expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 5 May 2021

TUMPANGAN


Sengaja Ara menghindar si dia


Untuk melatih rasa cukup bersendiri

Ara sangat gembira setiap kali mereka mula berbicara dan berjenaka

Itu buat Ara gembira

Apabila si dia menyapa, 
pasti ada senyuman di hujung bibir Ara

Hati Ara terusik dengan ritma sendiri


"Ohhh Tuhan
Ini adalah 'مرض '!", jerit Ara di dalam hati kecilnya

Kerana kadang Ara tertanya2

"Kenapa aku bahagia?"

Dirinya menjawab persoalannya sendiri,

"Kerana ada 1 susuk tubuh ajnabi yang sering hadir mengindahkan hari2ku"

Ara rasa dirinya lemah kerana bergantung kepada orang lain 
untuk meraih secebis bahagia dalam hari2nya

Kini Ara nekad..
Bukan nekad untuk pergi kepada si dia

Sebaliknya,
Ara nekad
mahu lari jauh darinya!!!

Ara mahu lari
kerana Ara takut

Takut bakal berduka 
dan lebih menakutkan, 
Ara bimbang emosinya lumpuh 
andai kehilangan si dia

Apa artinya?
itu bermakna bahagia selama ini, kerana adanya si dia, bukan kerana diri Ara sendiri
Apabila adanya si dia, dia gembira
Bila si dia jauh, rasa hidup tak bermakna

Ara merasakan dia 
menumpang 
bahagia 
atas hadirnya orang lain

Ini sangat berbahaya untuk jiwa Ara

Ara sudah tak mahu lagi 
meletakkan 
bahagia kerana si dia

Ara kini mahu belajar

Bagaimana rasanya 'bahagia'
TULUS
kerana diri sendiri
Bukan kerana orang lain
Saat ini,
Ara bilang, dia mahu belajar untuk bahagia
asbab diri sendiri
yang dia paling percaya

Bukan pada 1 jiwa
yang bila2 masa bisa pergi dan belum tentu bila akan sah bersamanya

Kerana saat Ara mungkin diuji akan kehilangan si dia,
akan ada 1 bayang2 yang tak akan pergi dan berkata...
"tidak mengapa lah. Aku masih di sini"
Dan suara itu adalah ARA sendiri

- ara

No comments:

Post a Comment