
hahahah
nampak tak tahap malas aku tera mana?
ish3
cuma apa yang mungkin membezakan apa yang ingin aku sampaikan :

Location: Paddy Field ,Kupang ,Baling,Kedah,Darul Aman,
Photographer:Amira Abdul Kadir



nanti mungkin boleh elaborate lagi dalam tentang itu
hari ini ,
dua,tiga menjak ini,
miggu ini,bulan ini,
semester ini, 
dan.
sepanjang tempoh aku meyepikan diri daripada post new entry di sini,
bermacam-macam benda yang aku 
alami,
cuma tidak sempat aku memuntahkan semuanya di sini
hanya Allah sahaja yang tahu every single things that happened to me within this period.
which brings me tears,upset,happy,and various feeling that i have being through.
Sungguh ia mematangkan aku.Indeed.
rasa macam nak ketuk diri sendiri pun ada,
kerana tak pandai simpan masa sekejap untuk berceloteh di sini.
*ini pun curi2 masa tulis entry,rehat minda sebentar,gara2 buntu buat Lab assignment Ubuntu,pftttttt*
Setiap hari yang berlalu
meninggalkan ilham untuk penulisanku
akan aku coretkan lagi 
akhirul kalam
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," 
Wasiat Hasan al-Banna.
masa kita sangat pendek untuk kita mengeluh dan menyesali perbuatan lalu

optimis!
jalan terus!!!!!




Tuesday 10 February 2015

Kisah itu.

Bismillahirramanirrahim..Assalamualaikum and Hye!May all readers under Rabb blessing and love.

Ada satu coretan yang diilhamkan Sang Pencipta.Timbul  pula di benak fikiran seorang hambanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

si A hari2 berdoa.."ya Allah menangkan Islam ya Allah"
si A xjemu menelaah segala kitab,ketagih membaca buku,timba ilmu baru,menadah telinga ,mendengar taujihat si pemberi ilmu,menyertai bulatan gembira dan majlis ilmu yakni taman2 syurga sebab di taman2 syurga itu turun sekalian malaikat melebarkan sayapnya .

Setelah dikutip ilmu sedikit demi sedikit,si A turun pula ke lapangan berdaawah xkira pada sesiapa,kpda saudara islam,saudara bukan Islam,mat2 moto,cikaro rambut perang..xkira siapa..penuh hikmah padahal ilmu y dia ada tidak lah banyak benar,tapi dia berfikir apalah guna ilmu yang dia ada klau tidak dicurahkan.ibarat air bertakung di kolam.lama2 busuk jua...ada baiknya jika ilmu itu ibarat air sungai yang mengalir,walaupun cetek tapi masih boleh dinikmati makhluk lain ,masih boleh diteguk oleh paruh sang dahaga burung2 kecil...si A tak pernah putus harapan..si A bersungguh dalam apa jua y dia kerjakan.dalam kuliah,dalam dewan peperiksaan...itu perjuangan yang tak pernah ditinggalkan..si A ilmunya sedikit cuma..si A tahu dia tak sehebat ulul Albab..tapi dia xjemu jadi pencinta ilmu Allah lalu menyebarkannya..

Gambar 1:
with my sahabat syurga
ida sabah.
si B pula tidak seperti si A..si B jarang pula berdoa untuk kemenangan Islam..mungkin mengaminkan kan saja doa kemenangan Islam itu pun kalau dia turun ke mjlis ilmu.
si B suka baca novel cinta..si B mengagumi penceritaan kisah cinta yang berputik setelah kawin paksa..biarlah setiap koleksi novelnya berkisarkan jalan penceritaan yang sama.si B tak kisah.dia suka.buku agama?nantilah.si B jarang sebarkan berdaawah walau sepotong ayat dan nasihat agama.si B rasa dia tak layak.si B terus menerus fokus akan hidupnya.optimis katanya.menelaah ilmu untuk peperiksaan.cemerlang peperiksaan untuk pekerjaanmantap dalam pekerjaan,gaji ribu ribankemudian ke gerbang perkahwinanitu lah dalam fikiran..sampai dia lupa ..apa lah yang nak ditarbiah kepada zuriatnya nanti..ilmu yang dia kutip sebelumnya tak lah banyak mana..tapi tak apa asal keperluan dan keinginan hidupnya dipenuhi...

si B melihat si A terus menerus menerus berdaawah..dia menemplak.." eh si A,aku suka tengok kau ni .bagus,berdaawah..doa kau pun..asyik...berilah kemenangan dalam islam..aku pernah dengar la kan tidak akan terjadinya kiamat selagi Islam belum tertegak di muka bumi ni...aku yakin 1 hari nanti..apa pun jadi..Islam akan menang gak beb.dajjal kalah gak dengan kepimpinan imam mahdi....jadi...sebab tu kau tak yah risau..nanti Islam menang .komfem punye..kita kat u ni belajar je la keja kita.xyah nak pening2 pikirlah..sebab tu aku malas nak pikir,apa jadi kat luar tu.ramai pak2 ustad boley tarbiyah lah...politik sekarang lagilah..kotor..malas aku ambik tahu..buat serabut kepala..."si A angkat kening sambil tersenyum...si A membalas..."aku tahu islam akan menang..kalau aku tak berdoa pun..kalau aku tak berdaawah pun,Islam akan tetap menang 1 hari nanti...aku yakin kau tahu kisah nabi ibrahim...alah..kisah burung kecil yang ulang alik bawa air guna paruhnya.hek eleh..burung kecik sekor tu apalah sangat,setakat bawak air sikit gila ,ada hati nak padamkan api yang membakar nabi ibrahim..tapi kau tahu burung tu cakap apa?’aku takut bila Allah tanya di akhirat nanti tentang apa usaha yang aku lakukan ketika melihat nabi Ibrahim disiksa’perghh...! mantap jawapan burung tu kan...dia kisah apa usahanya itu kecil ke besar..asal dia buat sesuatu jugak nak tegakkan kalimah Ahad..buat sesuatu..sumbangkan untuk Islam...itu yang aku lakukan beb...kau tak nak campur politik?boleh. tapi kau bukan pengikut RasulAllah yang ikuti perjuangannya baginda yang syumul lah...""hah?dah kenapa pulak?" tanya si B..
"yalah..sebab masa RasulAllah berdaawah ,
baginda bawak 3 benda...
1-daawah
2-tarbiyah
3-siasah..." jawab si A"apa kebenda pulak siasah ?""siasah tu politik,soal kepimpinan,cukai,keadilan,kebajikan rakyat..bab2 ni RasulAllah tiptop...tak pernah diremehkan...semua ikut syariat Islam beb." kata si A
"oh...patutlah orang selalu bahas soal gst,harga minyak..sebab nampak macam kecil,tapi ia ketidakadilan pada rakyat..cis..""yup!sedar pon...org bila cakap soal tu,selalu kaitkn dgn masalah politik n xnak besarkan...ini soal kebajikan rakyat...kalau ada unsur penipuan,ketidakadilan,penindasan...salah tu dalam Islam xmengajar benda2 macam tu..RasulAllah bawa panduan berdaawah,mentarbiyah dan bersiasah cukup elok..kita ambik sikit2...xsyumul pesaipaa.." kata si A sambil lap peluh di dahi.huh..terkebil2 si B ,terkulat2 mengaku kesalahan diri .."kita kena ingat sebagai student kita ada 3 pecahan tanggungjawab...
1-Islam
2-pelajaran
3-masyarakatitu kna seimbang beb...baru jadi muslim/muslimah qowie....yeah!""oh..got it..aku dah tau knpa kau sibuk sana sini..meeting..usrah..discussion..nak jadi muslimah qowie...! nak tegakkan Islam..kalau camtu aku nak ikut kau lah pergi usrah hari ni...calo bete..!"kata si B sambil campakkan novel ’suamiku encik sotong ’ miliknya...kui3...
tamat kisah....the moral value?kita semua daie’..tiada yang terkecuali...tarbiyah dri sendiri dan daawah untuk orang lain...peace yo...!