expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 8 July 2020

6 Tips Body Mist Tahan Lama di Badan

Assalamualaikum 

Body mist merupakan salah satu jenis wangian yang ringan dan menyegarkan dan memang khas kan untuk mewangikan dan melembabkan badan


Kalau kawan2 nak tahu, Body Mist punya konsentrasi tidak terlalu pekat kalau nak dibandingkan dengan perfume, eau de parfum dan eau de toilette. Jadi Body Mist tak akan tahan terlalu lama kat badan macam jenis wangian yang lain.

Tapi, hari ni Cik Ann nak share 6 tips ohsemmm untuk kawan2 untuk membuat wangi body mist tahan lama.

Khas untuk si cantik manis yang sedang membaca ni. Jom baca tips ini...

Girl, Red Hair, Freckles, Portrait


1. Sembur body mist selepas mandi
Lepas mandi, liang-liang roma akan terbuka.
Haa..ini membuatkan haruman ini akan menyerap dengan lebih baik dan tahan lebih lama tau. πŸ˜ƒ

2. Sapu losyen sebelum sembur body mist
Selepas mandi dan pakai losyen, sembur lah body mist kegemaran masing2.
Bila kulit lembap, barulah kulit boleh menyerap bauan dengan lebih pantas dan tahan lama. 

3. Sembur body mist pada kulit
Sembur pada bahagian nadi contohnya, bahagian pergelangan tangan, tekak, belakang lutut dan bahagian dalam siku. InshaAllah, bila sembur di area sini, memang rasa wangi tu pergi ke satu badan tauu..ohsemm!

4. Bawa bersama (on the go)
Kawan2  boleh juga refill dalam botol kecik yang comel2 tu dan bawak ke mana2 sahaja kawan2 pergi.
Kerja, musafir dan balik ke kampung.
Kalau perempuan lepas solat zohor kat surau tempat kerja tuu, haaaaa, sembur lah lepas solat. 
Kesegaran memang akan terasa ditambah pula dengan segarnya air wuduk yang menyentuh kulit kita..
haaa gitttu..😌

5. Biarkan body mist benar-benar menyerap sebelum Anda berpakaian
Kalau kawan2 tak rushing..tengah chill2 di rumah dan memang tengah nak manjakan diri, haaa, boleh tunggu sekejap, biar cecair body mist betul2 menyerap ke kulit, baru lah sarung pakaian. InshaAllah, body mist boleh tahan lama.πŸ˜€

6. Cari Body Mist yang betul2 digemari dan konsisten pakai body mist yang sama
Bes tak kalau bila orang dok betul2 dekat dengan kita, dia dah boleh 'cam' dengan bau badan kita.
Sebabnya ialah, kita dah ada 1 bau wangi yang jadi identity kita. 
Contohnya kita pakai Felinna Body Mist code Sweet Heart selama 3 ke 4 bulan berturut.
Lepas habis, sebotol, kita pakai lagi sebotol.
Lama2, inshaAllah, orang akan cam bau wangi badan kita walaupun pada waktu hari tu, kita lupa sembur body mist!πŸ˜‰

Haaaa..ni lah contoh Body Mist yang bes. Siap ada witch hazel
untuk lembutkan dan lembabkan kulit. Ini packaging lama, refer next gambar
untuk packaging baru ❤️

Kalau tanya Cik Ann, Cik Ann paling suka Felinna Body Mist
code Sweet Heart dan Vanilla Passion. Love sangat tauuπŸ’š


Haa itu saja tips hari ni. 
Mudahkan? Selamat Mencuba!

jom follow cik ann untuk lebih banyak informasi bes2 tentang kecantikan dan fakta2 umum yang menarik

Fb: Nur Asyran Abd Kadir 

Ig: @nurasyrankadir

@sisfel_cik_ann 

Blog: little-armada.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi bacaπŸ™‚