expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 20 November 2014

Sapu Habuk di Dinding blog

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahuakbar..
MashaAllah..
Allah..
Allah..
Allah..
uhuk!uhuk!uhuk!*cough*berabuk haih
long time no see maa..
rasa macam nak menangis bila tengok blog ni..
last entry ,bulan Mac itu hari,
8 months ok...not 8 days..
ya Allah..sungguh aku sangat rindu untuk menulis..
memuntahkan isi hati dan pendapat aku di sini..
aku rindu waktu pertama aku menulis,
waktu itu
suasana nya susah hendak dirungkai..
sangat tenang dan fresh..
di Kolej Kediaman 1,usim..
waktu itu..
sem 2 ,Tahun 1 di Bumi usim..
waktu itu.
dhuha...
kicauan burung..
kubuka jendela  bilik,
kehijauan saujana mata memandang..
secawan Vico less sugar..
lagu nasyid 'Atas Nama Cinta' dan koleksi lagu2 nasyid unic,inteam,hijjaz,mestica sayup2 di telinga..
juga lagu sentimental,Linkin Park dan Muse..lagu sama ku ulang2..
sempat pulak mendownload dan copy paste lirik lagu menggunakan sedutan wifi berbayar di KK1..

aku agak sibuk tetapi masih punya masa menulis dan mereka ayat untk dicoretkan di dalam blog ini

sebelum itu,waktu lapangku dihabiskan menjenguk2 blog2 ilmiah ,buku2 islamik  sebagai makanan jiwa yang lapar ,dahaga ilmu....
aku juga sangat riang menghias layout dan menyuai padan warna di dinding blogku..

itu dulu


terlalu banyak perkara yang terjadi

yang mengubah diriku
yang membawa diriku ke alam yang baru
yang menjadikan diriku seperti bukan diriku
aku bukan asyran yang dulu.
aku asyran yang baru..
hidupku yang bermula dari bulan Mac itu smpai lah ke saat ini sangat menyemputkan aku...
ini bukan unjuran negatif..malah ia sangat positive..aku rindukan suasana saat dulu..tapi aku sedikit puas dengan segala yang telah aku usahakan..semua terlalu pantas dan
terlalu banyak pengajaran aku sedut dari pengalaman2 baru..
terlalu
terlampau
tersangat
banyak ,pelbagai perkara..
hendak aku cerita di sini sangatlah panjang..

cuma entry kali ini cuma ingin memujuk blog ini,dan katakan aku bukanlah lupa dan nak tinggalkan ia.tetapi aku silap kerana tidak  berterusan menulis...dek kerana terlalu leka mngikut arus dan aturan Allah..


sungguh

aku tak lupa..
malah aku sangat sayang kan blog ini..
-littlearmada-
akan aku singgah dan coretkan,comotkan dinding blog ini lagi..
tggu cerita i ye..
tapi walau banyak yang berubah ,al-quran aku tidak lupa..aku ingin menggadakan lagi bacaan alquran dan fahami maksudnya...
Al-quran tu best friend tau.mana boley tinggal.. <3

Sunday 30 March 2014

Aku Masih Amatur (part 2)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hye!

May all readers under rabb blessing and love.Aminnn.. ^_^


Seperti yang dijanjikan.Sebagai kesinambungan daripada entry aku yang lepas aku nak sambung lagi sambungan untuk part 2 pulak .

Di sini aku akan memberikan jalan penceritaan tentang pengalaman aku di sini.
Banyak pengajaran dan tip yang dapat diambil pada entry aku kali ini terutamanya kepada sesiapa yang berminat dalam arena perdebatan ini..enjoy! ^_^

5 PUSINGAN~~~~

PIC 1 : Tag kenang-kenangan,hari last baru dapat nametag.haha..
tu lah sapa suruh tak hadir taklimat. 





Diberi tanggungjawab menjadi 3 rd speaker aku telah menggalas tanggungjawab semampu kudrat yang hado

PUSINGAN 1:FST VS Fakulti Pergigian(FPG,TEAM B),USUL-"Kalimah Allah Milik Kita".

Alhamdulillah permulaan yang baik.Kemenangan berpihak kepada kami.Lepas habis 1st round ni rasa 1 beban hilang sebab usul ni berat . Kami pembangkang sifatkan usul ini sebagai Usul Perlambangan .Ia bersifat turistik iaitu tak boleh diperdebatkan,sebab apa??

Sebab dah termaktub dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam.dah diputuskan dah penggunaan kalimah Allah milik khusus bagi agama Islam dan boleh digunakan oleh orang  islam sahaja dan tak boleh disamakan dengan agama lain  kecuali di Sabah dan Sarawak sebab mereka ada authoriti sendiri...

Jadi Kami di pihak pembangkang lambangkan Kalimah Allah ini merujuk kepda>Kesucian Islam dan Milik Kita>Jadi Tanggungjawab Orang Islam Untuk Menjaganya..nampak tak bagaimana kami lambangkan usul ini..

Manakala pihak kerajaan bawakan usul ini terus kepada kalimah Allah itu sendiri.Begitu depa terangkan pasal  effect -ve bila orang bukan islam guna kalimah Allah la blablabla...

Bagus juga pembawaan kes depa tapi macam aku kata tadi benda ni turistik ,tak boleh diperdebatkan secara terus kepada kalimah Allah itu sebab dah termaktub dalam perlembagaan,kalau kami nak bangkang nak kata apa?

Takkan nak cakap orang bukan islam boleh guna jugak?fakta kes nak korek mana?salah sebut apa2 fakta or percakapan kami nanti bersifat prognosis macam mana?mana boleh ! 

Fakta kena rigid untuk sokong usul beb.or keberangkalian yang lain ialah  terbuat pandangan sendiri,bertentang ngan al-quran dan hadis ke,tak ke murtad ..haha! berat nanang..

sebab tu dari awal kami dah ready guna usul perlambangan atas cadangan senior abang farhan.macam biasa kami dah ready untuk kerajaan dan pembangkang."kesucian islam wajib dipelihara oleh orang islam"  "dipelihara oleh siapa" itu yang kami akan twist ikut keadaan sama ada kami jadi kerajaan atau pembangkang...

sama ada dipelihara oleh semua orang islam atau semua rakyat malaysia tak kira agama .so bila jadi pembangkang kami bawa premis="Kesucian Agama Islam Wajib Dipelihara Oleh Semua Rakyat di Malaysia"  makanya bukan orang islam sahaja ,agama lain kena pelihara juga dalam kata lain tak boleh menghina agama islam.setel !
(STATUS :MENANG)

PUSINGAN 2: :FST VS Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP,TEAM A ),USUL-
"Sensitiviti Kaum Sudah Tiada".

Kesedihan melanda,kami tewas di tangan FKP..kami sebagai kerajaan bawak premis merujuk usul atas rasional -lambakan kes2 melibatkan isu perkauman.Kami tunjukkan banyak kes yang berlaku bertalu2 dan tak henti2 di bumi Malaysia ini yang menyentuh sensitiviti kaum.

Kes Alvin Vivian hina islam,kami lambakkan isu2 lain jugak la nak tunjuk yang dengan banyak kes2 yang melibatkan isu ketidaksensitifan kaum lain terhadap berlainan kaum.Pembangkang pulak cerita pasal respon selepas terjadinya isu2 tersebut...bila ada respon jadi rakyat sensitive lah..macam tu..bgus pembawaan depa..

Tapi pertikaian yang pokonya...kami melihatkan sebelum respon maknanya sudah berlaku isu2 tersebut..jadi????? tak kira la respond itu..isu2 itu dah ada..haha...ini tunjukkan bahawa mang sensitiviti kaum sudah tiada sebab itulah isu2 ini terjadi...

Nah...kami pertikaikan pulak jaminan bila semua tindakan dan respon masyarakat itu ,selesaikah isu2 itu?dan boleh ke buktikan selepas respon tak kan berlaku lagi kes2 menyentuh sensitiviti kaum ini???itu depa gagal tunjukkan...

Kami pon banyak kesalahan..aku lahh salahnya...tak tau ak rasa betol la aku bidas cuma tak umphhhh la bidasan aku.Aku 3rd speaker bidas konseptual ok cuma bidas hujah2 satu persatu tu berterabur sikit...Encik Zaini,lecturer koko debat aku kebetulan plak jadi juri....kih3..buek malu jaa...dia cakap struktur kami lemah 

Sebenarnya boleh menang kalau kami kukuhkan lagi...yaa..kami ngaku..budak FKP psyco kami teruk.buat2 muka la..tanya2 soklan banyak kali la..siap wat aksi kelar leher lagi masa aku tengah pertahan kes...hampeh betoi...haha...

Si hamirul tu budak Matrik aku dulu...berani dia psyco aku sampai tersekat2 percakapan aku..tak kental jiwa betol...kahkahah.
jadi kami kalah....memang best dengan budak FKP,sangat professional dan sporting!
( STATUS :TEWAS)

PIC 2 : Dari kiri faiz,hamirul,awa,aku ,daryll, dan pika..
alaa.pika nampak sekerat..sila salahkan cameraman..haha


PUSINGAN 3: :FST VS TAMHIDI(TEAM A ),USUL-"Sukan Kita Tidak Ke Mana",

Untuk pusingan ke 3 ni aku direhatkan .yey! dan tugas aku diambil alih oleh Daryl sebgai 3rd speaker n Amir sebagai 2nd speaker.disebabkan tekanan perasaan yang tak dapat dibedung lagi disebabkan kalah tadi...*over.haha...

aku rasa nk talaqi balik kesalahan dan kekhilafan so aku rest jap..lagipun aku tak pakar sangat bab2 sukan bagi amir daryl makanan la...haha.ok.kami di barisan pembangkang keluarkan premis-"sukan kita pernah ke mana".atas dasar rasional pernah mencapai tahap yang dibanggakan.

PIC 3 : Pusingan ke 3 ^_^


kami  tak letak jeda masa,jadi kami bangkitkan kejayaan2 yang pernah dicapai..*Selamat..Pihak adik2 tamhidi ni depa letakkan tahun 2012 so depa cakap la unjuran2 negative yang ada dari aspek atlet,pengurusan bagai.

Masalahnya ada hujah depa yang cakap diluar lingkungan tahun yang depa sendiri tetapkan..*makan diri.Kami pertikaikanlah depa kecilkan skop di tahun 2012 hingga bila tah..sepatutnya luaskan lah supaya perbincangan lebih meluas..

Kami tunjukkan jugak yang sepanjang tahun yang depa tetapkan tu ada juga kejayaan dicapai contohnya bola sepak piala apa tah..so kami tanyalah depa nak nafikan kan kah kita pernah berjaya?????ha jawab2.......tapi budak2 tamhidi mang hebatlah .semua hebat2 tambah2 yang best speaker,tenang dan bergaya...cantik oranngya...hehe...

kami pembangkang pulak bab lambakan fakta kes bab huraian mang okkey cuma struktur agak berterabur...tapi nak habaq mai...si amir 2nd speaker ni dok wat loqlaq..haha...

boleh dia kata macam ni..
"hujah di meja kerajaan hari ini bergulung2 macam rambut timbalan perdana menteri yang bergulung2 juga..."kebetulan si TPM mang rambut dia kerinting jugak.....wkakakakaka..bukan aku ja tersembur..1 isi dewan gelak sekali juri,kesian adik tamhidi tu ...hadoiii..buat hal lah!! mana boleh attack physical oiiii!!

Nasib baik si Amir ni mintak maaf. Yang budak tu pun angguk senyum2 ja...adoiii..
yang lawak lgi si amirul  yang juri tu slow ja tarik tapi sweater ja sebab dia terasa rambut dia pon kerinting.... >_< aduhhh! chaos la amir punya pasal..rasa nak tarik ja telinga dia..apa hang merapu ni amir 😂

aku lepas tu sampai tak leh concentrate dah gelak ja..dah la kena cover...spoil betol...dah la aku ni jenis kalau gelak susah nk berhenti..the awkward moment when u have to being serious in funny situation...aku tekup mulut tahan gelak..bukan tu ja lawak kering amir..banyak lagi...hahaa..tapi amir mang best...huraian dia mantap...besa la budak syarahan tuh spontan pon boleh memikir...tapi kali ni kemenangan tak berpihak kepada kami...kami kalah lagi di tangan adik junior tamhidi...tapi tak pa..kawan2 ku dah perform thor baikkkkkk!
( STATUS : TEWAS)




PUSINGAN 4: :FST VS FPQS(TEAM xingat),USUL-"Mahasiswa Kita Lemau"

Kali ini aku kembali mencabar diri dengan harapan dapat bangun smula selepas 2 kli kekalahan..berdepan dengan budak FPQS buat kecut perut la sebab depa muka ketat ,serious gila kot..tapi semua macam lemau petang2 pulak tu tambah2 aku.otak pon lambat ja nak hadam nak cerap...haha..maklumlah petang kan..tak hengat sangat la tapi overall ok saja.phew...

Kami kerajaan katakan mahasiswa kita lemau membawa authoriti dato apa tah tak hengat..dia ckp lemau menunjukkan kurang produktiviti dan ketidakbolehpasaran...kami tambah 1 lagi aspek iaitu konservatif merujuk kepada mahasiswa itu sendiri yang konservatif tak nak dalami ilmu lain terikat dengan skop kos yang dipelajari sahaja.

Pihak pembangkang pulak kata mahasiswa tak lemau sebab ada kejayaan dicapai dan universiti gerakkan usaha untuk pelajar participate macam (Majlis Perwakilan Pelajar)MPP,kelab2,persatuan2 kokorikulum dan sebagainya.As expected depa akan bawa kejayaan pelajar USIM dalam British Competition tu yang buat bamboo tu.

Kami dah siap sedia dah kalau depa cakap pasal kejayaan ,bidasan kami mudah "kalau nak asyik banggakan benda tu sampai bila mahasisa kita tetap lemau sebab apa?

Sebab peratusannya sedikit jika nak bandingkan dengan mahasiswa yang mengamalkan 3 K di universiti ini iaitu Kuliah.Kafe.Katil...so jumlah kejayaan yang sedikit ini tak leh lawan peratus pelajar yang tidak aktif."untuk kali ini alhamdulillah..
( STATUS :MENANG)

PUSINGAN 5: :FST VS Fakulti Pergigian(FPG,TEAM A),USUL-"Rancangan Gosip Liar Wajar Dihentikan"

Tak tahu kenapa datang 1 spirit lain macam masa nak masuk pusingan ke 5.Sebab ini penentu sama ada kami layak tak pergi ke suku akhir,jika kami menang makanya kami menang 3 dari 5 pusingan jadi harapan nak ke suku akhir tu tinggi kalau marjin kami juga rendah.Marjin tu lain kira la.yang penting kena menang untuk kali ini.yeyeah..

kalau kalah so tak dapat la ke suku akhir.Secara kesuluruhan dan individu.aku kenal potensi diri time ni, aku rasa pusingan kali ini aku perform sehabis kudrat..Bukan apa..pusingan sebelum ni nampak banyak kelemahan aku...

Tapi kali ini aku lebih bersemangat,lebih berhati2 dan lebih berstruktur.Respon rakan sekumpulan dan juri abang amirul pon kata aku semangat sampai nak pecah bumbung..haha...Tak tahu yang tu.Aku cuma buat yang terbaik memandangkan aku ingat muka Daryll yang beriya mintak aku tolong team "ini last ann, tolong la masuk" kalau tak aku nak rehat ja bagi Amir sekali lagi.Tapi aku enggan tolak so aku berjuang habis-habisan.

Kami sebagai pihak kerajaan bawa premis rancangan gosip liar wajar berhenti atas dasar rasional wujud pelbagai impak negatif pada artis,peminat,dan media.Aku,Pika dan Daryll semangat, santai memandangkan usul ini ringan takkan nak serius plak kan.

Dah la pihak pembangkang dok muka ketat ja..Kami pon jadikanla susana hepi sikit.Yang haku dok buat loyar buruk pa tah last2 tu.haha..Jahat gila aku psycho pembangkang.dok 1-0,2-0,3-0....kah3...kejam toi..Tu taktik psycho oldschool la sikit.

Banyak cara lagi nak psycho ni..nanti aku ajar..hahaha...tapi kita jangan terlalu nampak,nanti nampak tak professional.cuma aku buat sebab nampak isi dewan macam sirius so saja nak gamatkan susana..We're enjoy that time.

Tak nak stress2 macam sebelum2 ni.baiklah,pihak pembangkang cerita pasal kesan baik gosip ...Bagus juga tapi mungkin atas kecuaian depa bentang konsep dan hujah so jadi bonus untuk kami buat siaran eksklusif kesalahan depa..

Sapa lagi yang lebih kepada nak membidas konsep dan hujah mereka depa sampai ranap terus? 3rd speaker lah.huh.sapa kata tak banyak kerja,kena catat sebijik2 apa yang keluar dari mulut mereka so kita boleh makan depa dengan senang..ngap3..makan hujah mereka,runtuhkan pembawaan kes bangkangan mereka.A very tough task,no doubt! Tapi alhamdulillah berkat pertolongan Allah yang membuka pintu ketenangan kepada team aku so kami menang.
( STATUS :MENANG)

kami telah mengejutkan senior apabila berjaya mara ke suku akhir.memang mereka tak letak harapan untuk kami pergi ke suku akhir melihatkan kepada ketidakbersedian kami.*eh betulka pktaan ni..arhh..lantak..haha..bila kami berjaya lepas mereka terus-terusan menyokong kami sehingga penuh dan gamat dewan perdebatan..  


SUKU AKHIR : FST VS Fakulti Syariah Undang-Undang(FSU,TEAM A),USUL-"Bahasa Kita Semakin Terpinggir"

Sebelum padau keluhan hati aku gali lebih dalam lagi,suka aku nak salin dan tampal (copypaste  >_<) penulisan seorang vlogger dan blogger muda 
PIC 4 : Kak Aisyah Syakirah..

Kata-kata ini sangat terkesan di hatiku,sebab aku berada di situasi itu.Aku sangat terpengaruh dengan suasana sekeliling,kalau ada masalah sedikit cuma,emosi dan mental aku sangat cepat down.Aku memang tak kuat.Dan sebab aku tak kuat dan tak professional dalam mengendalikan emosi aku inilah faktor kekalahan team aku di tangan FSU.

Ya aku lebih kepada menyalahkan diri sendiri Situasi yang berlaku 20 minit sewaktu kuarantin adalah pertama,masa tengah berbincang di saat akhir pasal tajuk "politik kita semakin matang" datang Amir dan runner.kak Mas(boleh tengok gambar pada entry aku sebelum ini) tiba datang dan cakap yang kami kena ke dewan usul segera ada rombakan usul sebab masalah teknikal.

Bayangkan di saat gelabah aku yang nak berdepan dengan team FSU ini,boleh pulak nak tukar usul.Masa tengah kelam kabut tu aku tiba2 terharu sebab kawan2 ku tersayang,tiba2 datang dan nak tengok aku berdebat.Sapa tak terharu,dan situasi aku kelam kabut tu aku terangkan yang kena p dewan usul untuk rombakan,dalam beberapa ketika nanti aku janji akan bagi tau kat mana kami bersidang.

Depa macam terpinga2,Ya Allah kesiannya.Nampak seolah2 aku tak nak layan depa,tapi hakikatnya aku sangat gumbira dan terharu kawan aku turun padang untuk tengok aku berdebat,tapi aku sangat risau depa salah paham.Argh....stress sangat waktu tu.Lepas dirombak tiba2 kami dapat usul yang 'baru' tak pernah dibincangkan sebelum ini."Bahasa Kita Semakin Terpinggir" jadi kerajaan.Memang mencabar ketenangan aku lah dalam masa 30 minit nak kena brainstrorm.


Penyakit gelabah rock aku datang balik.Dalam 30 minit tu emosi aku sedikit terganggu,Memang tak sempat nak pegang telifon nak mesej kawan-kawan aku yang aku sedang di bilik sekian-sekian,boleh datang tengok ka apa.Sebab kami kena brainstorming tajuk tu dari pokok pangkal,pendirian yang kami nak bawak,hujah,cari fakta kes lagi.Laptop aku tak pegang sebab aku dah tak leh nak menaip time2 macam tu..

Amir yang baik hati yang tolong carikan maklumat.So at last aku tak sempat pon nak bagtau kat member2 kesayangan aku kat mana sidang kami dibuat,dengan harapan depa akan cari setiap bilik pastu masuk ja sebab ramai ja orang lalu lalang bukaka pintu bilik sidang macam cari kwan  depa tapi mana kawan aku .tak datang pon.merajuk barangkali.Ya allah teruknya kau tak jaga hati kawan-kawan sendiri.

Aku tak bermaksud tapi situasi menyekat kerasionalan aku untuk bertindak.Pastu dengan tak semena-mena habis 30 minit,tamat waktu kuarantin.Rasa tak bersedia tu ada.Masuk geng FSU,Sarah classmate kelas koko aku sem lepas dan Lily,the best debater berturut2 untuk pusingan sebelm ini buat aku lembik lutut.

Padahal sebelum tu teammate aku dah bersepakat untuk mindset yang walaupun team FSU tapi tak terer pon.haha.tapi aku macam tak boleh nak buang mentaliti itu.
Baik,perdebatan bermula.Habis-habisan aku cuba kawal keseabutan dan ketidakprofessionalan yang melanda.

Aku berlagak tenang.Segala doa aku baca dalam hati.Pendirian kami di meja kerajaan kami katakan Bahasa Melayu semakin terpinggir melihatkan kepada keadaan b.m yang seringkali diperlekehkan,dicampur adukkan,dirojak-rojakkan dalam aspek ekonomi,pendidikan dan sosial.Pembangkang pulak cakap Bahasa Kita Tidak Semakin Terpinggir apabila ia masih digunakan dan diangkat martabatnya dalam pendidikan(lembayung kata kunci yang sama dengn hujah ke dua kami),perundangan,dan media.

PIC 5 : Bertemu FSU.Dari kiri ,Aku,Daryll,Pika,Sebelah kanan,
Sarah,Lily dan 3rd speaker, tak tahu namanya hee


Semua berjalan lancar,habis-habisan aku kawal supaya diri nampak tenang,sempat jugak melawak dengan puji si perndebat ketiga pihak pembangkang,'abang hensem'.haha.tak pasal kena tegur tak boleh cakap hensem tapi 'kacak'..pfttttttt.kih3..tak bermaksud pon nak cakap cuma aku mang tak boleh  , kalau tak melawak time berdebat.

Kalu masuk sidang mesti kepakaran melawak spontan aku terkeluar jugak.tapi aku dapat rasakan yang bidasan aku sebagai menteri ke tiga tak berapa nak umphhhh! Kalau aku bidas lebih cantik,berpotensi untuk jatuhkan pihak lawan .

Selesai sesi persidangan,keluar dari bilik,aku diam seribu bahasa,mula rasa sebak buat kali pertama.Ramai kot senior dan alumni tengok sesi tu,tapi secara individu aku tak berpuas hati langsung dengan performance aku.Instead of satisfied like Pika and Daryll,aku sendiri rasa menyesal beribu sesalan.

Teammate aku sendiri cakap yang overall okkey tapi depa komen yang aku kurang umphh,bidasan tak kencang macam sebelum ini..Ya.aku mengaku aku tak all out. Abang Farhan datang kat kami and menggembirakan suasana dan cakap tahniah sebab buat yang terbaik untuk suku akhir ini.Tapi aku terkebelakang,menikus mengenang kekhilafan diri.

Tak semena-mena air mata aku menitis,cuba ku tahan dan sembunyikan agar tak dilihat oleh teammate aku dan orang lain,tapi Amir perasan ada mutiara jernih keluar dari mata aku,aku mang nak lari time tu,tapi disebabkan kami kena masuk balik untuk taklimat aku memilih untuk tidak ke tandas.Amir bagi nasihat percuma,dia memang faham,MALU!! boleh pulak menangis depan laki wooiiiiiiiii...aduhh...nasib baik Amir jenis matang dan tak judgemental.

Terngiang-ngiang lagi kata-katanya "..tak pa ann boleh cuba lagi lepas ni,mungkin ada peluang untuk kita baiki kesilapan kita..buat silap banyak kali tak apa asalkan kita recover daripada kesilapan itu itu yang orang kata belajar". 

Sedikit menaikkan semangat aku.Alhamdulillah,aku istighfar dan kembali tenang.keputusan diumumkan.kami tewas dan pendebat terbaik Lily yang dapat,mula-mula aku rasa Pika yang akan dapat,sebab Pika memang sangat perghh di puny sesi penggulungan.Tapi mungkin ada ciri-ciri yang juri nampak kelebihan Lily yang mungkin kami tak nampak.

Apa pun kami rasa kalah bermaruah jugak sebab kalah di tangan FSU,bukan calang-calang pasukan nih.Hebat depa semua(STATUS: TEWAS)

Tahu tak kenapa aku rasa loser sangat lepas habis berlawan suku akhir ini.Sebab aku nampak kelemahan aku yang tak boleh berfikir secara kreatif dan kritis 'on the spot'.
Sebab selepas tamat berlawan dan balik ke bilik aku selalu terbayangkan yang aku akan buat lebih baik,masa ni lah keluar segala apa benda idea bernas.
PIC 6 : aku bermonolog dalaman.kah3




Macam-macam idea dan bidasan yang baik yang sepatutnya aku cakap dan boleh matikan terus kes pihak lawan,tapi aku gagal berbuat demikian waktu bersidang.

Aku kan jenis selalu fikir benda lepas,muhasabah balik,cari kesalahan yang boleh dibaiki. Tapi apa boleh buat ,tak boleh patah balik dah,tapi dari sudut positive bila kita tengok balik masa lalu kita end up with realizing the mistake and recover it.
Setelah tewas,kami terpaksa akur dan menerima kenyataan bahawa perjuangan kami terhenti di sini untuk Pertandingan Debat Piala Naib Canselor.Tak mara ke peringkat seterusnya.

Tapi aku puas sebab di arena perdebatan ini aku belajar banyak perkara,bak kata Daryll,bedah potensi diri,belajar dari kesilapan,lebih menghargai ukhwah persahabatan.Pengalaman yang tak dapat dibeli bersama teammate,kakak dan abang senior dan alumni.

Atas ajakan teammate aku , aku bersemangat untuk terus belajar dan menimba ilmu dalam arena perdebatan ini dengan join kelab debat bahasa melayu dan hadir latihan debat setiap minggu,aku tak hadir pon pada hari2 yang depa tetapkan,kalau aku berkelapangan aku pergi latihan.

Tak mahu membebankan diri.Sebenarnya latihan debat ini matlamatnya nak cari pelapis untuk pertandingan debat Royal nanti.Tapi sejujur-jujunya tak pernah terlintas pon nak mewakili Usim .matlamat aku hadir latihan adalah untuk timba ilmu dan pengalaman supaya tak berkarat kemahiran yang sedikit ini.Rugi rasanya kalau tak teruskan benda ni sebab ini minat aku.yeyeahh....

PIC 7 : Kenangan..nampak tak pasukan aku kat gambar tengah ,
bawah tu.kih3(sumber gambar dari facebook)

PIC 8 : Pertandingan debat piala naib canselor kali ini
dimenangi oleh Team Tamhidi.Tahniah!! :D



*tinta akhir:terima kasih kepada pembaca yang sudi mendengar curahan hati ku ini.Diharap dapat point yang aku sampaikan.Kepada sesiapa yang berminat dalam arena perdebatan ini,boleh la ambil idea brainstorming yang kami cadangkan di setiap usul-usul yang kami pertandingkan sepanjang pusingan sampai la ke peringkat suku akhir.

In shaa Allah apa pun tips perdebatan yang aku timba nanti akan aku curahkan di sini.Aku kan masih amatur.Apa yang aku dapat sedikit atau banyak,asalkan berguna,akan aku kongsi untuk sama-sama kita belajar.
Bi iznillah... ^_^



Thursday 20 March 2014

Aku Masih Amatur (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and hye!


May all readers under rabb blessing and love.amiin.


kali ni aku nak berkongsi pengalaman dan ceritakan betapa amaturnya aku dalam arena perdebatan ...hope it'll motivate and inspire u as well..    ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ


#KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 7(6-7 MAC)

Macam mana boleh involve and participate?

Bila lalu ja kaki2 lima jalan,memang terpampang poster besar "KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 7(6-7 MAC) dengan tagline-"raise your voice,improve your arguments and lets roll!!""

bukan tepi jalan saja ,malah di selekoh2 jalan masuk fakulti pon hado besar bapak punya poster tu dengan wajah Y.Bhg. Profesor Dato' Dr.Asma Ismail,selaku Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia tersenyum cantik  di poster itu seperti memanggil2  dan memberi galakan buat pelajar USIM untuk sertainya! 

Kejohanan ini terbuka untuk semua pelajar, dan 3 kategori dipertandingkan iaitu Debat Bahasa Melayu,Debat Bahasa Inggeris dan Debat Bahasa Arab.
jadi aku pon bermonolog dalaman

" macam bes ja  debat bahasa melayu ni .Kalau debat bahasa inggeris menggerunkan aku,udah la penguasaan bahasa inggeris aku tak diyakini langsung,

grammar tunggang langgang,vocab pon ciput,masih tak layak.lagipun debat b.i ni hentam kromo ja.maksud aku tak perlu ikot format sangat..

mengikut observation aku masa menyaksikan pertandingan ini,aku tengok dia lebih kurang muet speaking test,point tu tengok jugak cuma untuk penilaian aku rasa senang,tengok team mana lebih menonjol

penggunaan bahasa inggeris yang meyakinkan,banyak mintak izin laluan,so ada potensi besar untuk menang..itu pada pendapat aku la.

Debat Arab? eh memang tak la..vocab dan Nahu berterabur dan mencapai tahap minimum ,ana asifah ! hehe.Memang sem 1 dulu kami pernah buat 'munazoroh' yang mana wajib semua student sem 1 untuk buat debat arab untuk final task.tapi itu,text siap buat sendri, 

terjemah siap tinggal nak baca ja.. hee..tapi ak tertarik ngan debat bahasa melayu,penuh keindahan, mempamerkan kredebiliti,penuh format,penuh etika,disiplin,mementingkan strategi pembawaan kes dan struktur..

Kalau nak cari orang yang pandai bercakap,ramai ja boleh bercakap,jadi strategi dan kekreatifan debater tu yang jadi kayu ukur dan penilaian untuk team mana yang kuat.

Dekat sekolah ,pon ak dah tunjukkan minat dalam bidang nih,pidato time sekolah rendah,syarahan,sajak dsb di sekolah rendah dan menengah, cuma debat, lambat sikit form 5 baru aku menceburkan diri.

alhamdulillah  atas kapasiti pengalaman dan kemahiran yang tidaklah seberapa ,hati kecil aku teringin jugak nk mengorak langkah 1 tapak lagi ,lagipun masa kokorikulum sem 1 hari tu kan aku ambik Debat Bahasa melayu.

Banyak pengalaman aku cedok dari Encik Zaini ,pensyarah subjek itu.rugi ja lah pengalaman and kemahiran yang aku kutip  jika tak digunakan dipraktikkan.lama-lama nanti berkarat,tak gitu??

why not aku try untuk wakil fakulti aku,Fakulti Sains dan Teknologi untuk pertandingan ni, ceh...!

tetapi dengan tak semena2 ada suara halus menyapa hati kecilku...*suarajahat,agagagaga*


~alah asyran.hang tu bukan terer pon nk msuk kejohanan nih..setakat debat skolah menengah tak payah nak mimpi lahh nk join

~hang tu 1st year ,buat malu ja nanti ,yang lain tu bukan calang2 peserta ,bukan freshy mcm hang.depa lagi berpengalaman dah masuk banyak tournament la

~xpayah masuk lah,dah la sem 2 ni sebok,nanti kena blatih,banyak komitmen tahu..!

aku jadi pesimis ! rendah diri dan rasa tak layak sampai menangis tersedu-sedan dalam bilik ayaq.*sedihpedih....hah..over jugak aku ni..😆

idok ler menangis berambu2 pon cuma rasa takda harapan ja untuk aku menggilap bakatku..

MASIH ADA HARAPAN!

sejurus beberapa hari lepas itu,datang sorang makhluk Allah ni>>Syafiqah Samsuddin menerpa bilikku dan mengejutkan aku yang sedang lena tidoq sedap baq hang.

Pika merupakan  coursemate dan classmate aku.Dia merupakan pendebat dan pemantun yang sangat aku kagumi.

Cara bercakap pon dah tahu orangnya bagaimana.penuh berkarisma.Wahh!
Dia pon ambik kokorikulum Debat Bahasa Melayu bawah Encik Zaini jugak sem lepas. cuma group 1,aku group 2...dia dengan muka penuh pengharapan menawarkan kepada aku....jeng3!

Pika: ann!jom masuk debat piala NC..please!!!!!!

Aku:*garu2 kepala..biar betik hang ni..aku nak ,tapi segan lahh...

Pika : ini peluang kita ann.bila lagi??sekarang fakulti kita baru hantar 1 team..kita lah build 1 team lgi..malu lah debat b.i pon hantar  3 team tw...kalau tambah hang cukop 4 orang ,aku,hang daryl ,Amir..perfect(Daryll aku kenal sebab 1 klas koko debat b.m sem lepas.amir baru ja knal .both of them budak food biotech.)


Aku : erm...aduhh camna eh...boleh la.ak try

Pika :yess!!

jadi setelah diajak oleh pika aku mula merasakan Allah menghantar dia untuk aku bukak mata.Ini 1 platform dan  1 harapan baru yang akan melonjakkan aku dalam merealasasikan hajat untuk aku terus menggilap bakat dalam  arena perdebatan ini..hoyahhh.. 

PIC 1:Dari kiri Amir,Pika,kak Mas(runner Kak Mas yang jaga kami sepanjang pertandingan),aku n Daryl paling kanan.opssss serabutnya aku rasa time nih.semua bajet style tgkap gambar xtengok camera.candid la konon..mesti ada yang tak perasan bila gambar ini diambil.hehe
so...inilah team ana.


MINGGU AIR MATA

seminggu sebelum kejohanan menjelang,kami telah berlatih dengan bersungguh2,mempertaruhkan 12 usul yang sangat....perghh...
gila ko 12 tuh...yang naik nanti tak tahu yang mana...

Disebabkan kekangan masa , kami hanya dapat berjumpak lebih kurang 3 kali sahaja tetapi perjumpaan lebih kerap diadakan menjelang 3 hari perlawanan .Seminggu persediaan tak payah cakap la..segala stress ,tekanan perasaan dan macam2 masalah timbul...boleh dikatakan minggu air mata.

masa ni lah minggu kena ngantor assignment,dengan tak boleh bagi komitmen yang padu kat study group,assignment berkumpulan tak sumbangkan banyak idea,tekanan subjek yang semakin susah..

Dengan nak brainstorming 12 usul ini dalam masa seminggu ,aku ULANG..SEMINGGU SAHAJA!! time sekolah dulu 3 usul bgi tempoh sebulan do..hini 12 beb...

*pecah otak..dan macam2 lagilah buat aku rasa mcm nak tarik diri sja....time tu lah terdetik hati nak tadabbur balik surah al-Insyirah.."sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan" bukan sekali Allah tegaskan,tapi 2 kali iaitu pada ayat ke 5 dan ke 6..Allah will never burden us beyond our limit  ^_^.





PIC 2: Surah al-Insyirah





Perasaan tenang datang bila kita letakkan Allah di tempat yang teratas dan ditambah pula sokongan family dan sahabat terchenta aku teruskan perjuangan ini.

Dalam masa seminggu ini aku telah timba banyak ilmu dan pengalaman yang berguna daripada teman2 seperjuangan,senior2 berpengalaman, dan alumni2 yang sangat havoc dan tak lokek ilmu..

Teammate yang aku kagumi contohnya Pika,sangat berbakat besar menjadi 1st speaker,kalau tak hebat mcam man boleh 3 kali dpat best speaker dlm 5 pusingan tu.*cough..,tak dapat dinafikan,Daryll si otak astro semua benda dia tahu.hang nak tau apa suma dia elaborate..

Amir pon sama,sebut ja apa, boleh dia huraikan dengan lengkap jalan cerita dan pembawaan kes yang sangat epic.haha..memang power depa nih..semua ada pengalaman dalam pengucapan awam..

Tak kira lah debat,syarahan,pantun dan sebagainya..daebak!!team FST 1 lgi pun tak dapat dinafikan walopon 1st time join debat NC mcm kami,depa mang hebat lahh.

Senior Abang Farhan,Kak Mika, tak payah cakap la ,memang tak dapat dinafikan kehebatan mereka.

Begitu juga alumni2 yang turun padang support kami sehingga lahh malam kemuncak pertandingan ,tak lokek mencurahkan buah fikiran dan mengajar kami..masya Allah..we're like family!

hanya Allah sahaja mampu membalas jasa mereka..Abg Irham,Kak Zahidah,Abg Amirul dan ramai lagilah...hats off to them...! :D

PIC 3: Latihan dan perjumpaan debat di malam
 pertandingan bersama alumni dan senior yang baek hati ^_^ 





Ini baru permulaan .AKU MASIH AMATUR.kepada pembaca di luar sana,adik-adik.kakak-kakak,abang-abang,kawan-kawan...

Ingat dalam apa jua yang kita buat,apa yang kita minat ,kita kena yakin pada diri sendiri,Komited dan usaha ! 

Persetankan suara2 jahat syoitonirrojim yang hasut mengatakan anda tidak boleh...hahahhaa...kita boleh!!!!!!!!  ~(‾▿‾~)(~‾▿‾)~

PIC 4 : ingat tu kawan-kawan


*nantikan sambungan cerita yang akan saya garap kemas tentang pengalaman sepanjang Pertandingan Debat Piala NC ini..

banyak pengalaman dan tips2 yang boleh diambil oleh sesiapa yang berminat dalam arena perdebatan ini.Terima kasih kerana sudi mendengar celoteh dan pengalaman yang sedikit cuma .semoga bermanfaat :)

Friday 14 February 2014

PASSION

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and hye!


May all the readers under rabb blessing and love.amiin.



For the very first time i wrote entry in my blog,
I just wanna tell the world that the only reason why I create this blog is due to my strong passion,enthusiasm and eager on writing and sharing as well..That's it.hee..


I'm  not pretending to be a good person.but act trying to be a good person,an adviser,a motivator .In order to advise and motivate myself , i kept writing and sharing my thought on what can give me reward for akhirah...in shaa Allah


Thought , experiences , knowledge.Those things are useless if they aren't been sharing right? I really hope this kind of stuff   might inspires the readers and express my views : 



  • on what i think useful,
  • anything that will be beneficial for those who read it,
  • on social,political and religion perspective, 
  • on real phenomenon or issues occurred around the world ,more on criticisms and comments.




Last but not least, once again,the reason why I create this blog is because PASSION .Do anything I passionate about .. I would rather choose to pour my thought into writing..in case by telling people doesn't seem work.
I'm not frustrated at all..hah2
yeah..sometime they were not interested to listen....its ok..I'm sort of exited by having my precious time writing.


PIC 1:erm...erm..

Bring my soul together on my writing  because I love sharing,spreading my views.no matter how.

saying by words or writing. I deserve to.WE deserve to do so..so no doubt.everyone of us have the right to express our thought.. ma right?? I did so.I do believe that when we do something lillahitaala and full of passion , all of our deeds will  be worth it and achieve mardhatillah..in shaa Allah..
this is just the beginning...



for those readers..
 welcome to my blog...do comment ya..
  ^_^
PIC 2: bonus pic,always aim high!! from left : adik , jihah , AnnJay , KakYong , Me , and Ida.(sorry for low quality of photo,taken from miles away,heh3)