expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 December 2015

Sapaan itu.


Sunyi.

di hadapan lift
di meja batu Fakulti Sains Teknologi
aku duduk sendirian
Menalaqi buku halaqoh untuk test petang ni
Ditambah dengan keserabutan berkenaan surat menyurat yang harus diselesaikan

Buku halaqoh.Tak tahu mahu mula mengulangkaji dari mana.

Aku menutup buku.Tak boleh masuk.
Termenung

Buntu.ak faham dengan istilah Arab di dalam buku.Berkenaan kitab Thuras.Jujur,tidak kufahami sepenuhnya apa yang dipelajari.
Termangu.
Tiba2

"Hye kak an.sorang je?"


"Aah,Ahza buat ape kat sni"


"Isi air.K.an test eh petang ni?",katanya sambil menunjukkan botol air nya di sebelah water cooler.


"aah.test petang ni.Eh,camne tau?"


"Tu.....haha.",ahza memuncungkan mulutnya tunjuk buku yang aku tutup.nampak rupanya.


"Haha.eemmm.petang ni.korang dah test?"


"Dah"


"Camne.senang tak.kak ann  tak paham la.walopon abc"


"Alhamdulillah.ok je.tak lah senang tapi kalau faham boleh la jawab,k.an tak paham mne.biar sy ajar y saya tahu"


dalam hati..  'siyes ahh..tetibe datang macam malaikat kecil yang nak membantu .uwaa'
tapi yang keluar dari mulutku ...

"Haa.boleh2.baru nk go through senanye".



Sambut ku dgn senyuman lebar dan mata blink2.orang nak ajar.mestilah serunuk.


Lalu gadis manis bertudung labuh litup yang peramah itu mmbelek buku muka depan2


"Ha.y ni makna secara lughatan wa syarak.banyak maknanya.."


Kami berbincang 2 hala secara santai di kerusi batu (dalam gambar) dalam setengah jam jugak.

Helaian demi helaian,diselak rawak.dan aku ralit memerhati huraian si gadis dari kos Food Biotechnology itu.Cukup menjiwai apa yang diterangkan.
Nampak dia minat dan faham benar tentang apa yang diterangkan.
Sedangkan aku,sedikit sahaja y dikuasai.Dia bijak berinteraksi.
Kadang2 aku beritahu apa yang aku faham.Meskipun kurang tepat,dia tetap meraikan pendapatku.
Aku menyelit,

"emm,Ahza macam faham betul dengan bende ni.minat halaqoh ke?"


"biase je..tapi buku ni memang sangat membantu,kak an tau tak.sebab dia ajar macam mana nak baca kitab thuras.Ada caranya,ada manhaj nya"


"o...Ahza selalu baca ka.kak an tengok kitab y tebal2 tu pun dah takut nak pegang.haha"


"Haaha.xda la.kalau g library,rak depan sekali kak an cari buku yang nipis pun xpe.kitab ulumuddin tu ada y versi nipis.saya bukak,baca sikit je.tapi tak da baris.hahaaha"


Kami ketawa kecil.Memang sukar kalau baca tak da baris.

Banyak  bait2 ayatnya yang menjentik aqal warasku dan menyentuh hatiku.
Bila dia berbicara tentang tokoh-tokoh pengarang,tokoh-tokoh ilmuan,aku terlopong.
wahh.hebat nya .Rasa Izzah Islam.
Timbul rasa menyesal,kenapalah aku tak bersungguh2 waktu dalam kelas,nak faham betul2 apa yang ustaz Aizudin terangkan.Yalah.Dalam bahasa Arab.Mana lah aku faham.

'Memang tak faham.Tapi ...

tapi...
tapi...
tapi...
mana usaha hang untuk faham dan usaha ke arah nak faham betul2 tentang apa yang ustaz terangkan?' ,
tetiba timbul satu suara  ligat menari2 di benak fikiran ku.aduh!

Aku mengadu.takut nak ambik test sebab dalam bahasa arab pulak tu.nampak gelabah di riak wajahku. 

Sambil pegang lenganku,Ahza berkata

"Kak .an.jangan mind set macam tu.cuba baca sebab betul2 nak tahu.n nak faham.Ini ilmu Allah.Saya kalau baca ,memang rasa bertuah sebab ada chance belajar bende ni.kalau naik dalam soalan.nasib kita baik la,kalau tak naik pun ,at least kita ada ilmu tentang itu..hee.."


tetibe aku tersentap keinsafan..eh.aku belajar sebab exam ke sebab itu ILMU ALLAH.
Astaghfirullah.
Pic 1:SPM 2011

Dan


Banyak lagi mutiara katanya y menjentik hatiku .

Terima kasih ya Allah.Hadirkan seorang hambamu yang berupaya mengisi rohaniku yang celaru hari ini.
Fatin Ahza .
Aku bukanlah rapat dengannya.kenal sebab pernah pantau program dia  waktu rekrut Sekrefast hujung sem lepas dan PIC program yang kami kendalikan bersama di awal semester.
Dan dia 
dia langsung tak lokek dengan ilmunya.
Datang dan mengusik jiwaku dengan ayat2nya yang menenangkan jiwa tatkala keresahan.
Terima kasih ,Allah.
Tak kisahlah berapa markah test yang aku bakal dapat ,berapa per 30 ya? 
Aku tawakkal.
Apa pun pengisian jiwa dari Fatin Ahza sudah cukup menggembirakan hatiku.Jzkk Ahza.


Pic 2: Kerusi itu