expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 5 April 2020

IntrAvert atau ExtrAvert


Siti Nurhaliza, Voice of Asia
Emma Watson, si muggle yang bijaksana
Bill Gates,co-founder Microsoft
J.K Rowling, penulis Harry Potter
Mahatma Gandhi, tokoh politician tersohor India

Percaya tak kalau kami cakap depa semua ni Introvert.
Serious lah? Macam perform ja kalau depan audience.
Karya- karya dan invention depan pun memang masterpiece.
Tapi depa ni Introvert tau.
Makna kata, orang introvert pun boleh berjaya dan mencipta nama di peringkat global!๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ™Œ

Haaaaa....
Okay tak mukadimah atas ni?? Haha
Emm.
Btw..........*clear throat*...nak habaq kat hangpa...
.
.
.
.
This is my VERY FIRST ENTRY IN THIS BLOG FOR 2020!!!!
๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽ†๐ŸŽ‡✨๐Ÿงจ๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š
Cenggitu esaitednya!๐Ÿคฃ

So untuk pengetahuan hangpa, ni post dari fb kami, olah sikit dan share sini, takut satgi berabuk pulak blog kami ni sobs3.๐Ÿ˜ข

Tadi mukadimah, so sapa nak tau lagi, jom teruskan baca. AWAS! Sebab post ni panjang.
Sapa tak dan baca, boleh park dulu post ni kat mana2. Nanti free boleh baca.
So, hari ni kami nak kongsi sikit pasal personaliti.๐Ÿ˜ƒ

Ya. P-E-R-S-O-N-A-L-I-T-I

Personaliti ni identiti kita sebenarnya dan ia saaaaaaaangat lah luas skop nya.
Cuma hari ni kami nak story2 sikit pasal benda yang sangat2 hebat diperdebatkan oleh orang ramai. Iaitu, tentang Introvert dan Extrovert.

1. Term dan frasa.
Introvert dan Extrovert memang agak ligat diperdebatkan di mana2. Masing2 nak prove the point.
"Aku introvert", "patut la..dia kan extrovert".
 
So, in layman term,
Introvert jenis orang yang suka bersendiri, tak cakap banyak, tak suka crowd dsb.
Extrovert pulak orang yang jenis loud, senang excited, untuk jadi centre of attraction, tak jadi masalah bagi depa.
Tapi ada lagi yang mungkin kita jarang dengar iaitu, intrAvert, extrAvert dan Ambivert.
Apa pulak 3 frasa ni?

Okay gais. Senang faham hangpa lukis 1 garis lurus.
Titik paling hujung kiri ialah introvert.
Titik paling hujung kanan ialah extrovert.
Tengah2 ada 1 titik. Biarkan.
So, ada satu titik yang dekat sangat2 hampir menyentuh titik hujung kiri.
Itu ialah ORANG intrAvert.
Ada satu lagi titik yang dekat dan sangat3 hampir menyentuh titik hujung kanan.
Itu ialah orang ORANG extrAvert.
Sebab apa? Sebab depa sangat3 hampir dengan Introvert dan Extrovert. Depa MAJOR INTROVERT dan MAJOR EXTROVERT sebab tu depa digelar intrAvert dan extrAvert.

Yang lain, semuanya CENDERUNG introvert atau CENDERUNG extrovert.
Tapi macam mana pulak kalau orang yang kadang2 introvert. Kadang2 extrovert?
Orang yang ada gabungan kedua2 ni pulak dikenali sebagai apa??

Ambivert.

Ya bijak.๐Ÿ˜„

Orang yang berada di titik tengah atas garisan lurus tadi disebut Ambivert.
Dan golongan Ambivert lah paling ramai. Sederhana. Bersifat fleksibel dan boleh bertukar2 mengikut situasi. Ya. Raaaamai sangat macam ni.

Dapat?
So hangpa kategori mana?
๐Ÿ˜‰
Itu term dan frasa. So. next...

2. Apa yang menyebabkan seseorang cenderung introvert atau extrovert?
Banyak sebab. Tapi semuanya berbalik kepada 1 term iaitu TENAGA.
Orang cenderung Introvert ni tenaga dia kurang dan kena selalu rehat badan dan minda setelah balik dari crowd.

Manakala yang Extrovert pulak tenaga dia banyak. Orang lain dah jadi jelly dan kain buruk, mood pun dah tak da lepas buat sesuatu perkara, nak balik cepat2 dan rest. Depa rasa, "enough for today. i did so much already".
Sedangkan, orang extrovert ni, nak lagi, lagi dan lagi!
Contoh lepas event. Orang Introvert ni kalau boleh, dia nak balik terus. Cukup2 lah tu duk dalam crowd tadi. Dia dah nampak katil dah. Bukan sebab penat ka apa tapi sebab dia tak da tenaga mental dan emosi. Dia kurang selesa. Orang ajak ambik gambaq satgi dia mula buat2 p toilet la, buat2 bizi main fon la apa. Kadang dia ambik gambaq juga tapi dalam hati "cepat la cepat la". ๐Ÿ˜†
Sebabnya tenaga depa cepat habis. Sebab tu depa kena slow down, pause, dan recharge.

Tapi Orang Extrovert pulak, lepas event, dia p jumpak orang merata, salam2, ambik gambaq, sembang lama2 macam tiada hari esok. ๐Ÿ˜‚ Lepas habis sembang, dia keluaq pulak p tengok booth2, gerai2 apa kat luaq tu ada. Eh ada artis la!
Dia p beratoq pulak ambik autograf. Excited dan energy luar biasa sekali. Sebab apa? Sebab tenaga depa masih banyak, bateri still full charge so depa kena salurkan tenaga tu dengan socialize dengan orang dan buat aktiviti lagi.

Ahha.. begitulah.

Tu contoh. Banyak lagi contoh lain.
Semua depend on tenaga masing2.
So berbalik kepada mukadimah tadi, kalau kita tengok, ramai ja orang introvert yang boleh berjaya dan raaaamai sangat orang extrovert yang boleh berjaya.
Semua tu personaliti kita. Setiap orang ada inner self yang dia sendiri dan orang terdekat dia sahaja yang kenal.

Apa2 pun, bak kata kat Atie, coach dalam Sysfel, kena "BE YOURSELF". ๐Ÿ™‚
Jangan pulak nak ubah diri sendiri macam orang lain.
Cuma kena bertindak ikut situasi sahaja.
Adapun, kita adalah kita.
Kita mampu excellent dan bahagia dengan apa yang dah wujud dalam diri masing2.
Bila tahu kelemahan diri, boleh la kita topap apa yang patut dan act accordingly dengan cara kita sendiri.

Jangan jadikan personaliti kita sebagai halangan tapi sebagai batu loncatan. untuk berjaya.
Untuk kenal diri sendiri,tak pernah tamat. Kadang kita mintak orang faham kita, tapi kita sendiri belum tentu faham diri sendiri.. heheheh. So teruskan kenali diri sendiri untuk kita perbaiki dan gunakan potensi kita sepenuhnya.

Terimakasih sudi baca sampai habis. So sapa yang kenai kami, hangpa rasa kami category mana?๐Ÿ˜‚
Komen down below.๐Ÿ™Œ๐Ÿ˜ƒ